Thursday, June 19, 2008

Kau Ada Dia... by The Lima

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa
Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia...

Monday, June 16, 2008

Resah

Hati.. mahu apakah lagi engkau? Aku sudah penat melayan kau yang masih tidak mahu mahu tetap. Tidak cukupkah masa yang telah kita habiskan bersama dulu? Sampai ke Mekah kita berbincang, mencari jalan keluar yang terbaik.. kau seakan-akan mencabar kesabaranku.
Shireen terluka lagi. Aku pohon putus..entah yang keberapa kali.. masih tidak dapat meyakinkan diri yang dia adalah yang terbaik. Atau sekadar cuma melayani perasaan. Mahu apakah lagi aku dari insan sebaik dia?Yang selalu pasti aku adalah cinta sejatinya. Mahu sehidup semati denganku..melahir dan membesarkan zuriat zuriatku. Sedang aku masih cuba meraih cinta yang lain. Kenapa aku sudah makin tidak setia? Selalu curang mata, curang hati dengan Shireen yang selalu sayang pada aku?
Jiwa makin kacau..resah selalu memburu. Setiap malam aku memaksa mata untuk pejam.. tapi bayangan-bayangan mereka selalu mengganggu..merenggut perasaan ini. Aku lelaki lemah, yang selalu tewas dengan pujukan hati. Sudah acap kali berjanji tidak akan melukakan hati Shireen namun dia masih selalu menangis..sembap-sembap mata sampai demam demam mengenangkan aku yang selalu nakal.
Terkadang merasakan aku tidak layak untuk dia. Dia insan mulia yang selalu ada untuk aku. Membantu dari segala sudut. Tidak pernah menyakiti hatiku. Tapi kenapa aku selalu kejam pada dia?mmmmhhh...

Tuesday, June 3, 2008

Kahwin




Sabtu lalu, aku ke KLIA untuk terbang ke Kota Bahru. Hati berbisik, yakin akan menjadi bahan lelucon sanak saudara-sudah terlalu lama aku pegang jawatan Presiden Kelab Cucu Bujang. Malahan sudah ada ahli-ahli bawahan yang protes,terlalu lama menunggu hingga mereka keluar kelab @ kahwin dulu walaupun lebih muda dariku. Shukri anak Pak Yob yang pertama keluar kelab..bakal diikuti oleh Ira anak Achik yang akan berkahwin hujung tahun ini.

Aku semakin sayang dengan Cinta. Dia baik, sanggup menghantar aku ke airport, sekadar mencuri 20,30 minit masa bersamaku sedangkan perjalanan balik dia lebih lama dan jauh. Terima kasih Cinta.

Sampai di KB pukul 4 petang. Kasihan ayah ibu dan adik adik yang lain. Bertolak seawal jam 10 pagi..sampai di KB sudah pukul 6. Aku keluar rumah pukul 1, naik flight pukul 3, pukul 4 sudah di KB. Kerana mereka tidak sampai, dan aku tidak tahu mana mahu dituju, merayau rayau di airport bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Habis segenap pelusuk aku rayau..menghisap rokok bagaikan pesalah yang mahu dihukum gantung.. hisap banyak banyak moga moga tidak perlu digantung.

Malam kami berkonvoi- 10 kereta menyerang masjid di Pasir Mas. Malam itu saja ada 4 pasangan yang mahu dinikahkan. Mujur kami yang pertama,kerana jumlah kami kami saja hampir memenuhi seluruh ruangan masjid itu. Shukri tenang, dan dengan sekali nafas saja dia sudah sah memperisterikan Fiza. Akan lancarkah lidahku nanti? hahaha... moga-moga tidak tersasul menyebut namamu nanti Cinta.

Keesokannya hari Ahad, sudah hari bekerja di kelantan, barangkali mahu menghormati kami yang rata-rata dari KL dan perak, keluarga Fiza membuat jamuan kenduri pada hari Ahad. Sedap lauk pauk, cuma agak manis untuk tekak kami yang sudah biasa pedas.

Pulang dari kenduri aku penat. Sangkaku dapat balik berehat di hotel, rupanya opah, makcik makcik dan kakak adik sepupu sudah ada perancangan awal-yang membabitkan aku. SHOPPING! Aku yang sudah selalu outstation di Kelantan ditugaskan membawa mereka ke tempat-tempat makan dan shopping yang menarik di sana. Kalau namanya sudah perempuan, barang-barang yang banyak di Kl juga boleh habis berjam jam mengulit dan menghalusi setiap pembelian. Dan aku memang selalu tidak sabar, merayau melilau seorangan di Wakaf Che Yeh, Pasar Khatijah..

Pulang dari KL semalam..Isnin. Apa yang aku dapat dari 3 hari disana? Aku sudah rela. Sudah redha mahu menyerahkan jawatan Presiden ini kepada adik adik yang lebih muda. Sudah mahu meninggalkan alam bujang yang penuh keseronokan ini. Aku mahu kahwin... Cinta,kau mau kahwin dengan akukah?