Thursday, November 5, 2009

Selamat tinggal..

Berundur ke belakang tidak bermakna mengalah.. Ambil setapak ke belakang untuk persiapkan 3 langkah ke hadapan bagi aku satu tindakan yang bijak. Cuma sudah jadi lumrah manusia.. jika sudah ada yang baik, masakan mahu dilepaskan? Aku di persimpangan hari ini. Mahu terus disini dan statik dibekukan, disimpan di peti sejuk atau ambil langkah drastik? Keluar dan cuba bina hidup sendiri?

Dua tahun lebih disini menghadirkan banyak kenangan. Banyak manis dari pahit. Sekolah politik terbaik bagi aku adalah dengan di dalam pejabat politik itu sendiri. Mengenal ragam manusia, belajar menangani permasalahan yang hadir serta mengatur program-program buat BN antara kenangan yang akan aku simpan sampai bila-bila..

Tapi suasana pejabat hari ini tidak memungkinkan aku untuk terus disini. Jika aku tunggu, segala apa yang dipelajari dari zaman Dato' Seri Hishammuddin..sewaktu Dato' Rahman menjadi Setiausaha dan Shahrul Zaman selaku Setiausaha Kerja akan hilang begitu sahaja. Aku sudah hilang motivasi diri. Agak sukar untuk bekerja bila kau tidak selesa. Mungkin ada yang berfikir buruk- tidak, aku baik-baik sahaja dgn Khairy Jamaluddin. Aku suka dia..sangat bijak, matang dan berwibawa. Cuma aku tidak suka dengan mereka mereka yang diletak di pejabat Pemuda.

Ramai kawan kawan dan saudara mara menegur sikap aku. kata mereka, dalam politik tidak boleh terlalu jujur, terlalu berterus terang, terlalu straight forward. tapi aku sudah biasa begini. Untuk apa kau pura-pura sukakan seseorang tetapi bercakap buruk di belakang? Aku tahu kau tak suka aku, dan kau pun tahu aku tak suka kau. Jadi daripada aku kerja dengan/untuk orang yang aku tak suka, yang aku rasa tidaklah bijak mana, sekadar bijak berpolitik dan bermuka muka, baiklah aku berundur.

Jadinya, kau mungkin gelak ketawa aku undur hari ini.. tapi percayalah..kau pun tahu betapa aku telah kerap kali benar kau aniaya.. dan doa doa mereka yang teraniaya ini tidak ada hijabnya.. Selamat tahun baru semua..

Monday, October 19, 2009

S.Y.U.K.U.R...

Ada banyak sebab kenapa aku harus dan mahu bersyukur. Kemenangan pertama BN di Semenanjung semenjak PRU 12. Semenjak aku jadi SUK Pemuda BN Malaysia July 2007, inilah kali pertama rasa menang dalam pilihanraya kecil. Bukan mahu menidakkan kemenangan sulung aku di Batang Ai. Memang sengit juga di sana, tapi di hati selalu yakin yang kemenagan memang mutlak untu BN. Pembohongan PR masih belum kuat di sana, di tambah pulak dengan usaha keras jentera BN Sarawak yang meyakinkan pengundi betapa BN satu-satunya parti yang bisa membahagiakan.


Kemenangan BN di Bagan Pinang sehari sebelum Perhimpunan Agung UMNO membawa mood yang baru kepada perwakilan. Semua hadir dengan muka ceria, semangat membara dan keazaman yang jitu untuk terus berjuang. Aku melihat ada peningkatan dari segi mutu perwakilan yang hadir tahun ini. Bila petang, dewan masih penuh..masih setia terpaku di kerusi mendengar perbahasan. Ini petanda baik.. tahun sebelum ni ramai perwakilan hilang sebaik saja lepas makan tengah hari. Nampak keyakinan dan harapan yang disandarkan kepada YAB Presiden..


