Saturday, August 2, 2008

Mandi?

Petang ini aku kn bermesyuarat..hampir 2 minggu mengikuti persidangan kawan-kawan, bergelak ketawa terkadang bila melihat ada individu-individu yang tidak bersama kami dimandikan di peringkat cawangan aku sudah mulai gelisah. Takut takut kalau perkara yang sama terjadi pada diri sendiri. Pasti jadi bahan mulut orang, kononnya Jeneral tinggi dalam pasukan Harrison dimandikan di cawangan sendiri. Pegawai Dato Hisham tewas merebut kerusi Ketua Pemuda Cawangan. Shahrul, SUK Pemuda UMNO pagi lagi sudah mengucap selamat padaku..diikuti dengan gurauan pedas.."Kalau kalah kau jangan datang pejabat Pemuda dah!".. aku biru..hijau..ungu.. cuak!

Sebaik sahaja habis mesyuarat aku harus bergegas ke Permatang Pauh. Ada perjumpaan dengan jentera untuk Pilihanraya Kecil yang akan diumumkan berikutan perletakan jawatan Datin Seri Wan Azizah untuk memberi laluan kepada suam tercinta bertanding dan memenuhi impian beliau menjadi Perdana Menteri. HAH! Apa dia ingat rakyat Malaysia boleh dijual beli diugut dengan ketakutan kepada kerajaan dan diasak dengan simpati yang dibuat-buat.? Pengundi Permatang Pauh seharunya sedar betapa undi yang telah diberi kepada Wan Azizah dipersiakan begitu sahaja. Berapa banyak masa, wang ringgit dan tenaga yang harus dibuang dengan mengadakan semula Pilihanraya Kecil sebegitu? Kepercayaan rakyat kepada Kak Wan dirobek-robek lagi. Semata mata untuk cita-cita politik Anwar yang semakin rakus menunjukkan belang.

Hari ini aku insaf, begitu jauh lagi laluan yang aku harus tempuhi sebelum aku benar-benar bergelar ahli politik. Jika di cawangan begini sudah resah bagaimana kah nanti bila mahu bertanding menjadi calon? hmmm... tapi perjuangan yang masih jauh ini akan terus aku dukung.. dan moga-moga aku kan terus jujur pada diri, pada prinsip falsafah perjuangan yang aku bawa.. tidak tewas dengan dunia seperti Rafik..seperti Anwar...

No comments: