Berundur ke belakang tidak bermakna mengalah.. Ambil setapak ke belakang untuk persiapkan 3 langkah ke hadapan bagi aku satu tindakan yang bijak. Cuma sudah jadi lumrah manusia.. jika sudah ada yang baik, masakan mahu dilepaskan? Aku di persimpangan hari ini. Mahu terus disini dan statik dibekukan, disimpan di peti sejuk atau ambil langkah drastik? Keluar dan cuba bina hidup sendiri?
Dua tahun lebih disini menghadirkan banyak kenangan. Banyak manis dari pahit. Sekolah politik terbaik bagi aku adalah dengan di dalam pejabat politik itu sendiri. Mengenal ragam manusia, belajar menangani permasalahan yang hadir serta mengatur program-program buat BN antara kenangan yang akan aku simpan sampai bila-bila..
Tapi suasana pejabat hari ini tidak memungkinkan aku untuk terus disini. Jika aku tunggu, segala apa yang dipelajari dari zaman Dato' Seri Hishammuddin..sewaktu Dato' Rahman menjadi Setiausaha dan Shahrul Zaman selaku Setiausaha Kerja akan hilang begitu sahaja. Aku sudah hilang motivasi diri. Agak sukar untuk bekerja bila kau tidak selesa. Mungkin ada yang berfikir buruk- tidak, aku baik-baik sahaja dgn Khairy Jamaluddin. Aku suka dia..sangat bijak, matang dan berwibawa. Cuma aku tidak suka dengan mereka mereka yang diletak di pejabat Pemuda.
Ramai kawan kawan dan saudara mara menegur sikap aku. kata mereka, dalam politik tidak boleh terlalu jujur, terlalu berterus terang, terlalu straight forward. tapi aku sudah biasa begini. Untuk apa kau pura-pura sukakan seseorang tetapi bercakap buruk di belakang? Aku tahu kau tak suka aku, dan kau pun tahu aku tak suka kau. Jadi daripada aku kerja dengan/untuk orang yang aku tak suka, yang aku rasa tidaklah bijak mana, sekadar bijak berpolitik dan bermuka muka, baiklah aku berundur.
Jadinya, kau mungkin gelak ketawa aku undur hari ini.. tapi percayalah..kau pun tahu betapa aku telah kerap kali benar kau aniaya.. dan doa doa mereka yang teraniaya ini tidak ada hijabnya.. Selamat tahun baru semua..
No comments:
Post a Comment