Hai. Menulis bukan lagi satu perkara yang dekat dengan saya. Sukar untuk menulis jika tidak membaca. Makanya dalam dunia yang semakin sukar mencari masa lapang saya berada di dalam keadaan yang selalu tergesa-gesa. Selalu terkejar-kejar dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Walaupun ramai dikalangan pemimpin muda UMNO yang mencari 'ghost writer' ataupun penulis upahan untuk menzahirkan pandangan mereka, saya masih belum sampai ke tahap mahu mencari penulis upahan apatah lagi upah yang mahu diberi itu juga tiada.
I'm not making any sense, i know. But i just want to express how i feel today. And struggling to find the right word to how i am feeling. Lost? Restless? Anxious? That sounds about right.
Lets hope this is something that i can do regularly.
Just write. And start feeling again. Dan terus hidup.
Shah
Cakap Songsang
Wednesday, August 12, 2015
Monday, March 26, 2012
Hari Polis ke 205
Sabtu malam lepas berlangsungnya Sambutan Peringatan Hari Polis yang ke 205. Sambutan dibuat secara serentak di seluruh negara namun saya berkesempatan untuk meraikannya bersama warga PDRM dan kepimpinan tinggi PDRM Malaysia di Dataran Merdeka bersama puluhan ribu rakyat Malaysia yang turut sama bersemangat menyambutnya.
Hujan yang turun lewat petang Sabtu itu tidak menghalang kemeriahan sambutan itu. Alhamdulillah selepas Maghrib hujan semakin redha memungkinkan orang ramai berkumpul di padang Dataran.
Tepat jam 8 malam mula menyaksikan ketibaan VVIP ke majlis tersebut. Majlis turut diserikan dgn kehadiran YAM Tengku Jalil, anakanda DYMM Sultan Johor yang baru tamat kursus Inspektor di Pulapol. Sebaik ketibaan Menteri Dalam Negeri, YB Dato Seri Hishammuddin Hussein, majlis dimulakan kira kira jam 8.30 malam.
* DS Hishammuddin Hussein membuat pemeriksaan kawat kehormat PDRM
Antara yang sangat menarik pd malam itu adalah perbarisan hampir semua unit- unit yang berada di bawah PDRM dan demonstrasi yang ditunjukkan yang dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada orang ramai ketangkasan dan keberkesanan PDRM dalam mencegah, membenteras dan menyelesaikan kes-kes jenayah di negara kita.
*DS Hishammuddin bersama YDH Ketua Polis Negara menerima lintas hormat unit unit PDRM*
Seharusnya kita sedar dan berterima kasih kerana statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2011 Indeks Jenayah di Malaysia telah turun kepada 11.1% atau kurang sebanyak 19,629 jenayah berbanding tahun 2010. Itu adalah pencapaian yang cemerlang yang telah dicapai PDRM dan Kdn dibawah inisiatif NKRA yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Suka atau tidak tidak ada satu negara pun yang akan mampu mencapai kadar jenayah sifar tetapi usaha berterusan yang diambil akan mampu menjadikan negara kita lebih baik daripada negara-negara lain di Asia mahupun dunia.
Statistik juga menunjukkan penurunan mendadak jenayah jalanan yang telah mencatatkan penurunan sebanyak 39.7% bersamaan dengan 15,101 penurunan kes jenayah jalanan pada tahun 2011 berbanding sebelum NKRA Jenayah diperkenalkan pada tahun 2009.
* Skuad elit komando 'Vat 69'
Info hari polis malaysia 2012
Sambutan Hari Polis ke-205 menjanjikan perkhidmatan lebih telus dan berintegriti sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap seluruh warga polis.
Tema hari polis 2012 ‘Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami’ dan maskot Hari Polis pula harimau biru dipilih sempena sambutan berkenaan dikatakan mampu meningkatkan tahap komitmen perkhidmatan diberikan seluruh warga PDRM. Penjenamaam diyakini mampu membetulkan persepsi masyarakat yang negatif kepada tahap keselamatan negara.
