Hello semua.. banyak yang dah jadi sepanjang 2 bulan aku hilang dari blog. Penyakit bermusim itu memang paling susah untuk dikikis. Macam gym yang aku dah berbulan tak ingat kat mana pintu masuk, macam tu jugakla blog aku sendiri yang aku lupa nak update-update. Ok, mungkin bukan lupa. Tapi memang takde masa. Tipu jugak, ada masa tapi tak tulis apa-apa. Kerana? Tah..
Aku dah jadi suami orang. Aku dah mula bekerja selepas hampir 2 minggu cuti kahwin. Lagi semangat sebenarnya.. sampai aku sendiri tak percaya waktu cuti haritu aku boleh sampai gelisah kerana rindu nak kerja. Dan bila mula masuk office, aku rasa perbezaannya dulu dan sekarang. Lebih terisi. Lebih tenang. Lebih damai..arghh..tahla.. kau kawin dulu lepas tu bagitau aku ada bezanya tak?
Banyak yang terjadi seminggu dua ni. BN kalah di Manek Urai ( walaupun aku bangga sebenarnya... kubu kuat PAS.. Kelantan.. dengan semua heavy machinery diorang turun. Nik Aziznya.. dimana-mana ditampal poster dia menangis..( PAS pun banyak tengok Akademi Fantasia..sebab tu imej menangis simpati ni dijadikan bahan kempen). Dengan Anwar Berahim turun..dengan segala bentuk ceramah yang diorang buat.. bukanlah ceramah sangat. Korang pernah pergi ceramah PAS? Atau mana mana parti pembangkang? Diorang lebih kepada 5% fakta. 35% propaganda, 40% maki hamun dan buruk memburukkan pemimpin kerajaan. 10% doa..(kalau yang PAS), dan 10% rayuan supaya bersama 'perjuangan' mereka. Dan untuk semua itu - menang majoriti 65 undi.. wah wah.. tahniah BN, takziah PR.
Politik lama yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dah tak relevan. Jika BN meneruskan gerak kerja yang ditunjukkan di Manek Urai, pendekatan mesra rakyat ini akan membuahkan hasil yang baik pada Pilihanraya Umum ke 13. dan percayalah.. perubahan ini bukan kerana kami takut hilang kuasa. Ia kerana BN adalah untuk rakyat. Segala apa yang dibuat ini adalah untuk rakyat. Kerana kami peduli. Kami peduli tentang anda.
P/s : sangat celaru penulisan ini. harap semua faham..dah lama tak menulis.. dan aku bukan jenis draft draft.. hahaha..
Selamat malam Jumaat yang berkat dan indah untuk semua. jangan lupa baca Yasin..
No comments:
Post a Comment