Friday, May 30, 2008

TAPI BUKAN AKU BY KERIS PATIH

Jagan lagi kau sesali keputusanku..
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin kupaksa cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima
Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencinta
Biarku dan semua hatiku
Karena tak kan pernah
Kan kau temui cinta sejati
Berakhirlah sudah semua
Kisah ini dan jangan kau tangisi lagi
Sekali pun aku takkan pernah
Mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Rasa ku telah mati untuk menyedarinya..
Tapi bukan aku wooo...
Semoga saja kan kau dapati
Hati yang tulus mencintaimu
Tapi bukan aku ...

Thursday, May 29, 2008

Cinta?

Aku campakkan dia jauh. Sudah berjanji dengan diri, tidak kan ada lagi entri tentang dia. Aku harus mulakan kehidupan baru...tanpa dia. Sakitkah dia, sudah makan kah dia, teringatkan aku kah dia..semua itu sudah tidak relevan. Aku tidak harus terus menerus mencurangi minda memungkiri janji yang aku buat dengan hati. Jika hati itu seorang isteri aku percaya sudah lama hati minta cerai- kerap dibohongi, kerap di main-mainkan.
Aku semakin rasa tua. Rakan-rakan sebaya sudah ramai yang berpasangan. Sudah ramai menayang anak isteri, sambil sesekali bertanyakan soalan keramat, "tidak teringinkah kamu seperti kami?". Aku sengih bodoh, menahan hati supaya tidak menjawab dengan mulut cabul mahupun jawapan sarkastik yang teman-teman sudah selalu sabar. Hati mana yang tidak mahu berteman? Lelaki mana yang cukup sifat dan nalurinya yang tidak mahu menyambung zuriat? Punyai anak-anak comel sudah pasti bisa menggembirakan hati yang selalu bermasalah. Tapi sudah bersediakah aku mahu menjadi bapak?
Aku dibesarkan dengan kasih sayang ayah dan ibu. Ayah lelaki agung yang selalu mengalah. Selalu memanjakan ibu. Selalu membantu segala urusan di rumah..selalu dekat dengan anak-anak. Terkadang merasa bersalah pabila hampir setiap hari cuma dia yang bertanya khabar, sekadar mahu mendengar suara anak-anak. Ibu wanita lembut yang penuh dengan kasih sayang..berkorban apa saja untuk kami semua..yang selalu sanggup sehari tidak bercakap dengan ayah apabila anak kesayangannya aka aku dimarahi.. haha.. mampukah aku memiliki semua itu nanti?
Memilih isteri tidak sama dengan memilih teman wanita..banyak yang harus diperhalusi..supaya tidak tersilap membuat keputusan. Yang dicintai itu tidak semestinya membahagiakan. yang selalu bertegang leher itu tidak semestinya tidak baik. Aku pernah keliru..meninggalkan kamu seketika.. tapi kini yakin.. jodohku sedang menunggguku di luar sana. Untuk kamu yang tahu, aku pohon maaf, terkadang terkhilaf melupakan kamu yang selalu sayang pada aku. Insya Allah, kau kan jadi milikku..hebat ujian tuhan untuk kita.. tapi nyata, cuma kamu yang selalu sayang pada aku. selalu mahu yang terbaik untuk aku.. jadi aku kan cuba jadi yang terbaik untuk kamu juga..
Entri ini harus berakhir disini. Jam sudah 4.30 pagi. Aku makin mamai. Akan ada hati yang terluka dengan entri ini. Untuk kamu kamu, kita tidak lagi bersama, tapi kamu antara kenangan yang paling manis,terima kasih..sekejap..namun mungkin itu yang terbaik untuk kita..moga moga kamu juga kan bahagia nanti. Selamat malam semua..aku tidur dahulu...

Friday, May 23, 2008

May and counting...

I have been going to The Curve more often the past 2 weeks than i did for the last 6 months.. It has been a very lonely and depressing week for me. I watched Narnia 2 yesterday..(or rather sit at the cinema and sleep). I cant even remember when was the last time I slept in a movie theatre. For those who do not know me, I'm movie freak. I have crazy collection of dvds..half of which were borrowed and never returned to me.. So when i fell asleep in cinema it is something abnormal that requires some sort of post mortem.

I have started visiting my division again.. After much persuasion from my boss i finally made the first move and see those people again. It's so tiring..having to sit for hours, talking bout the same old crap repeatitively..something that i used to enjoy but somehow lost its effect on me. It takes a lot of courage and patience to be actively involved in politics.. I guess we're in a way a poker player.. the better you are at hiding your true feelings the faster you climb the hierarchy..

