Sunday, August 17, 2008

16 Ogos 2008

7.50 pagi - Tersangkut di Persimpangan Keluar Lebuhraya Butterworth-Kulim.. perjalanan dari Hotel Sunway memakan masa cuma 10 minit untuk sampai tetapi kesesakan teruk akibat kebanjiran manusia yang ingin memberikan sokongan kepada pemimpin dan parti masing-masing. Jelas di kiri kanan penyokong Keadilan lebih ramai dari kami.. ( hati memujuk, takpelah..sekadar penamaan calon tidak mengapa..yang penting gerak kerja untuk memujuk pengundi bersama kita yang utama). Ada seorang dua yang menoleh kepada kami. Terasa kotor bilamana ada mulut mulut yang menjuih dan memandang penuh kebencian. Aku buat keras, tidak jadi kudis pun apa yang dijuihkan kamu itu.



8.30 pagi- Berjaya keluar dari barisan kereta yang banyak. Abang Polis mengizinkan aku keluar di persimpangan itu biarpun sudah disekat dengan kon-kon. Bukan memberi keistimewaan. Aku beritahu aku perlu segera bersama Dato' Seri Hisham di tempat penamaan calon. Turun ke bawah lagi banyak lautan bendera biru muda mereka.. sesekali ternampak bendera hijau. (Dalam hati tertanya, mereka boikot pilihanraya ini ka?) Kereta tidak dapat bergerak. Lautan manusia yang luas menghalang kami untuk bergerak lebih jauh. Aku parkirkan di bawah jejantas, bertawakal, menyerahkan nasib kereta kepada Allah sebab memang tahu itu kawasan Keadilan berkumpul. Keluar dari kereta ada 5,6 orang yang menyambut ketibaan kami (aku dan Suji) 'Hah.. tu Pemuda UMNO Malaysia dah mai.. boo.. babi!" Aku bukak jaket Pemuda BN aku (bukan kerana takut, memang cuaca akan panas menggila) Dengan pakaian rasmi Pemuda (baju kemeja putih), lencana nama dengan logo BN dan topi bertulis Pemuda BN aku melangkah yakin mencari jalan ke tempat penyokong Barisan Nasional.


Sepanjang jalan ramai yang mengutuk dan memaki hamun.. antara yang aku dengar "BN Babi, Rasuah, Pemuda UMNO pukimak, makan taik, makan duit rakyat..anak haram" Aku diam- senyum pada mereka yang memaki hamun. Perjuangan harus bijak. Jangan meletakkan diri seperti sampah dan najis seperti mereka. Lagipun jumlah mereka terlalu ramai. Jika aku balas akan hanya mengundang provokasi yang hanya merugikan aku kerna jumlah mereka yang terlalu ramai. Ada seorang dua penyokong PAS yang menghalang Pemuda Keadilan yang seakan dirasuk..mahu mengerumuni aku.. Dengan yakin, aku dan Suji melalui barisan ribuan penyokong mereka. Kuman dekat dengan kami, tapi dia ada lencana media..dan tidak berbaju Pemuda. Ada sekali aku bertanya pada Kuman "jauh lagi ke tempat BN ni?" dia jawab.. "ko jangan la cakap dengan aku, nanti diorang ingat aku dengan kau.." Hahaha..tak berani jugak rupanya budak pendek itu.

9.00 pagi - Keluar dari lautan biru muda. Masuk ke kawasan tempat orang baik baik.. Dato Rahman sedang menghisap rokok sambil menggelakkan ribuan budak bodoh di tepi pagar yang menjerit-jerit dan memaki hamun sesiapa saja penyokong BN yang lalu di tepi jalan. Tak pernah aku lihat manusia yang begitu taksub dan rendah peradaban dan akhlaknya. Dato' Rahman sekadar senyum pada mereka, dan sesekali melambai tangan. Lagi meriah sorakan mereka memaki hamun kami. Kami gelak besar lagi.



