Monday, March 26, 2012

Hari Polis ke 205


Sabtu malam lepas berlangsungnya Sambutan Peringatan Hari Polis yang ke 205. Sambutan dibuat secara serentak di seluruh negara namun saya berkesempatan untuk meraikannya bersama warga PDRM dan kepimpinan tinggi PDRM Malaysia di Dataran Merdeka bersama puluhan ribu rakyat Malaysia yang turut sama bersemangat menyambutnya.

Hujan yang turun lewat petang Sabtu itu tidak menghalang kemeriahan sambutan itu. Alhamdulillah selepas Maghrib hujan semakin redha memungkinkan orang ramai berkumpul di padang Dataran.

Tepat jam 8 malam mula menyaksikan ketibaan VVIP ke majlis tersebut. Majlis turut diserikan dgn kehadiran YAM Tengku Jalil, anakanda DYMM Sultan Johor yang baru tamat kursus Inspektor di Pulapol. Sebaik ketibaan Menteri Dalam Negeri, YB Dato Seri Hishammuddin Hussein, majlis dimulakan kira kira jam 8.30 malam.



* DS Hishammuddin Hussein membuat pemeriksaan kawat kehormat PDRM

Antara yang sangat menarik pd malam itu adalah perbarisan hampir semua unit- unit yang berada di bawah PDRM dan demonstrasi yang ditunjukkan yang dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada orang ramai ketangkasan dan keberkesanan PDRM dalam mencegah, membenteras dan menyelesaikan kes-kes jenayah di negara kita.




*DS Hishammuddin bersama YDH Ketua Polis Negara menerima lintas hormat unit unit PDRM*

Seharusnya kita sedar dan berterima kasih kerana statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2011 Indeks Jenayah di Malaysia telah turun kepada 11.1% atau kurang sebanyak 19,629 jenayah berbanding tahun 2010. Itu adalah pencapaian yang cemerlang yang telah dicapai PDRM dan Kdn dibawah inisiatif NKRA yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Suka atau tidak tidak ada satu negara pun yang akan mampu mencapai kadar jenayah sifar tetapi usaha berterusan yang diambil akan mampu menjadikan negara kita lebih baik daripada negara-negara lain di Asia mahupun dunia.

Statistik juga menunjukkan penurunan mendadak jenayah jalanan yang telah mencatatkan penurunan sebanyak 39.7% bersamaan dengan 15,101 penurunan kes jenayah jalanan pada tahun 2011 berbanding sebelum NKRA Jenayah diperkenalkan pada tahun 2009.




* Skuad elit komando 'Vat 69'

Info hari polis malaysia 2012

Sambutan Hari Polis ke-205 menjanjikan perkhidmatan lebih telus dan berintegriti sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap seluruh warga polis.

Tema hari polis 2012 ‘Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami’ dan maskot Hari Polis pula harimau biru dipilih sempena sambutan berkenaan dikatakan mampu meningkatkan tahap komitmen perkhidmatan diberikan seluruh warga PDRM. Penjenamaam diyakini mampu membetulkan persepsi masyarakat yang negatif kepada tahap keselamatan negara.

“Harimau biru menjadi lambang penjenamaan semula PDRM dalam meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap pasukan itu dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. pelbagai agenda dirangka pihaknya dalam meningkatkan kredibiliti dan menyedia kan tahap perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Kami sentiasa menggunakan pendekatan terbaik untuk bersama masyarakat selain meningkatkan keupayaan pegawai dan anggota bertugas dalam memelihara keselamatan Negara. - Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara




Harimau Biru mengorak lembaran baru PDRM Malaysia yang mesra rakyat


maskot PDRM Harimau Biru diperkenalkan
Semoga Hari Polis ke 205 yang baru disambut ini akan membawa lembaran baru didalam sejarah pembinaan negarabangsa Malaysia yang lebih baik, aman dan makmur.




Aunty Jenny Lee yang bersemangat datang meraikan Hari Polis


Terima kasih kepada semua warga PDRM Malaysia yang selama ini terus menjaga keselamatan dan keamanan negara berdaulat ini. Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Allah swt yang dapat membalasnya. SELAMAT HARI POLIS

Mohd Shahriza Hj Amir Shariffuddin

Location:Dataran Merdeka

Monday, March 12, 2012

Sesi Parlimen Ke 5, Penggal ke 12

Salam semua, balik kpd kesibukan di Parlimen.. Mungkin sesi yang terakhir sebelum pembubaran Parlimen utk beri laluan kpd 'the mother of all general election'.. Mungkin yang paling sengit antara semua pilihanraya sebelum ini.

Apa apapun sama sama kita harapkan yang terbaik dr sidang parlimen kali ini. Perbahasan yg sihat dan bijak demi kepentingan rakyat..

Salam 1 Msia