Tuesday, November 9, 2010

Hello.. saya muncul lagi...

Aku mahu teruskan menulis seakan-akan kita sedang dalam perbualan rancak. Seolah-olah kita adalah rakan akrab yang sedang dalam perbincangannya. Kerana terlalu apologetik kerna sudah lama tidak mengemaskini juga tidak akan membawa apa-apa perubahan. Kamu dan aku tahu bahawa penyakit bermusim ini sudah menular terlalu dalam ke dalam sistem badan aku yang ubatnya mungkin sukar dicari.

Selepas kemenangan berganda BN di Batu Sapi dan Galas ramai yang membuat andaian bahawa BN sudah kembali kuat. Aku amat mahu berpegang dengan keyakinan mereka. Bisikan hati juga mengatakan mungkin sudah ada sedikit pembaruan oleh BN yang memungkinkan sokongan rakyat kembali tetapi masih belum memadai. Kerja keras juga yang akhirnya akan menentukan nasib kita pada PRU ke 13 nanti.

Sudah semakin ramai juga pemimpin besar/ahli-ahli yang berhormat samada ahli parlimen mahupun Adun/ penyokong tegar / separa tegar/penyokong biasa biasa/ penyokong bermusim/ pengikut ikut ikutan Pakatan haram Rakyat terutamanya dari PKR yang mengumumkan keluar parti lantaran hilang kepercayaan kepada ulul amri mereka DS Anwar Ibrahim. Harus ada satu kajian yang menyeluruh dilakukan untuk menganalisis kenapa mereka ini terutamanya yang rapat dengan beliau hilang kepercayaan kepada Anwar dan partinya?

Terbaru krisis dalaman yang melibatkan calon-calon Timbalan Presiden PKR. Dato' Zaid mengumumkan menarik diri dari pertandingan tersebut dan melepaskan semua jawatan di dalam parti. Seorang lagi calon juga mempertimbangkan hasrat sama. Ini dilihat satu tamparan kepada Anwar..kepentingan umum atau mahu jaga anak buah? Ketua umum pun tak pentingkan umum, bagaimana?

Tinggalkan sebentar krisis PKR yang sedang tunggu masa untuk rebah. Cakap-cakap orang politik mengatakan akan ada satu rombakan kecil kabinet dalam masa terdekat ini. Makin giatlah mereka-mereka yang berhasrat melobi. Menarik.. kita sama-sama tunggu...

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Ramadhan.. Salam 1 malaysia..
Hari ni dah masuk 26 Ramadhan..maknanya tak sampai seminggu lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Sekejap sungguh rasanya bulan Ramadhan mengunjungi kita.. kepada semua rakan-rakan dan anda yang membaca blog saya ingin saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan ini ada tutur kata dan perbuatan saya yang menyinggung hati dan perasaan kalian.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin..

Wednesday, June 9, 2010

Hannah Raeesa..




Hannah banyak mengajar aku erti kehidupan. Jika dulu aku senang naik darah, tapi kini sudah lebih bersabar. Jika dulu selalu pulang kerja jauh lewat malam (adakala hingga dinihari) tapi kini lebih selektif dengan siapa mahu bertemu. Hidup lebih terisi dengan kehadiran beliau. Isteri juga tidaklah kebosanan kini sudah ada Hannah.

Syukur alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan Allah.. kelahiran Hannah tidak sukar.(juga dengan bantuan pentidin, laughing gas dan epidural). Tepat pukul 11.55 malam 5 hb 5 2010, si kecik keluar dengan bergaya..terus buka mata dan menangis, disambung pula dengan tangisan ibu dan ibu mertuaku yang menyorok ketakutan dibelakang langsir.

Sebaik saja selesai jururawat membersihkan apa yang patut, dibawa masuk kebilik kami dan diserahkan pada aku. Walau sudah praktis dan selalu bergurau mengenai ini, akhirnya tewas juga. Saat-saat membisikkan qamat di telinga kecil beliau aku tewas dalam tangisan sendiri. Saat paling indah apabila kau memeluk si kecil yang selama 9 bulan ini sering kau bercakap disebalik perut emaknya.

