Friday, May 23, 2008
Kosong....
'Hari ini harus lebih baik dari semalam..dan esok lebih baik dari hari ini.' Ungkapan yang sudah cliche bagi mana-mana pakar motivasi Melayu. Hakikatnya sejauh mana kita mampu untuk mengotakan apa yang dijanji? Tarikh yang sama tahun lepas aku sedang dalam keadaaan yang paling teruk. Pelbagai masalah melanda seakan-akan menguji tahap kesabaran aku yang tidaklah setinggi mana. Namun Tuhan sentiasa mendorongkan jalan bagi hamba-hambanya yang memohon dariNya. Setiap malam aku panjatkan doa, menangis meminta bantuan dan pertolongan dari Maha Esa agar dikeluarkan dari jiwa perasaan resah dan keluh kesah. Benarlah, Tuhan tidak pernah melupakan hambaNya.. cuma kita yang sering terkhilaf melupai Tuhan.Hari ini selepas hampir setahun Tuhan menunjukkan kuasaNya memberikan aku sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan, aku seakan-akan hilang punca. Hati tidak pernah tenang, sentiasa diburu rasa tidak selesa. Aku panjatkan doa, pohon dari Tuhan semoga ditenangkan semula..namun hampir 2 minggu masih tiada jawapan. Sudah tidak mahukah Kau mendengar hambamu ini? Atau sudah terlalu menimbunkah dosaku padaMU yang membuat doaku Kau sepikan? Ya Allah.. betapa aku berdosa..melupakan Kau ketika ada..Aku pasrah... Aku kosong....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
This is another blog of yours that is also my favorite. I really think you can write and i am proud of you..
Sayang, tuhan tak pernah lupakan kita. Allah menguji kita sebab Allah sayang kat kita. Kalau dia tak beri kita dugaan, kita akan lupa padaNYa. Just dont give up on HIM just yet..contibue what you're doing, insyaALLAH, dia akan bukak kan hati dan jalan untuk kita.. Amin..
Post a Comment