“Harimau biru menjadi lambang penjenamaan semula PDRM dalam meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap pasukan itu dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. pelbagai agenda dirangka pihaknya dalam meningkatkan kredibiliti dan menyedia kan tahap perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Kami sentiasa menggunakan pendekatan terbaik untuk bersama masyarakat selain meningkatkan keupayaan pegawai dan anggota bertugas dalam memelihara keselamatan Negara. - Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara
Harimau Biru mengorak lembaran baru PDRM Malaysia yang mesra rakyat
maskot PDRM Harimau Biru diperkenalkan
Semoga Hari Polis ke 205 yang baru disambut ini akan membawa lembaran baru didalam sejarah pembinaan negarabangsa Malaysia yang lebih baik, aman dan makmur.
Aunty Jenny Lee yang bersemangat datang meraikan Hari Polis
Terima kasih kepada semua warga PDRM Malaysia yang selama ini terus menjaga keselamatan dan keamanan negara berdaulat ini. Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Allah swt yang dapat membalasnya. SELAMAT HARI POLIS
Mohd Shahriza Hj Amir Shariffuddin
Location:Dataran Merdeka
Monday, March 12, 2012
Sesi Parlimen Ke 5, Penggal ke 12
Salam semua, balik kpd kesibukan di Parlimen.. Mungkin sesi yang terakhir sebelum pembubaran Parlimen utk beri laluan kpd 'the mother of all general election'.. Mungkin yang paling sengit antara semua pilihanraya sebelum ini.
Apa apapun sama sama kita harapkan yang terbaik dr sidang parlimen kali ini. Perbahasan yg sihat dan bijak demi kepentingan rakyat..
Salam 1 Msia
Apa apapun sama sama kita harapkan yang terbaik dr sidang parlimen kali ini. Perbahasan yg sihat dan bijak demi kepentingan rakyat..
Salam 1 Msia
Monday, September 19, 2011
@HishammuddinH2O - Sending asylum seekers to Nauru won't stop human traffickers
Nauru not the solution: Malaysia
Tom Allard, Kuala Lumpur
September 16, 2011
Malaysian Home Affairs Minister Hishammuddin Hussein. Photo: Rahman Roslan
THE Coalition's proposal to send asylum seekers to Nauru is highly unlikely to stop human traffickers sending boats to Australia, according to Malaysia's Home Affairs Minister, Hishammuddin Hussein.
In an interview with The Age, Mr Hishammuddin said Malaysia remained strongly committed to the refugee exchange with Australia.
He also vowed that any asylum seekers Australia sent to Malaysia under the plan would not be abused and that Malaysia was working to improve the treatment of refugees and illegal workers in the country.
Mr Hishammuddin's comments are the first by the Malaysian government since the High Court rejected the proposed deal under which Australia would accepted 4000 genuine refugees from Malaysia and transferred the 800 people who arrived in Australia by boat. It comes as the Gillard government prepares legislation to amend the Migration Act to overcome the ruling and pave the way for offshore processing in the hope of stopping asylum seekers taking boats.
The opposition has yet to decide whether it will support the bill, but Mr Hishammuddin said its plan to send asylum seekers to Nauru was flawed because the remote Pacific island was not a transit country for asylum seekers like Malaysia and, as such, it would not deter people smugglers. ''Can you help me that the Nauru solution is the right solution? That people won't see Malaysia as a transit point on the way to the Nauru solution, and then on to Australia and New Zealand?'' he said.
The opposition and refugee advocates have slammed Malaysia's human rights record because Malaysia is not a signatory to the United Nations convention on refugees and has detained illegal immigrants and, in some cases, caned them.
However, an understanding with the United Nations High Commissioner for Refugees for the past two years means refugees in Malaysia should live free from detention and caning. Malaysia has taken steps in recent years to address such concerns and overnight its Prime Minister, Najib Razak, is expected to flag the dismantling of its 40-year-old Internal Security Act that allows indefinite detention without trial.
Meanwhile, in Australia yesterday, Greens leader Bob Brown came face to face with the bureaucratic ''turkeys'' he condemned last week, to discuss claims made after a confidential media briefing about asylum seekers.
Senator Brown met Andrew Metcalfe, who confirmed that at the briefing, the issue of asylum seekers arriving in Europe had come up. But Mr Metcalfe denied he had linked this to riots.
And in a letter to The Age, the legal team that sank the Malaysian ''people-swap'' plan has defended the man who advised the Gillard government on the court challenge.
