Sunday, August 3, 2008

Si Lembik Menangis...

Petang semalam aku bermesyuarat di cawangan sendiri. Sedari jam 2 sudah berkumpul dengan ahli-ahli Pemuda cawanganku di Restoran Sri Maju. Sesekali menjamu mereka makan dan rokok. Sudah makan dan mengajar serba sedikit aturan mesyuarat nanti kami terus ke Restoran Idaman di Mutiara Damansara untuk bermesyuarat. Disana ramai yang sudah menunggu..barangkali mereka menjangka akan ada pertarungan di cawangan ini. Rata-rata umum sudah tahu yang aku bersama Harrison dan secara otomatik dilihat bersama YB Dato Bushra sedang Ketua Cawangan Bandar Utama, Penghulu Shariff dilihat lebih bersama Dato Zein. Dan setelah melihat bagaimana kuasa yang ada pada Pemuda telah menumbangkan ramai Ketua-Ketua Cawangan sebelum ini aku pasti perkara tersebut bermain di fikiran mereka juga.

Dari jam 3 hingga 4.10, kami menanti kehadiran Sam, wakil Pemuda Bahagian ke mesyuarat cawangan kami. Walaupun Cikgu Ramli meminta Adam saja untuk menjadi wakil di mesyuarat kami namun Saudara Lembik enggan, berkeras mahu menunggu Sam walau ada ahli ahli kami yang sudah mahu pulang kerana bekerja. Aku sudah hilang sabar, tambah lagi kerana ditarik ke tepi oleh Si Lembik, cuba meracuni lagi supaya pencalonan diberi kepada Rafik. Aku sekadar mengiakan..malas bergaduh dengan orang bodoh yang rata rata satu bahagian tahu tidak berapa waras. Orang gila yang sama inilah rakus mahu bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian..tidak tahukah kamu betapa pemuda pemuda di Bkt lanjan selalu mentertawakan kamu? yang selalu menyampah dengan percakapan sampah kamu? tidak sedar sedar lagi kah kamu wahai Si Lembik?

Mesyuarat dimulakan jam 4.30 petang..segala-galanya berjalan dengan lancar. Tuhan memberkati segala usaha yang aku lakukan. Kalau niat sudah ikhlas, nesacaya segala kerja dipermudahkan. Aku rasmi menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Utama Damansara..dan setelah rasmi menjadi Ketua Pemuda, adalah menjadi hak aku dan rakan-rakan Pemuda untuk menentukan halatuju Pemuda Cawangan dan jua Pencalonan untuk kepimpinan Pemuda Bahagian. Muka Si Lembik berubah..bilamana aku mencalonkan Harrison sebagai Ketua Pemuda Cawangan dan Don sebagai Naib. Dia duduk membatu, membuat muka sedih + marah. Aku buat tidak tahu. Cukuplah 2 tahun melayan kamu.. membuat ucapan ucapan kamu untuk majlis rasmi kita dulu. Melayan cakap cakap kamu yang penuh dengan merepek.. cercaan-cercaan kamu kepada sesiapa yang kamu rasa tidak menghormati kamu... hey dengar sini Si Lembik.. percayalah.. bukan aku seorang yang menyampah dan meluat dengan kamu! Kalau ada undian sms untuk warga Kayu Ara (UMNO atau bukan) nescaya kamu akan menang anugerah 'Lelaki Paling Dibenci di Kayu Ara'!

Habis mesyuarat Pemuda dimulakan pula mesyuarat Cawangan. Cawangan kami dibanjiri oleh wakil-wakil Dato Zein. Wakil Bahagiannya juga org kuat Dato Zein, bekas Penghulu-Nordin. Ada abang Shawal, Hj Misri dan entah sape-sape yang muka mcm biasa nampak tapi aku tidak kenal nama.

Aku menyokong pencalonan Penghulu Sharip untuk Ketua Cawangan dan Si Lembik sebagai Naib Ketua Cawangan. Dan segala jawatan diisi dengan mudah...
Sampai ke agenda ke 7. ;
Mencalonkan seorang wakil cawangan ke Mesyuarat UMNO Bahagian Subang tahun 2008.
Ada pencalonan untuk aku.. Si Lembik dan penghulu tersentak.. Penghulu mencalonkan Si Lembik.. Kiraan dibuat;
Aku mendapat 13 undi.. tapi diisytiharkan 10 oleh Pengerusi tetap
Si Lembik mendapat 9, tapi diisytiharkan 10 oleh Pengerusi tetap.
Sebab konon-kononnya sama, Pengerusi Tetap diminta mengundi.. Dia undi Si Lembik..
Aku senyum..tidak mahu marah-marah.. memberi isyarat kepada pemuda supaya jgn protes. Mereka meminta aku protes, aku senyum.. biarkan... sebab aku nampak Si Lembik sudah menangis.. kerana dia tahu dia kalah tadi.. cuma penipuan yg memberikan kemenangan kepadanya..HAHA..

Pencalonan untuk Ketua Bahagian sehinggalah yang terakhir aku mengikut Dato zein. Itu janji aku kepada Penghulu Sharip. tapi aku bangun meminta untuk pencalonan kepada Timbalan Ketua Bahagian diadakan undi kerana aku berkeras mahu mencalonkan Ketua Pemuda Bahagian ku.. Megat Firdouz sebagai calon. Mereka setuju.. bila diadakan undian nyata aku menang besar. Itu lagi satu bukti yang memang tadi aku yang menang.. hahaha.. lagi deras tangisan Si Lembik..

Sedang bermesyuarat tiba tiba terasa ada makhluk di belakangku. Si Lembik sedang meleleh airmata sambil merenung ganas kepadaku.. tiba-tiba dia menjerit.. "hang jaga! tak guna punya budak!" dan terus turun dari mesyuarat. Aku tunggu hingga mesyuarat selesai dan kemudian bersalaman dengan semua hadirin yang ada.. aku jelaskan.. memang aku pegang pada janji.. kalau diikutkan kekuatan kami dicampur dengan undi wanita yang menyebelahi aku tadi memang boleh aku langgar semua di cawangan dan mencalonkan Dato Bushro..tapi aku tidak sekejam itu...mereka angguk lemah. faham atau tidak, aku kurang pasti.

Aku turun ke bawah dan mendapati mereka sedang menenangkan Si Lembik yang sedang naik minyak..kereta Waja kesayanganku remik..hati aku terbakar.. tapi itu yang membezakan orang bijak dan orang gila(puji diri sendiri) orang bijak bertindak mengikut akal..orang gila mengamuk mengikut perasaan.. hahaha

Selepas ditenangkan dia lari dengan Mercedesnya.. 5 minit kemudian menghantar sms.."aku akan cari kamu sampai mati jaga2"...hahaha.. itu lagi satu bahan bukti...aku senyum lagi..mengenangkan kebodohan si lembik..

Tadi balik dari mekanik.. aku lega.. kereta boleh dibaiki dengan harga RM1500.. aku beri si lembik seminggu dari tarikh dia naik minyak. (2/8/08)..jika aku tidak dapat duit untuk baiki kereta pada hari jumaat ini.. aku mahu beritahu abang polis.. biar dia ke dalam..hahahaha...

No comments: