Thursday, January 29, 2009

Tunang..

Kepada yang rajin buka blog ini dan tengok dah bersawang sebab lama tak update- aku minta maaf. Ramai juga yang bertanya kenapa aku tak tulis cerita di Kuala Terengganu, atau waktu aku bertunang 3 Januari lepas, atau cerita pasal pemilihan UMNO, atau persiapan kahwin aku. Jawapannya : ENTAH.. aku malas, aku bebal, aku blur, aku rasa nak delete blog ni..

Adakah ini yang dirasai oleh lelaki yang mengalami mid life crisis? Aku tahu aku baru nak masuk 29, tetapi sebab bebudak office suka panggil aku tua, jiwa tua, muka tua.. adakah doa mereka dimakbulkan? Atau adakah bebanan tidur pukul 4,5 pagi dan keluar rumah pukul 9 sudah mula menampakkan proses penuaan? Adakah aku patut pakai SKII supaya nampak macam Sammi Cheng yang nampak muda dalam iklan?

Entah.. kepada yang tertanya bagaimana rupanya gambar majlis tunang.. aku buat video ni 2 malam lepas bila aku tak boleh tidur.. hasil kerja amatur orang yang baru tahu pakai windows movie maker...


Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru

Sambut tahun baru dengan tersekat dalam kesesakan selama 45 minit memang tidak seronok. Apatah lagi kalau depan kau ada building tinggi yang halang kau untuk tengok fireworks. Aku menyumpah-nyumpah dalam kereta berbakul-bakul. Sebab ingat nak cepat aku termasuk ke area The Curve untuk pulang ke rumah, padahal jalan tu memang sesak kalau ada apa-apa perayaan.

Dulu aku suka sangat-sangat lepak kat The Curve. Sebab konsep terbuka dia. Sebab boleh jalan-jalan lapang takde orang sangat. Sebab kalau ada orang pun aku tak kenal orang tu. Sekarang dah tak boleh. Sekarang dah ramai sangat orang. Sekarang kalau jalan-jalan mesti ada yang terserempak. 5-6 orang kenalan. Aku bukan tak suka terserempak kawan-kawan rapat. Aku cuma tak suka terserempak dengan kenalan. Yang selalunya akan rasa ackward sebab takde apa yang kau tahu pasal aku dan end up tanya soalan bodoh. Contoh;

Aku tengah makan di restoran di situ, tiba-tiba ada kawan menegur.
"Bro, makan ke?"
sah-sah aku tengah menyuap. Lagi mau tanya kah? aku yang taknak mengecikkan hati akan jawab ye.. padahal kalau ikut rasa nak buat tak dengar soalan tu atau buat tak nampak je dia.

Melalut jauh dah ni.. rumah aku makin ramai sedara mara yang berkunjung.. besok hari Jumaat ada kenduri tahlil dan doa selamat. Kesyukuran sebab akhirnya.. selepas sekian lama saudara mara, ibu bapa dan adik-adik menunggu, aku akan bertunang dengan si dia. Yang usia perkenalan sudahpun masuk ke 6 tahun. pehh..gila tua aku sekarang.

Tahun baru ini aku insya allah nak jadi orang yang lebih dekat dengan Tuhan, dengan keluarga. AKu tak mahu terlalu mengejar kareer. Sebab at the end of the day, bukan pangkat dan kedudukan yang akan sayang aku. Atau mendoakan aku bila aku mati nanti.

Aku nak sederhana je, ok tak?

Selamat Tahun Baru kawan kawan..