With MICHELLE GRATTAN, MICHAEL GORDON
Read more: http://www.theage.com.au/national/nauru-not-the-solution-malaysia-20110915-1kby9.html#ixzz1YFPPcZ00
Hari Malaysia 2011
PERUTUSAN KHAS HARI MALAYSIA
OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2011
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
sejahtera dan Salam Hari Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.
- Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua,
kita dapat menyambut ulangtahun
penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang
merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.
- Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh
warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah
semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik
dan pelaksanaan begitu mapan, kita
telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan
sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah
dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan
kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi
mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.
- Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta
kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat
kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik
daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat
usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua
matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan
nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
- Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara
mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun
kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama
ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan
tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina
Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh
penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan
demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal
utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?
- Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih
dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir
yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal
usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah
berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan
Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima
amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih
lagi tidak matang.
- Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah
negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk
memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri
naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut
budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen
yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.
- Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik
pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad
untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran
pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis
Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas
merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk
memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi
bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
- Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa
hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman
mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu
seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia,
rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme
perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi
menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran
perlembagaan serta kedaulatan
undang-undang.
- Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut
tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk
menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada
dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi.
Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri
Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana
Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan,
telah mengisytiharkan darurat.
10.
Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses
pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa
selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam
tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen
dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.
11.
Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana
Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan
mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak
eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan
kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.
12.
Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat
menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan
mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa
depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu
amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
13.
Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk
menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat
Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa
kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir
lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan
serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju
masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.
14.
Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui
segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati
tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan
pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi
dinamik dalam pasaran idea.
15.
Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan
semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu,
pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif
kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf
hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan
kehendak dan keperluan rakyat
Malaysia telah mengalami perubahan yang
besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.
16.
Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan
oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi
Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan
serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
17.
Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun
1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang
telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini.
Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai
denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi
lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan
kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan
falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini,
di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada
kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah
diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba
waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang
berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan
sejarah lampau.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
18.
Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan
tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah
khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan
tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan
kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa,
harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran
yang bersifat global dan diterima ramai.
19.
Dari perspektif undang-undang Islam pula,
ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima
perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat:
keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah
banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu,
sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan
pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas
kepentingan maslahah ramai.
20.
Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara
demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal
rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.
21.
Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi
sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan
individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat
tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari
keseimbangan yang betul ini.
22.
Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak
sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah
dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab
untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh
sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik
yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.
Rakyat Malaysia
yang dikasihi sekalian,
23.
Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula
mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan
Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan
dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.
24.
Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan
jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru
yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149
Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk
memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat
dan negara.
25.
Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang
terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira
hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang
baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara
substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan
lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang
berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
26.
Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu
tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa
untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan
kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.
27.
Dalam
konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960,
Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji
semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau
memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
28.
Kajian
semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan
dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil
kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun
dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran
berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping
mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
29.
Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di
persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib
serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan
kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya,
mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada
latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik
pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk
menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke
lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan
yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.
30.
Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita
meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan
dalam mencorakkan hala tuju masa depan
mereka sendiri. Jika kita menganggap ia
satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya
kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka,
apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun
untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan
warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta
teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?
31.
Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar
tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib
lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada
insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan
telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha
menuju sebuah negara moden dan progresif.
32.
Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah
kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar
sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat
sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah
lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk.
Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke
destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
33.
Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu
lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah
Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan
ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan,
kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak
individu.
Demi Malaysia, bertawakallah
semua dan kepada Tuhan kita berserah.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
Thursday, June 2, 2011
Hannah n daddy...
last weekend was a hectic weekend for me. I had promised my 1 year old daughter to take her out, spend some quality time with her. I know, she's only 1 year..she doesnt speak yet..but a promise remain the same. So i had to make some adjustment and brought her with me to my dinner appointment. Believe it or not, that was the first time that she was left alone with me...no mummy, no bibik to back me up..