9.30 pagi - Kami berkumpul di padang tempat penyokong BN ditempatkan. Memang jumlah kami kecil, ada kira-kira 3000, berbanding mereka yang sudah ada 20,000. Dimaklumkan ramai antara penyokong BN yang tersangkut, tidak lepas dari linkungan penyokong Keadilan yang menyekat mereka dari masuk. Sesekali saling berbalas 'usik-mengusik' diantara kedua-dua kem. Keadilan dengan teriakan 'Rasuah' , 'Kroni' dan pelbagai lagi bahasa kesat lain. BN membalas dengan usikan manja 'LIWAT'.-ha..terkedu.. Dato' Rahman pergi ke tengah tengah mereka, meminta semua menyanyikan lagu 'Barisan Kita'. Jangan sampai merendahkan martabat kita..biar mereka mengejek.. kita mahu naikkan semangat sendiri..bukan mempersendakan orang lain. Aku kagum.. dalam kepanasan cuaca dan kepanasan hati seperti itu, mana-mana orang kan mudah hilang pertimbangan dan menggunakan cara hina untuk memuaskan nafsu marah.



11.15 pagi- Pengarah SPR mengumumkan senarai calon yang bertanding.. Keadilan meletakkan DS Anwar Ibrahim, AKIM meletakkan Sdr Hanafi dan BN mempertaruhkan YB Dato' Arif Shah. Semua bersiap mahu bersurai.. dalam keadaan cuaca yang panas terik tiba-tiba hujan turun dengan lebat-selebatnya. Rombongan Dato Seri Hisham, YB KJ dan beberapa orang kuat Pemuda berlindung di Sekolah Mengkuang. Sebaik reda sedikit kami bergerak keluar menuju ke kereta masing-masing.. aku terpisah drpd kumpulan besar..berjalan seorang menuju kereta yang memang di kwsn Keadilan.Suji entah dimana, terpisah sewaktu hujan lebat tadi. Budak-budak Keadilan makin agresif.. rapat, cuma 1 meter dari aku.. mereka memaki hamun,mencarut yang bukan-bukan.. makcik-makcik UMNO bertudung yang sudah boleh dianggap ibu mereka sendiri dimaki di tepi telinga. Aku makin panas..apa nak jadi-jadilah..bisik hati. Ini sudah lebih rendah dari binatang. Mereka sedar kehadiran aku..sekumpulan mereka yang jahat dalam jarak 30 meter berlari mahu mengerjakan aku barangkali.. tiba-tiba datang 20 polis-polis FRU membuat benteng melindungi aku..tapi jarak 50 meter dari tempat mereka ke kereta penuh dengan kata caci. Ada yang membaling botol minuman..tak kena..tapi kena kepada makcik India yang berumur 60 tahun.. aku menjerit.."hoi.. hormat la sikit orang tua.. korang tu Melayu ke apa?"


Masuk ke kereta aku segera balik ke hotel, perut lapar, hati panas, baju sudah kuyup.. hujan yang lebat juga tidak mampu mengurangkan kemarahan aku kepada Keadilan dan penyokong fanatik membabi buta mereka..



Anwar...dia yang dulu sangat kupandang tinggi, hanya tinggal kebencian yang maha dalam. Hari ini aku percaya, cuma orang bodoh dan buta hati sahaja yang akan terus bersama perjuangan mereka yang sia-sia. 'Perjuangan' yang penuh dengan kebencian, syak wasangka dan keganasan.



Jika seseorang itu terlalu rakus mahukan seuatu, ia akan bertukar menjadi obsesi. Selagi apa yang dihajati tidak dipenuhi, ianya bisa menjadikan seseorang itu gila.. seperti Anwar Ibrahim. Yang gila mahu jadi Perdana Menteri.. yang malam-malam sepinya akan lebih terisi dengan tidur di Seri Perdana, dalam dakapan seorang lelaki muda!

No comments: