Hari Ahad lepas Ijan datang ke KL dengan tunang. Mereka naik bas kerana kereta Ijan ada ditinggalkan di KL. Aku yang sepatutnya mengambil mereka di Hentian Pekeliling jam 10 pagi hanya terbangun jam 12. Panik..rasa bersalah apabila sudah hampir 10 missed call dari dia. Mesti berbakul maki diberi pada aku. Sampai jumpa mereka sudah tengah hari. Comel mereka berdua..berjalan berpegangan tangan mencari barang barang untuk perkahwinan mereka yang dilangsungkan 8/8/08. Senyum tidak putus putus dari muka.. seri orang mahu kahwin. Aku tumpang bahgia.
Masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Aku yang sebelum ini cukup anti jika berjalan di masjid India, Semua House dan sekitar jln Tunku Abd Rahman tiba tiba jadi seronok membelek barang barang untuk hantaran perkahwinan. Melihat bunga telur, melihat bekas bekas untuk hantaran..hmmm..
Terkadang merasakan yang aku kehilangan. Usia sebegini sudah ramai yang beranak pinak. Aku masih bujang..dan entah bilakan berumah tangga? Bila pula mahu memperolehi anak? tatkala usia sudah menganjak senja anak anak aku nanti kan masih kecil kecil. Kasihan mereka.. mahu mengajak bapak yang sudah tua main bola..sudah pasti tidak boleh lama. Dan aku berazam untuk menjadi bapak yang cool..yang boleh bersembang dengan anak anak seperti kawan..tetapi tidak janggalkah jika jarak usia antara kami yang maha besar?
Di shopping shopping complex aku kan lebih bahagia mencuri pandang kepada anak anak kecil. Tatkala kawan kawan lain mencuri pandang kepada gadis gadis hot, aku lebih suka mengenyit mata pada baby baby comel. takut juga, kerna orang orang di KL ini sudah tidak mesra..selalu berpikiran serong jika org tidak dikenali memerhati anak anak mereka. takut aku dituduh child molester nanti.
Aku rindu dia.. semenjak dia tiada aku sering memikirkan tentang dia. Tentang kemanjaan dan kesabaran dia menanti aku. Tentang cintanya yang tidak pernah surut buat aku biar ditinggalkan secara kejam..mmm.. mahu jadi apa aku ini? Sayang tetapi bila bersama selalu tidak sabar.. maafkan aku ya?
Sepetang bersama Ijan dan tunang, hati makin gelisah.. aku mahu ada tunang.. ada isteri..ada baby..
1 comment:
kau rindu siapa?
Post a Comment