Since shireen gave birth, Hannah's been stuck in the house for the past 3 weeks. since we wont be needing her car seat in the car i placed her carseat in the house. I noticed she kept on sitting on her carseat n thats when it struck me that she missed her 'quality time' in the car. As she is the boss in the car, she gets to watch her barney, her chugginton vcd and some other cartoon in the car. if we drive back to ipoh for 2 hours, thats how long she wants her barney.
so the journey from our house to curve was somehow pleasant. she sat comfortably in her seat, singing along to her favourite cartoon, clapping and dancing excitingly. once we made it to curve she sat in her stroller for a good 45 minutes (trust me she never sat that long) until she saw some balloons at the shop. so i quickly strolled her to Marche where i met some friends there.
In the presence of strangers im quite impressed at how she behaves..at dinner she sat quietly, staring at people and trying to register each and everyone there.( i secretly think that mummy has taught her to give full report on daddy's activities.)
so we sat nicely and i managed to make conversations with friends until she saw some balloons there.. oh how it turned into chaos when she wants to play, running around holding her balloons.
And when she got tired, she became cranky and thats the cue i've been waiting for. i gave her formula and she rested in her stroller until we made it to the car. And hannah cant never sleep without her bolster (bob) and pacifier (puting).
Cut the long story short, without those two things, all hell broke loose.. she cried and not even barney can calm her down when she's tired and cranky. boy was i glad it was only a 10 minutes drive..
It was a meaningful weekend for me.. and for hannah too i think. we needed that father-daughter quality time away from mummy and annoying bibik.. hahaha.. I Heart You Hannah Raeesa...
Jadi Bapak dan Cabarannya waktu malam..
EMMIR SELEPAS 3 MINGGU
EMMIR LAHIR 11/5/11
Tajuk seakan akan satu kertas kerja yang dibentangkan dalam diskusi ilmiah di universiti. Hakikatnya ini hanyalah cetusan rasa daripada seorang bapak yang tak cukup tidur bilamana anak kedua yang baru 3 minggu meragam malam.
EMMIR LAHIR 11/5/11
Tajuk seakan akan satu kertas kerja yang dibentangkan dalam diskusi ilmiah di universiti. Hakikatnya ini hanyalah cetusan rasa daripada seorang bapak yang tak cukup tidur bilamana anak kedua yang baru 3 minggu meragam malam.
Semalam Emmir rengek-rengek, nangis-nangis. Sepanjang 3 minggu semenjak kelahirannya inilah pertama kali 'milk monster' bertukar menjadi 'monster' sahaja. Jika sebelum ini dia hanya mahukan susu, samada bergayut dengan mummy ataupun bila habis disambung dengan formula, malam tadi sangat mencabar bila dia menangis sekuat-kuat hati. Diangkat dia menangis, diletak apatah lagi..semuanya jadi serba buntu. Selaku penolong ketua darjah aku cuba membantu ketua darjah (bini) memujuk Emmir. Masalah jika anak rapat adalah sindrom jangkit. Jika Hannah menangis, Emmir akan turut berkoir, begitu juga bila Emmir menangis..Hannah akan turut bangun dan menyertai sewaktu korus. Jika tidak tahan dugaan memang aku dan Shireen juga akan terjebak boleh menangis.
Kembung malam untuk bayi adalah satu masalah normal dan kerap terjadi. Tak ada penjelasan perubatan mengapa ianya terjadi. Yang ada hanyalah teori org-org tua. Angin, sejuk, pemakanan ibu sewaktu menyusu dan sebagainya gagal menjelaskan secara tepat kenapa ianya berlaku. Tapi bagi bapa dan ibu muda tidak dapat lari dari masalah ini. Selepas puas digosok minyak yu yee dan dituam perutnya akhirnya dia belahak (burp) dan dapat tidur lena.. Sebenarnya itu ringkasan cerita..yang diceritakan pagi tadi oleh Shireen kepada aku kerana sebelum anak lena, bapaknya lena dulu... :p
Aku rasa sedikit bersalah pada Emmir.. harap nanti dia tak baca blog ini kerana sebagai bapak aku kena jaga air muka... mana boleh beritahu anak bapak bersalah.. :p Kerana sebelum lahir sering membincangkan betapa kesiannya kami pada Hannah yang sudah mahu dapat adik sedangkan dia sendiri cuma setahun. Betapa nanti dia akan terabai atau diabaikan secara tidak sengaja oleh mummy dan bapaknya. Kerana kerisauan melampau itu aku secara tidak langsung telah tersangat memanjakan Hannah dan sangat kurang membelai Emmir dan mummynya.. Maafkan bapak ye Emmir.. Akan cuba berlaku lebih adil selepas ini.
