Thursday, April 16, 2009

Merapu

Balik dari Sarawak aku jadi tak betul. Aku beli guitar acoustic yang boleh tahan mahal sekali dengan amp. Aku sign up kelas belajar gitar. Aku main gitar kat rumah walaupun dok ulang lagu i will survive yang aku belajar waktu di universiti tu berulang kali. Ye.. aku buta muzik. Jari jari aku keras, aku buta muzik, buta seni. Tapi aku minat. Aku suka muzik, aku suka menyanyi. Dan aku selalu bayang aku pandai main gitar mcm Man Kidal, atau Joe Wings.. tapi bolehkah pada usia 29 tahun aku baru nak belajar main gitar?

Waktu mendaftar di kelas muzik tu aku nampak ada bebudak sekolah rendah dah dok usung gitar diorang yang mahal-mahal. Mesti pandai main tu. Nasib baik kelas aku belajar sorang-sorang. Kalau bantainya belajar ramai-ramai dan aku yang paling tua tapi paling bingai mesti aku demoralize dan terus ponteng lepas-lepas tu.

Tapi aku rasa aku tak kuat semangat. Macam masuk gym.. pegi sebulan dua.. give up setahun dua.. bila dah naik tangga kat rumah pun semput, baru nak semangat balik. Banyak bendalah yang aku buat separuh jalan. Seingat akula.. politik je satu-satu perkara yang aku tak pernah give up halfway. Berat dan down macam mana pun aku, aku tetap minat..tetap teruskan. Dan alangkah bagus jika semangat berpolitik ini dapat aku terapkan dalam kehidupan seharian dalam aspek lain.

Bercakap pasal politik, hari ini politik di negeri-negeri agak kucar kacir. Banyak andaian dibuat. Tapi aku sangat mengharapkan agar keadaan ini akan pulih dalam masa terdekat ini. Jika BN terus menerus berkemelut sesama sendiri bilakah pulanya masa untuk kita bekerja? Berkhidmat dan berbakti kepada rakyat? Meyakinkan rakyat bahawa BN adalah yang terbaik untuk mentadbir dan memerintah negara? Perlis, Perak, Terengganu.. 3 negeri yang memerlukan kestabilan politik dalam masa terdekat ini. Semua pihak seharusnya memberikan DS Najib Tun Razak peluang dan kesempatan untuk memulihkan keadaan ekonomi negara. Dan semua usaha ini akan hanya boleh dilakukan sekiranya kestabilan politik dapat kita terapkan dahulu.

Apalah gunanya menjadi MB mahupun Pengerusi Perhubungan Negeri sekiranya dalam pilihanraya umum akan datang kita tewas?

No comments: