Saturday, August 9, 2008

Unit Perisikan Orang Perak...

Malam yang dingin di Permatang Pauh tidak dapat menghilangkan keresahan di hati. Tadi Ijan sudah sah menjadi suami orang, alhamdulillah. Aku rasa bersalah. Sudah berjanji dengan dia berbulan-bulan mahu jadi pengapit dia. Menenangkan dia di saat gelisah menunggu jabatan tangan tok kadi sebelum sah menjadi suami cikgu. Teman yang bersama-sama di Mekah sudah selamat..dimudahkan Tuhan segala urusan perkahwinan beliau. Mungkin sebab dia lebih lama dan khusyuk di Jabal Rahmah berdoa dulu..(Jabal Rahmah adalah tempat Nabi Adam ditemukan dengan Hawa di dunia ini). Atau kerana dia pergi dengan hati yang jelas..minta petunjuk jika Cikgu adalah orangnya.. sedang aku dulu pergi dengan beberapa calon di hati.

3 hari lepas ayah merajuk.. Dia telipon di saat aku amat sibuk menguruskan hal kerja. "Sudah bulat hati ke mahu (tutt)?" tanya ayah.. "ye.." aku menjawab endah tak endah.. Bukan kerana tidak pasti.. 1. Kerana sebelum itu juga diajukan soalan sama oleh ibu..dan sudah kujawab dengan yakin. 2. Tengah stress amat pasal kerja di Permatang Pauh. Ayah tanya lagi "Macam tak yakin je..?Dah pasti ke? Taknak nanti salahkan kami pula.." Aku terdiam..
"Yelah... kan semalam ibu dah tanya.. tak payahlah hari hari tanya!".. aku separuh meninggikan suara.. "Yelah..ayah tak tanya dah"- talian dimatikan.. Astagfirullah... mahu jadi apa aku? Meninggikan suara pada ayah yang selalu sayang pada aku.. Dia sekadar mahu kepastian. Tidak mahu jika terjadi apa-apa mereka disalahkan.. Maafkan aku ayah ibu.. selalu membuat kalian sedih dan kecil hati.. Terlalu sayang dan cintakan kamu.. tapi entah mengapa selalu perkataan dan perbuatan aku tidak menggambarkan begitu..maafkan along ya?

Aku akan berada lama di Permatang Pauh..sehingga habis hari pengundian pada 26 hb nanti. Secara langsung aku akan terlepas kenduri Ijan (kawan baik aku), kenduri azmir (staff pejabat Pemuda UMNO Msia) dan satu majlis risikan aku sendiri..haha..

Kepada kamu kamu yang rajin membaca blog ini mungkin sudah boleh mengagak hala tuju entri ini.. Ya, 17hb ini ayah & ibu, opah, papa & mak ngah, pak yob & mak long aku akan bertandang ke Damansara. Membawa maksud yang satu..mahu bertanya kepada Encik Mior Roslan dan Pn Robi'aton Adawiyah jika bisa menyunting anak gadis mereka untuk aku.. Mahu melamar anak mereka untuk dijadikan suri hidup aku. Untuk mereka yang tidak tahu si dia yang mencuri hati aku, kenalkan..Maidatul Shireen Bt. Mior Roslan.. Perempuan agung yang cintanya terlalu mendalam untuk aku. Yang bersama dalam susah dan senang. Yang airmatanya sering aku bazirkan dengan sikap, perkataan dan perbuatanku. Kamu tahu kan Shireen, aku cinta kamu juga? Cuma terkadang aku kurang sabar..

Ayah dan mama Shireen sudah bilang, sebelum datang merisik aku harus bawa mereka keluar makan. Cuma kami bertiga.. mahu bicara hati dengan aku. Mahu kepastian yang aku benar-benar mahu dan mampu menjaga anak perempuan tunggal mereka. Yang anak perempuan mereka akan selalu bahagia dengan aku. Aku sedikit gementar.. takut-takut jika mereka tidak yakin dengan jawapanku nanti. Tapi aku yakin, jika sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas, Tuhan akan mendorongkan dengan mudah. Apa-apapun, balik hari Isnin aku mahu mengadap mereka. Mahu menyampaikan hasrat hati. Biar mereka dengar dari mulut aku sendiri..

Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini.. Aku cinta dia.. Biarlah hidup dan matiku bersama dia..hanya dia..

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah shah..semoga bahagia sampai akhir hayat..

Anonymous said...

congratulations! may you find the happiness in the years to come