Jika dulu kelahiran Hannah dipenuhi dengan 'tweet' secara live daripada hospital.. di penuhi dengan gambar gambar yang dinaikturunkan ke laman FB, Emmir sangat bersederhana. Tiada 'tweet', tiada gambar sebanyak kakaknya.. kata kawan-kawan memang anak pertama lebih jiwa, lebih segala-galanya kerana dia yang pertama.. entahlah.. mungkin ada kebenarannya. Tapi diharapkan aku akan lebih berlaku adil dengan anak anak aku...
P/S: Best siut ada anak sepasang... walaupun headache bini dah sibuk pilih warna tema baju raya.. :p Alhamdulillah...
Monday, March 28, 2011
Well hello again..
Just want to drop by and say hello.. Oh and to let u guys know that i'm pretty much still alive. :-) will try to update this blog soon.. Have a great n productive week y'all.
- Posted using BlogPress from my iPad
Tuesday, November 9, 2010
Hello.. saya muncul lagi...
Aku mahu teruskan menulis seakan-akan kita sedang dalam perbualan rancak. Seolah-olah kita adalah rakan akrab yang sedang dalam perbincangannya. Kerana terlalu apologetik kerna sudah lama tidak mengemaskini juga tidak akan membawa apa-apa perubahan. Kamu dan aku tahu bahawa penyakit bermusim ini sudah menular terlalu dalam ke dalam sistem badan aku yang ubatnya mungkin sukar dicari.
Selepas kemenangan berganda BN di Batu Sapi dan Galas ramai yang membuat andaian bahawa BN sudah kembali kuat. Aku amat mahu berpegang dengan keyakinan mereka. Bisikan hati juga mengatakan mungkin sudah ada sedikit pembaruan oleh BN yang memungkinkan sokongan rakyat kembali tetapi masih belum memadai. Kerja keras juga yang akhirnya akan menentukan nasib kita pada PRU ke 13 nanti.
Sudah semakin ramai juga pemimpin besar/ahli-ahli yang berhormat samada ahli parlimen mahupun Adun/ penyokong tegar / separa tegar/penyokong biasa biasa/ penyokong bermusim/ pengikut ikut ikutan Pakatan haram Rakyat terutamanya dari PKR yang mengumumkan keluar parti lantaran hilang kepercayaan kepada ulul amri mereka DS Anwar Ibrahim. Harus ada satu kajian yang menyeluruh dilakukan untuk menganalisis kenapa mereka ini terutamanya yang rapat dengan beliau hilang kepercayaan kepada Anwar dan partinya?
Terbaru krisis dalaman yang melibatkan calon-calon Timbalan Presiden PKR. Dato' Zaid mengumumkan menarik diri dari pertandingan tersebut dan melepaskan semua jawatan di dalam parti. Seorang lagi calon juga mempertimbangkan hasrat sama. Ini dilihat satu tamparan kepada Anwar..kepentingan umum atau mahu jaga anak buah? Ketua umum pun tak pentingkan umum, bagaimana?
Tinggalkan sebentar krisis PKR yang sedang tunggu masa untuk rebah. Cakap-cakap orang politik mengatakan akan ada satu rombakan kecil kabinet dalam masa terdekat ini. Makin giatlah mereka-mereka yang berhasrat melobi. Menarik.. kita sama-sama tunggu...
Sunday, September 5, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam Ramadhan.. Salam 1 malaysia..
Hari ni dah masuk 26 Ramadhan..maknanya tak sampai seminggu lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Sekejap sungguh rasanya bulan Ramadhan mengunjungi kita.. kepada semua rakan-rakan dan anda yang membaca blog saya ingin saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan ini ada tutur kata dan perbuatan saya yang menyinggung hati dan perasaan kalian.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin..
Subscribe to:
Posts (Atom)