Kesunyian itu kadang kala menyerabutkan. Apatah lagi jika jiwa sunyi di kala kebisingan.. di balik hiruk pikuk kekecohan yang timbul ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh Tun Dr Mahathir dan anaknya Dato' Mukhriz aku terkesima sendiri. Perasaan yang aneh aku rasakan. Aku semakin hilang arah tuju. Kepala buntu.
Benarkah kata Raz Indira (seorang penyair India), lemas kerana ombak boleh membaut maut, tetapi lemas dalam cinta masih membawa nikmat? Nikmatkah ini jika tidur malamku diganggu dengan bayangan wajah si dia? Memandang sayu seolah olah ingin memberitahu sesuatu? Wajarkah keputusan yang aku ambil dalam keadaan marah itu? Membiarkan cinta yang baru singgah berlalu pergi.. menjahanamkan si dia sedangkan kebahagian baru mula menenggek di hati?
Entri ini remeh. Entri ini celaru.. seperti ada persamaan dengan hidupku kala ini. Remeh dan celaru. Aku beri hati sehingga hari Ahad. Berkabunglah kau wahai hati..kerana masuk Isnin si dia akan aku buang jauh-jauh. Aku tidak mampu terusan melayan emosi. Bukankah hidup ini harus ada tujuan yang lebih konkrit?
Sesekali membaca blog kawan-kawan terasa cemburu. Betapa mereka itu konsisten. Sangat kritis menyuarakan idea dan pandangan semasa.. sedang aku masih tidak tahu hala tuju blog ini. Biarlah.. blog yang tidak berpengunjung ini akan aku jadikan diari elektronik..satu bukti yang aku masih wujud.. masih bernafas.. masih berterima kasih.. masih menyintai kamu kamu yang tahu siapa kamu..
Aku ingin pulang..
1 comment:
Hey Sayang, i really like this particular blog of yours. Why? Because of the way you expressed your inner feelings. Well, im sorry what happen between you and the other girl. Please know that i dont want to be the reason you guys are not working things out. I have to say that right now, im not feeling too good myself, knowing the fact that u had feeling for the other girl. Its not going to be easy. I dont know what to expect in the future, u may quietly compare me to her, but i hope you wont do it, cos i am who i am and if you do that, it will only break my heart. I hope your decision of being with me again is not influenced by others or because i am the safe choice. Cos, if that is the reason,again, it will only break my heart. I love you and thats the reason why i accepted you back... Take care. I love you..
Post a Comment