Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru

Sambut tahun baru dengan tersekat dalam kesesakan selama 45 minit memang tidak seronok. Apatah lagi kalau depan kau ada building tinggi yang halang kau untuk tengok fireworks. Aku menyumpah-nyumpah dalam kereta berbakul-bakul. Sebab ingat nak cepat aku termasuk ke area The Curve untuk pulang ke rumah, padahal jalan tu memang sesak kalau ada apa-apa perayaan.

Dulu aku suka sangat-sangat lepak kat The Curve. Sebab konsep terbuka dia. Sebab boleh jalan-jalan lapang takde orang sangat. Sebab kalau ada orang pun aku tak kenal orang tu. Sekarang dah tak boleh. Sekarang dah ramai sangat orang. Sekarang kalau jalan-jalan mesti ada yang terserempak. 5-6 orang kenalan. Aku bukan tak suka terserempak kawan-kawan rapat. Aku cuma tak suka terserempak dengan kenalan. Yang selalunya akan rasa ackward sebab takde apa yang kau tahu pasal aku dan end up tanya soalan bodoh. Contoh;

Aku tengah makan di restoran di situ, tiba-tiba ada kawan menegur.
"Bro, makan ke?"
sah-sah aku tengah menyuap. Lagi mau tanya kah? aku yang taknak mengecikkan hati akan jawab ye.. padahal kalau ikut rasa nak buat tak dengar soalan tu atau buat tak nampak je dia.

Melalut jauh dah ni.. rumah aku makin ramai sedara mara yang berkunjung.. besok hari Jumaat ada kenduri tahlil dan doa selamat. Kesyukuran sebab akhirnya.. selepas sekian lama saudara mara, ibu bapa dan adik-adik menunggu, aku akan bertunang dengan si dia. Yang usia perkenalan sudahpun masuk ke 6 tahun. pehh..gila tua aku sekarang.

Tahun baru ini aku insya allah nak jadi orang yang lebih dekat dengan Tuhan, dengan keluarga. AKu tak mahu terlalu mengejar kareer. Sebab at the end of the day, bukan pangkat dan kedudukan yang akan sayang aku. Atau mendoakan aku bila aku mati nanti.

Aku nak sederhana je, ok tak?

Selamat Tahun Baru kawan kawan..

2 comments:

bulanbintang said...

macam tk percayakan? selepas mukhiriz mahathir, org nampak harun salim bachik yang mengerakkan umno.. bkn kj ataupon khir toyo.. hahahaha..

saya cadangkan HArun Salim Bachik sbg naib pemuda umno utk pemilihan akan datang.. sape setuju? cabut bulu ketiak..

Tulis Suka Suka said...

owh...
sudah bertunang rupanya saudara ini...
(padahal gua ade mase tunang lu tuh...hee)
nampak mcm org yg masih single dan sibukkan kerja...
hahaha...
resolution yg amat menarik..
harap2 la terlaksana...
hahaha...