Kemudian Hannah dimasukkan ke dalam bilik khas dan diletak dibawah warmer.. aku diperintah oleh ayah dan ibu untuk melakukan upacara 'belah mulut'. Dengan membawa cincin emas mama, dicelupkan ke dalam bekas berisi air zam zam aku titiskan ke mulut Hannah. Dia sgt suka, lapar barangkali si kecik itu.. selesai itu aku kembali keluar untuk mengirimkan khabar gembira kepada sanak saudara dan teman rapat.

Kini Hannah sudah sebulan 4 hari. walaupun tidak cukup tidur kami sangat bahagia.. ditambah pula si kecik sudah pandai melontarkan senyuman.. baik di waktu sedar mahupun tidur. walaupun sudah diberitahu yang itu adalah 'involuntary smile' kami tidak kisah.. anak kami sudah tahu senyum..

Tuesday, February 9, 2010

Hah, apa lagi?

Rayuan Nizar ditolak sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan dan memutuskan Datuk Seri Dr. Zambry adalah Menteri Besar yang sah.Oleh itu kepada orang orang yang jahat di sebelah sana sila diam dan malu sendiri sendiri.

Dilarang mengadakan aktiviti mandi-manda bersama PDRM dan FRU. Sudah sudahlah menyusahkan rakyat selama ini. Mengguna dan mengorbankan masa depan generasi muda untuk terperangkap dalam permainan politik sempit kalian yang sekadar Maha Gila mahu menjadi Perdana Menteri. Rakyat makin percaya yang perjuangan kamu tidak telus, tidak benar.

Tahniah kepada rakyat Perak. Kepada BN dan UMNO Perak. Jgn kemenangan ini melalaikan kita, perjuangan masih jauh. Kita menang pertempuran kali ini, tapi yang paling penting adalah Perang PRU 13 nanti. Selamat berkhidmat semua..

1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..

Thursday, February 4, 2010

Shahrul Zaman Datuk Yahya..



Entri ini khusus ditujukan kepada abang/mentor/cikgu dan sahabat saya Sdr Shahrul Zaman Datuk Yahya, mantan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia yang kini Setiausaha Politik kepada YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Terlalu banyak yang saya pelajari dari beliau. Secara peribadi beliau adalah tunjang kepada kekuatan pejabat pentadbiran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari tahun 2004-2008. Jikalaulah ada 10 orang lagi seperti beliau pastilah institusi Pemuda akan lebih berkesan kini.

Orangnya lemah lembut, penuh diplomasi dan terlalu komited pada amanat dan tanggungjawab beliau di sana. Saya selalu berdoa semoga dikurniakan kekuatan akal dan minda juga semangat untuk bertugas seperti dia. Jika saya dapat 50% apa kualiti yang ada pada beliau saya sudah bersyukur.

Kepada beliau, terima kasih atas segala khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya selama ini.

Wednesday, February 3, 2010

Pemuda UMNO dan halatujunya?

Krisis dalam Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menuntut satu penyelesaian segera untuk mematikan bibit-bibit perpecahan selama ini. Dalam setiap pertandingan pasti akan ada yang tewas dan menang. Yang menang tidak bermakna kuat, tambahan pula dalam pertandingan seperti tempoh hari yang melibatkan 3 penjuru. Yang kalah juga punya pengikut di kalangan kepimpinan dan juga akar umbi. Bukankah baik sekiranya segala kekuatan ini dapat diterjemahkan kepada sokongan kepada institusi? Daripada terus bernanah dan merosakkan parti?

Kemenangan YB Khairy Jamaluddin harus diiktiraf. Selama mana kau mahu mempertikaikan hak beliau untuk terus memimpin kita sekurang-kurangnya sehingga akhir penggal ini? Walaupun mungkin ada sedikit perkara ataupun perbuatan beliau mahupun orang kanan yang pernah menyinggung perasaan kalian, maafkanlah. Bukankah memberi kemaafan itu sesuatu yang mulia. Lagi pula sudah terlalu besar perubahan yang beliau bawa, samada dari cara pergaulan, interaksi dan hubungan hingga ke akar umbi. Ianya harus dilihat secara positif. Jika terusan menjadi sinikal kita takkan bisa merapatkan barisan untuk memperkasakan jentera Pemuda kita.