Inai di jari sudah mulai hilang. Syukur.. 3 bulan setengah ini belum ada apa-apa dugaan besar. Merajuk sikit-sikit isteri itu biasa..tambah pula dengan keadaan mood berbadan dua ni..memang selalu mahu manja. Takpe, aku suka. 2 hari lepas, balik dari siri rumah terbuka di cawangan-cawangan UMNO dalam Subang mulut dan nafas berbau durian. Disaji sebagai pencuci mulut di rumah terbuka terakhir. Akibatnya.. kena tidur jauh dari isteri yang tidak tahan bau durian meski sudah dikumur dengan Listerine..hmmm.. Aku bersyukur juga kerana sepanjang timester pertama ini juga dimudahkan buat isteri.. tiada alahan yg melampau.. tiada muntah-muntah kronik..dan tiada keinginan melampau.. setakat mau nasi kandar, steak dan burger itu tidak apa..insya allah masih mampu tunaikan..
Ramai tanya, mahu baby apa? Jawapan sedikit cliche'.. tidak kisahla asalkan sihat,sempurna tubuh badan dan akal. Iya.. aku tidak kisah tentang jantina.. kalau lelaki pun bagus, kalau perempuan juga gembira.. sekrang tgh seronok mereka nama anak..baik lelaki mahu perempuan.. sesekali mengusik isteri dengan nama-nama klasik seperti abu, zaiton..seronok tgk reaksi.. kamu ada cadangan nama untuk kami? tolong jgn cadang daniel,danish,mia,kaseh.. sedap.. memang suka..tapi sudah terlalu banyak.. tak seronok juga nanti kalau dalam satu kelas ada 20 daniel atau 10 mia..


Sudah tak lalu mahu minta maaf kerana jarang update. kamu sendiri pasti sudah muak aku minta maaf tapi masih lagi buat.. penyakit bermusim ini memang sudah sebati. Tambah pula aku sibuk..semoga hidup kamu juga ceria..dan penuh dengan senarai kesyukuran masing-masing.. selamat bekerja semua..

Thursday, July 23, 2009

Hello Kembali...

Hello semua.. banyak yang dah jadi sepanjang 2 bulan aku hilang dari blog. Penyakit bermusim itu memang paling susah untuk dikikis. Macam gym yang aku dah berbulan tak ingat kat mana pintu masuk, macam tu jugakla blog aku sendiri yang aku lupa nak update-update. Ok, mungkin bukan lupa. Tapi memang takde masa. Tipu jugak, ada masa tapi tak tulis apa-apa. Kerana? Tah..

Aku dah jadi suami orang. Aku dah mula bekerja selepas hampir 2 minggu cuti kahwin. Lagi semangat sebenarnya.. sampai aku sendiri tak percaya waktu cuti haritu aku boleh sampai gelisah kerana rindu nak kerja. Dan bila mula masuk office, aku rasa perbezaannya dulu dan sekarang. Lebih terisi. Lebih tenang. Lebih damai..arghh..tahla.. kau kawin dulu lepas tu bagitau aku ada bezanya tak?

Banyak yang terjadi seminggu dua ni. BN kalah di Manek Urai ( walaupun aku bangga sebenarnya... kubu kuat PAS.. Kelantan.. dengan semua heavy machinery diorang turun. Nik Aziznya.. dimana-mana ditampal poster dia menangis..( PAS pun banyak tengok Akademi Fantasia..sebab tu imej menangis simpati ni dijadikan bahan kempen). Dengan Anwar Berahim turun..dengan segala bentuk ceramah yang diorang buat.. bukanlah ceramah sangat. Korang pernah pergi ceramah PAS? Atau mana mana parti pembangkang? Diorang lebih kepada 5% fakta. 35% propaganda, 40% maki hamun dan buruk memburukkan pemimpin kerajaan. 10% doa..(kalau yang PAS), dan 10% rayuan supaya bersama 'perjuangan' mereka. Dan untuk semua itu - menang majoriti 65 undi.. wah wah.. tahniah BN, takziah PR.

Politik lama yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dah tak relevan. Jika BN meneruskan gerak kerja yang ditunjukkan di Manek Urai, pendekatan mesra rakyat ini akan membuahkan hasil yang baik pada Pilihanraya Umum ke 13. dan percayalah.. perubahan ini bukan kerana kami takut hilang kuasa. Ia kerana BN adalah untuk rakyat. Segala apa yang dibuat ini adalah untuk rakyat. Kerana kami peduli. Kami peduli tentang anda.

P/s : sangat celaru penulisan ini. harap semua faham..dah lama tak menulis.. dan aku bukan jenis draft draft.. hahaha..

Selamat malam Jumaat yang berkat dan indah untuk semua. jangan lupa baca Yasin..

Tuesday, May 5, 2009

Long lost friend... S Devagaran..

