Aku tak ingat dah mcam mana rasanya hidup tanpa teknologi canggih. Aku datang dari Perak. Membesar dalam penuh kesederhanaan. Tatkala kawan-kawan di universiti sudah ramai yang menayang hp besar gedabak baling anjing pun mati, aku masih selesa bergayut dengan telefon awam, mengumpul duit syiling yang ada untuk disedekahkan kepada Telekom Malaysia. Dan sebab aku budak baik yang nerd, ketika ramai budak-budak seasrama menggunakan wayar dan aksesori lain untuk mencuri talian untuk bercakap percuma berjam-jam, aku masih panggil 101 dan buat 'reverse charge call' kepada family di Ipoh.
Dulu kalau janji nak keluar dengan awek memang kena punctual. Sebab kalau kau lambat, awek tu merajuk dan balik memang kau keras la tunggu kat CM sorang-sorang mcm orang bodoh. Sebab kalau kau nak pujuk dia balik memang kena tunggu dia sampai rumah untuk call balik dn pujuk.
Juga best untuk keluar blind date dgn awek yang baru kenal di chat room. Sebab sekali dua dengar suara mcm cun, tapi bila jumpa hampeh..tapi sebab lelaki memang selalu jahat dan tipu pakai baju apa. Jadi perempuan yang tunggu bawah tiang lampu di pintu masuk Central Market pakai baju merah dan skirt hitam memang takkan kenal kau bila kau nak lari sebab dia tak hot.
Atau kau boleh bagi alasan baju tertumpah aiskrim atau kena taik burung bila awek yang kau jumpa tu hot dan tanya kenapa kau tak pakai baju pink seperti yang dijanjikan? (okay..aku tipu.. dulu kalau lelaki pakai baju warna pink memang sah lelaki lembut. Tapi aku banyak baju pink)
Tapi sekarang bebudak darjah satu pun ada telefon. Sudah pandai hantar MMS dan main sms dengan awek kat sekolah. Aku tak setuju sangat budak-budak dimanjakan dengan kemewahan..tapi sukati mak bapak dia lah kot...bukannya dia mintak duit aku beli phone untuk anak dia..
Aku dalam usia menjangkau 29 tahun ini juga sudah berpuluh telefon yang aku miliki. Aku sudah jadi orang yang gila pada teknologi. Aku tak boleh hidup tanpa Blackberry phone. Aku kena selalu masuk website-website dan blog-blog. Dulu orang selalu berangan bila di jamban. Aku sekarang di jamban pun bukak malaysiakini atau http://jebonisme.blogspot.com
Ye.. membaca karangan yang kelakar dapat membantu anda supaya mudah lawas.
Aku dah kembali ke pejabat. Rindu pada pejabat lepas lebih 3 minggu aku di Sarawak. Duduk di Batang Ai menginsafkan. Betapa kita di bandar ini sebenarnya sangat beruntung. Cukup serba-serbinya.. tahla..aku akan tulis satu topik khas pasal ni nanti.
Ada kawan yang tanya kenapa aku tak tulis langsung pasal pemilihan UMNO? pasal pilihanraya kecil Bkt Gantang, Selambau atau Batang Ai.. jawapannya.. aku malas. Aku takde idea, aku stress, aku keluar jerawat balik, aku gemuk lagi, aku takde internet connection yang baik di Sarawak...dan bermcam sebab lagi lah..
Tapi sekarang aku dah balik ke KL. aku tengah semangat nak kerja..tengah semangat nak menulis..walaupun aku harus memberi pujian kepada kamu-kamu yang membaca tulisan aku yang tah carca marba gila ni..
Apa-apapun tahniah kepada DS Hishammuddin Tun Hussein yang menang jawatan Naib Presiden.. sangat gembira sebab dia boss aku dulu.. sebab dia memang layak..sebab dia best, sebab dia memang pemimpin hebat. Walaupun aku dah tak kerja bawah dia aku akan selalu anggap dia boss politik aku sampai bila bila... dan tahniah juga kepada YB Khairy Jamaluddin yang menang jawatan Ketua Pemuda. Apa pun persepsi rakyat pada beliau, aku kenal beliau secara peribadi dan dia memang ada ketokohan untuk menaikkan kembali Pemuda ke puncak kegemilangan. Harap semua ketepikan sentimen kem-kem. Masa pemilihan dah habis, masa berpolitik juga sudah habis..sekarang masa untuk buat kerja..
Hah.. apa lagi yang aku menulis blog waktu kerja ni? Kerjalah!!!!
No comments:
Post a Comment