I listened half heartedly to a joker in my Dun.. he's declared openly to contest the Vice Chief Division for Subang. well, best of luck to you bro.. u need lotsa it.. this person who's done nothing during his time in Pemuda suddenly feels like he can contribute so much more in the division level. I wonder at times, if he's on medication or simply some kinda designer drugs that he can talk for hours rambling stupidly and actually think that he's good! God.. i can't stand ignorant people like this.. sorry.. i guess i am rambling stupidly too.. i'm just bored.. and tired..
P/s:- I'm not contesting in any post this year..

Kosong....

'Hari ini harus lebih baik dari semalam..dan esok lebih baik dari hari ini.' Ungkapan yang sudah cliche bagi mana-mana pakar motivasi Melayu. Hakikatnya sejauh mana kita mampu untuk mengotakan apa yang dijanji? Tarikh yang sama tahun lepas aku sedang dalam keadaaan yang paling teruk. Pelbagai masalah melanda seakan-akan menguji tahap kesabaran aku yang tidaklah setinggi mana. Namun Tuhan sentiasa mendorongkan jalan bagi hamba-hambanya yang memohon dariNya. Setiap malam aku panjatkan doa, menangis meminta bantuan dan pertolongan dari Maha Esa agar dikeluarkan dari jiwa perasaan resah dan keluh kesah. Benarlah, Tuhan tidak pernah melupakan hambaNya.. cuma kita yang sering terkhilaf melupai Tuhan.Hari ini selepas hampir setahun Tuhan menunjukkan kuasaNya memberikan aku sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan, aku seakan-akan hilang punca. Hati tidak pernah tenang, sentiasa diburu rasa tidak selesa. Aku panjatkan doa, pohon dari Tuhan semoga ditenangkan semula..namun hampir 2 minggu masih tiada jawapan. Sudah tidak mahukah Kau mendengar hambamu ini? Atau sudah terlalu menimbunkah dosaku padaMU yang membuat doaku Kau sepikan? Ya Allah.. betapa aku berdosa..melupakan Kau ketika ada..Aku pasrah... Aku kosong....

Keremehan yang dicipta sendiri

Kesunyian itu kadang kala menyerabutkan. Apatah lagi jika jiwa sunyi di kala kebisingan.. di balik hiruk pikuk kekecohan yang timbul ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh Tun Dr Mahathir dan anaknya Dato' Mukhriz aku terkesima sendiri. Perasaan yang aneh aku rasakan. Aku semakin hilang arah tuju. Kepala buntu.

Benarkah kata Raz Indira (seorang penyair India), lemas kerana ombak boleh membaut maut, tetapi lemas dalam cinta masih membawa nikmat? Nikmatkah ini jika tidur malamku diganggu dengan bayangan wajah si dia? Memandang sayu seolah olah ingin memberitahu sesuatu? Wajarkah keputusan yang aku ambil dalam keadaan marah itu? Membiarkan cinta yang baru singgah berlalu pergi.. menjahanamkan si dia sedangkan kebahagian baru mula menenggek di hati?

Entri ini remeh. Entri ini celaru.. seperti ada persamaan dengan hidupku kala ini. Remeh dan celaru. Aku beri hati sehingga hari Ahad. Berkabunglah kau wahai hati..kerana masuk Isnin si dia akan aku buang jauh-jauh. Aku tidak mampu terusan melayan emosi. Bukankah hidup ini harus ada tujuan yang lebih konkrit?

Sesekali membaca blog kawan-kawan terasa cemburu. Betapa mereka itu konsisten. Sangat kritis menyuarakan idea dan pandangan semasa.. sedang aku masih tidak tahu hala tuju blog ini. Biarlah.. blog yang tidak berpengunjung ini akan aku jadikan diari elektronik..satu bukti yang aku masih wujud.. masih bernafas.. masih berterima kasih.. masih menyintai kamu kamu yang tahu siapa kamu..

Aku ingin pulang..

Wednesday, May 14, 2008

Takkan Terganti...by Kahitna

Telah lama sendiri
Dalam langkah sepi
Tak pernah kukira bahwa akhirnya
Tiada dirimu di sisiku
Meski waktu datang dan berlalu sampai kau tiada bertahan
Semua tak 'kan mampu mengubahku
Hanyalah kau yang ada di relungku
Hanyalah dirimu mampu membuatku jatuh dan mencinta
Kau bukan hanya sekedar indah
Kau tak akan terganti
Tak pernah kuduga bahwa akhirnya
Tergugat janjimu dan janjiku