A long lost friend called on Sunday. "along, i'm getting married on June!'. It was an unexpected suprise. S. Devagaran or fondly known as Deva to me was my neighbour in Ipoh. We live next to each other's house for almost 10 years. We grew up together. And the fact that he is also my age made us closer. We did so many things together. We went in and out of each other's house all the time.. i love his mother's curry so much that it i've developed the love for curry.. so my fiance has learnt that to get to man's heart is through his tummy, she cooks wonderful curry for me now.

Anyway, this unique friendship that we developed over the years has taught me 1 thing. That love knows no boundary. You can be malay and have a chinese or indian best friend. Race, religion is not a factor. What matter is your heart.

But time has a funny way of making people apart. After we moved to a different area i kinda lost contact with him. And after so many years of not hearing his voice, i didnt skip a beat and knew right away that he was Deva..my bestest friend from Ipoh.

Some things would never change. Even after all the time, i could trace the warmth and honesty and love in his voice. So machi.. if u r reading this, pls know that i'm so happy for you. That bride of yours is the luckiest woman in Malaysia to have you as her husband. have a good journey together bro. Pray for me too.. i wanna get married too.. hahaha...

Sunyi

Kesunyian itu suatu mainan jiwa. Pernah tak kau rasa sunyi walaupun dikelilingi hiruk pikuk kebisingan dan kesibukan kota? Aku bukan seniman, mahupun artis. Macam yang selalu disebut Adlin Aman Ramlie, "kau kena cari jiwa.. masuk dalam dalam.. cari diri." Aku tak pernah buat macam tu pun. Tak pernah soul searching pun sepanjang hidup aku. Sebab tu kalau ada orang kata aku shallow, aku senyum.. mungkin betullah kot.

Apa makna hidup kau? Adakah hidup ini hanya untuk bangun pagi, bekerja, berhibur, habiskan gaji, makan minum, simpan sikit untuk beli rumah dan kereta best? Tukar hp baru setiap 6 bulan atau setiap tahun? Pergi holiday jalan-jalan dengan kawan-kawan atau ur loved ones?

Semalam aku pergi ke The Zon. Kebetulan Ijan nak jumpa kawan dia. Aku pergi dlm pukul 10.30 sampai pukul 12.00 tgh malam. Kelab tu main lagu-lagu lama, dari tahun 50 an,60 an, 70 an sampai 80 an.. ramai jugakla artis-artis lama kat situ. Orang-orang 'lama' yang dah berumur menari, menyanyi bersama-sama.. hey, ak bukan judgemental. Aku suka tengok.. sebab diorang menari pun dengan suami isteri masing-masing. Baguslah.. mereka berhibur dengan cara begitu. Minum pun semua ala-ala teh tarik, ice lemon tea.. (i wonder if the management is making money). Dalam hati aku tertanya, diorang sunyi ke? Aku harap aku bila dah berumur macam tu tak sunyi.. aku nak dikelilingi anak cucu.

Balik dari Zon aku pandu kereta perlahan. Aku berfikir..betapa selama ini aku terlalu sibuk dengan kerja. Aku tak ingat bila kali terakhir aku balik Ipoh atau balik kampung di Bagan Datoh. tak bermakna ayah ibu selalu datang KL aku tak perlu ziarah diorang di Ipoh. Aku rindu katil bujang aku di Ipoh. Aku rindu rumah opah. Aku taknak terusan mcm ni. Hidup ini lebih dari sekadar mengejar wang dan pangkat. Hidup ini harus ada kasih sayang. Harus ada pengisian. Harus ada tujuan yang lebih besar daripada material semata.

Mulai bulan ni aku nak balik Ipoh atau kampung at least sebulan sekali. tengok ayah ibu ada mana waktu tu. Aku taknak tua sunyi. Aku nak kasih sayang keluarga..

Khemah Kerja


Barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2008-2011 bersama YAB Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Sekretariat, Biro dan Unit PPUM..

Khamis sampai Ahad lepas ada Khemah Kursus Perdana Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tapi sebab aku kena pergi Sarawak ke Batang Ai untuk sambutan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil Batang Ai 7 hb April lepas, aku pergi kursus tu lambat. Sabtu tengah hari baru aku sampai ke Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di Janda Baik Pahang.

Dari pemerhatian aku, kursus tu memang bagus. Sebab selepas selesai pemilihan, sayap pemuda harus dirapatkan kembali. Walau ada 3 kem berbeza untuk jawatan Ketua Pemuda, semua itu harus diletak ketepi kerana hari ini cabaran Pemuda lebih besar. Dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO telah terbukti berjaya mengenepikan segala persepsi sebelum ini dengan membuktikan penyatuan yang tinggi. Kehadiran jitu hampir semua Exco telah turut memberikan satu isyarat ke bawah bahawa PPUM hari ini bergerak dengan satu landasan yang sama. Untuk memenangi hati rakyat. Untuk berkhidmat.

Selain dari Biro-biro tradisi PPUM, YB Khairy telah mengumumkan penambah baikan dalam Pemuda UMNO dengan menubuhkan beberapa lagi Sekretariat dan Unit dalam Pemuda UMNO Malaysia yang tujuannya untuk lebih mendekati kumpulan sasaran kita iaitu golongan muda.
Berikut adalah senarai Biro, Sekretariat dan Unit yang baru;

Biro Politik – Khairy Jamaluddin

Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim

Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican

Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan

Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi

Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid

Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak

Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin

Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin

Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang

Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya

Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat

Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling

Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin

Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof

Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh

Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus

Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar

Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli

Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin

Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin

Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki

Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli

Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam

Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz

Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz

Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun

Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman

Semoga dengan penubuhan sekretariat dan unit baru ini akan lebih memantapkan PPUM.

Selamat bekerja abang abang...

Thursday, April 16, 2009

Merapu

Balik dari Sarawak aku jadi tak betul. Aku beli guitar acoustic yang boleh tahan mahal sekali dengan amp. Aku sign up kelas belajar gitar. Aku main gitar kat rumah walaupun dok ulang lagu i will survive yang aku belajar waktu di universiti tu berulang kali. Ye.. aku buta muzik. Jari jari aku keras, aku buta muzik, buta seni. Tapi aku minat. Aku suka muzik, aku suka menyanyi. Dan aku selalu bayang aku pandai main gitar mcm Man Kidal, atau Joe Wings.. tapi bolehkah pada usia 29 tahun aku baru nak belajar main gitar?

Waktu mendaftar di kelas muzik tu aku nampak ada bebudak sekolah rendah dah dok usung gitar diorang yang mahal-mahal. Mesti pandai main tu. Nasib baik kelas aku belajar sorang-sorang. Kalau bantainya belajar ramai-ramai dan aku yang paling tua tapi paling bingai mesti aku demoralize dan terus ponteng lepas-lepas tu.

Tapi aku rasa aku tak kuat semangat. Macam masuk gym.. pegi sebulan dua.. give up setahun dua.. bila dah naik tangga kat rumah pun semput, baru nak semangat balik. Banyak bendalah yang aku buat separuh jalan. Seingat akula.. politik je satu-satu perkara yang aku tak pernah give up halfway. Berat dan down macam mana pun aku, aku tetap minat..tetap teruskan. Dan alangkah bagus jika semangat berpolitik ini dapat aku terapkan dalam kehidupan seharian dalam aspek lain.

Bercakap pasal politik, hari ini politik di negeri-negeri agak kucar kacir. Banyak andaian dibuat. Tapi aku sangat mengharapkan agar keadaan ini akan pulih dalam masa terdekat ini. Jika BN terus menerus berkemelut sesama sendiri bilakah pulanya masa untuk kita bekerja? Berkhidmat dan berbakti kepada rakyat? Meyakinkan rakyat bahawa BN adalah yang terbaik untuk mentadbir dan memerintah negara? Perlis, Perak, Terengganu.. 3 negeri yang memerlukan kestabilan politik dalam masa terdekat ini. Semua pihak seharusnya memberikan DS Najib Tun Razak peluang dan kesempatan untuk memulihkan keadaan ekonomi negara. Dan semua usaha ini akan hanya boleh dilakukan sekiranya kestabilan politik dapat kita terapkan dahulu.

Apalah gunanya menjadi MB mahupun Pengerusi Perhubungan Negeri sekiranya dalam pilihanraya umum akan datang kita tewas?

Wednesday, April 15, 2009

Aku dan Teknologi

Aku tak ingat dah mcam mana rasanya hidup tanpa teknologi canggih. Aku datang dari Perak. Membesar dalam penuh kesederhanaan. Tatkala kawan-kawan di universiti sudah ramai yang menayang hp besar gedabak baling anjing pun mati, aku masih selesa bergayut dengan telefon awam, mengumpul duit syiling yang ada untuk disedekahkan kepada Telekom Malaysia. Dan sebab aku budak baik yang nerd, ketika ramai budak-budak seasrama menggunakan wayar dan aksesori lain untuk mencuri talian untuk bercakap percuma berjam-jam, aku masih panggil 101 dan buat 'reverse charge call' kepada family di Ipoh.

Dulu kalau janji nak keluar dengan awek memang kena punctual. Sebab kalau kau lambat, awek tu merajuk dan balik memang kau keras la tunggu kat CM sorang-sorang mcm orang bodoh. Sebab kalau kau nak pujuk dia balik memang kena tunggu dia sampai rumah untuk call balik dn pujuk.

Juga best untuk keluar blind date dgn awek yang baru kenal di chat room. Sebab sekali dua dengar suara mcm cun, tapi bila jumpa hampeh..tapi sebab lelaki memang selalu jahat dan tipu pakai baju apa. Jadi perempuan yang tunggu bawah tiang lampu di pintu masuk Central Market pakai baju merah dan skirt hitam memang takkan kenal kau bila kau nak lari sebab dia tak hot.
Atau kau boleh bagi alasan baju tertumpah aiskrim atau kena taik burung bila awek yang kau jumpa tu hot dan tanya kenapa kau tak pakai baju pink seperti yang dijanjikan? (okay..aku tipu.. dulu kalau lelaki pakai baju warna pink memang sah lelaki lembut. Tapi aku banyak baju pink)

Tapi sekarang bebudak darjah satu pun ada telefon. Sudah pandai hantar MMS dan main sms dengan awek kat sekolah. Aku tak setuju sangat budak-budak dimanjakan dengan kemewahan..tapi sukati mak bapak dia lah kot...bukannya dia mintak duit aku beli phone untuk anak dia..

Aku dalam usia menjangkau 29 tahun ini juga sudah berpuluh telefon yang aku miliki. Aku sudah jadi orang yang gila pada teknologi. Aku tak boleh hidup tanpa Blackberry phone. Aku kena selalu masuk website-website dan blog-blog. Dulu orang selalu berangan bila di jamban. Aku sekarang di jamban pun bukak malaysiakini atau http://jebonisme.blogspot.com
Ye.. membaca karangan yang kelakar dapat membantu anda supaya mudah lawas.

Aku dah kembali ke pejabat. Rindu pada pejabat lepas lebih 3 minggu aku di Sarawak. Duduk di Batang Ai menginsafkan. Betapa kita di bandar ini sebenarnya sangat beruntung. Cukup serba-serbinya.. tahla..aku akan tulis satu topik khas pasal ni nanti.

Ada kawan yang tanya kenapa aku tak tulis langsung pasal pemilihan UMNO? pasal pilihanraya kecil Bkt Gantang, Selambau atau Batang Ai.. jawapannya.. aku malas. Aku takde idea, aku stress, aku keluar jerawat balik, aku gemuk lagi, aku takde internet connection yang baik di Sarawak...dan bermcam sebab lagi lah..

Tapi sekarang aku dah balik ke KL. aku tengah semangat nak kerja..tengah semangat nak menulis..walaupun aku harus memberi pujian kepada kamu-kamu yang membaca tulisan aku yang tah carca marba gila ni..

Apa-apapun tahniah kepada DS Hishammuddin Tun Hussein yang menang jawatan Naib Presiden.. sangat gembira sebab dia boss aku dulu.. sebab dia memang layak..sebab dia best, sebab dia memang pemimpin hebat. Walaupun aku dah tak kerja bawah dia aku akan selalu anggap dia boss politik aku sampai bila bila... dan tahniah juga kepada YB Khairy Jamaluddin yang menang jawatan Ketua Pemuda. Apa pun persepsi rakyat pada beliau, aku kenal beliau secara peribadi dan dia memang ada ketokohan untuk menaikkan kembali Pemuda ke puncak kegemilangan. Harap semua ketepikan sentimen kem-kem. Masa pemilihan dah habis, masa berpolitik juga sudah habis..sekarang masa untuk buat kerja..

Hah.. apa lagi yang aku menulis blog waktu kerja ni? Kerjalah!!!!

Friday, February 6, 2009

Angry and mean fat boy..

I dont know why.. i've been really angry and at times lost.. I seem to be irritated at the slightest jokes or remarks made by my collegues..those things that used to make me smile and laugh lost its effect on me.. I've been really grumpy and down for the whole week.

Really looking forward to the weekend.. i hope i can have some private time for myself.. need to do some thinking and soul searching activity this weekend.. i dont like to be in this state of mind.. i dont even like to see me like this, so what would other people think of me?

Some good news from hometown cheered me up a lil bit.. BN is now in control of Perak govenment again.. I dont want to elaborate on it as most of it are all in the newspapers.. but i believe that we have to learn from this episode.. that whatever we do.. the people/rakyat should come first..

So.. have a good weekend folks.. i haven't been myself for quite sometime now.. and for that i am deeply sorry.. hope this isn't a transition period where i turn from this jovial and funny person to just plain serious jackass.. i dont want to be sarcastic..witty yes.. but not this sarcastic and angry person.. Maybe the guy up there is looking down at me and getting pissed at me for not seeing HIM as often as i should anymore... mmm...

Thursday, January 29, 2009

Tunang..

Kepada yang rajin buka blog ini dan tengok dah bersawang sebab lama tak update- aku minta maaf. Ramai juga yang bertanya kenapa aku tak tulis cerita di Kuala Terengganu, atau waktu aku bertunang 3 Januari lepas, atau cerita pasal pemilihan UMNO, atau persiapan kahwin aku. Jawapannya : ENTAH.. aku malas, aku bebal, aku blur, aku rasa nak delete blog ni..

Adakah ini yang dirasai oleh lelaki yang mengalami mid life crisis? Aku tahu aku baru nak masuk 29, tetapi sebab bebudak office suka panggil aku tua, jiwa tua, muka tua.. adakah doa mereka dimakbulkan? Atau adakah bebanan tidur pukul 4,5 pagi dan keluar rumah pukul 9 sudah mula menampakkan proses penuaan? Adakah aku patut pakai SKII supaya nampak macam Sammi Cheng yang nampak muda dalam iklan?

Entah.. kepada yang tertanya bagaimana rupanya gambar majlis tunang.. aku buat video ni 2 malam lepas bila aku tak boleh tidur.. hasil kerja amatur orang yang baru tahu pakai windows movie maker...


Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru

Sambut tahun baru dengan tersekat dalam kesesakan selama 45 minit memang tidak seronok. Apatah lagi kalau depan kau ada building tinggi yang halang kau untuk tengok fireworks. Aku menyumpah-nyumpah dalam kereta berbakul-bakul. Sebab ingat nak cepat aku termasuk ke area The Curve untuk pulang ke rumah, padahal jalan tu memang sesak kalau ada apa-apa perayaan.

Dulu aku suka sangat-sangat lepak kat The Curve. Sebab konsep terbuka dia. Sebab boleh jalan-jalan lapang takde orang sangat. Sebab kalau ada orang pun aku tak kenal orang tu. Sekarang dah tak boleh. Sekarang dah ramai sangat orang. Sekarang kalau jalan-jalan mesti ada yang terserempak. 5-6 orang kenalan. Aku bukan tak suka terserempak kawan-kawan rapat. Aku cuma tak suka terserempak dengan kenalan. Yang selalunya akan rasa ackward sebab takde apa yang kau tahu pasal aku dan end up tanya soalan bodoh. Contoh;

Aku tengah makan di restoran di situ, tiba-tiba ada kawan menegur.
"Bro, makan ke?"
sah-sah aku tengah menyuap. Lagi mau tanya kah? aku yang taknak mengecikkan hati akan jawab ye.. padahal kalau ikut rasa nak buat tak dengar soalan tu atau buat tak nampak je dia.

Melalut jauh dah ni.. rumah aku makin ramai sedara mara yang berkunjung.. besok hari Jumaat ada kenduri tahlil dan doa selamat. Kesyukuran sebab akhirnya.. selepas sekian lama saudara mara, ibu bapa dan adik-adik menunggu, aku akan bertunang dengan si dia. Yang usia perkenalan sudahpun masuk ke 6 tahun. pehh..gila tua aku sekarang.

Tahun baru ini aku insya allah nak jadi orang yang lebih dekat dengan Tuhan, dengan keluarga. AKu tak mahu terlalu mengejar kareer. Sebab at the end of the day, bukan pangkat dan kedudukan yang akan sayang aku. Atau mendoakan aku bila aku mati nanti.

Aku nak sederhana je, ok tak?

Selamat Tahun Baru kawan kawan..