Ya, mungkin ada sesetengah perkara boleh diperbaiki. Tapi parti kita punya sistem. Gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan. Jangan sesama kita duduk berhimpun kemudian saling menyalahkan antara satu sama lain. Pelik bila mana ahli pembangkang sebaik mungkin menjaga tepi kain mereka, menutup segala kelemahan dan kesalahan tapi kita seakan akan suka pula bila ketua kita dihina, diperlekeh sebegini rupa. Saya tidak meminta kita menjadi munafik, menegakkan yang salah.. tapi sekadar menjaga peradaban dan tata susila kita sebagai ahli Pemuda UMNO yang suatu hari nanti mewarisi kepimpinan negara.

Orang Melayu ini hatinya lembut, mudah dipujuk jika kena gayanya. Mungkin pihak pengurusan Pemuda perlu memikirkan pendekatan lebih kerap turun padang membelai jiwa rakan-rakan dibawah. Tapi harus difikirkan cara yang sederhana kerana orang Melayu ini juga jika terlalu dibelai akan menjadi manja dan mengada. Seimbangkanlah.

Thursday, January 7, 2010

Kalimah Allah

I reserve my opinion on this matter simply because i am too furious with many statements on the net; twitter and facebook.. there is a very thin and fine line between 1 Malaysia concept and sacrificing everything and give out what was written in the constitution. What's upsetting me more is the fact that more Young & Professional Malay got their facts so twisted that its impossible to reason with them..im just mad..beyond words..

Tahun Baru 2010

2009 banyak nmencatat pengalaman manis dalam hidup aku. Tahun 09 aku akhirnya berjaya menamatkan zaman bujang setelah 7 tahun mengenal hati budi dia. Dan kini sedang sibuk membuat persiapan menjadi seorang bapa, alhamdulillah..

Buat kamu yang mungkin tidak tahu, aku kini sudah tidak bersama Pemuda BN Malaysia. Setelah hampir 3 tahun memegang jawatan Setiausaha Kerja Pemuda, setelah duduk memikirkan masak-masak, yakin sudah tiba masanya aku melepaskan jawatan tersebut. Sedikit sedih kerana meninggalkan ibu pejabat UMNO, meninggalkan kawan kawan di sana, tetapi rasanya itu lebih baik dari duduk statik disana. Maka, sekarang ini aku kembali mengikut bos lama.. Dato' Seri Hishammuddin.. bekerja dengan ramai lagi pegawai pegawai kawan kawan lama dulu. Baru 4 hari, tapi sudah sibuk dan sangat seronok.

Sedikit entry tentang politik Subang. Aku sudah semakin kerap turun ke program program dan bertemu rakan rakan dulu. Ramai yang masih ingat, walaupun ada juga ketua ketua pemuda cawangan yang masih tidak kenal tapi insya allah, suku pertama tahun baru ini akan aku gunakan untuk mengenali mereka semua. Dalam program terakhir Subang hujung Disember lepas, aku bawak kamera Digital SLR utk belajar tangkap gambar. ada pula suara-suara sumbang dari kumpulan anak anak nakal yang mengatakan aku berhenti SUK Pemuda BN Malaysia untuk jadi cameraman Harrison... haha.. aku beli kamera tak mintak duit EPF kau pun ok? tapi apa ada pada label dan gelaran kan? Lebih baik kau sendiri yang cop aku macam tu tapi aku tahu siapa aku.. dari kau yang hebah pada semua menjadi pegawai khas tapi kerja sebenar driver.( no offense to my other driver friends..tapi mamat driver sorang ni memang poyo)

Utk semua pembaca, i hope you'll have a great 2010. Lets make this year a more productive year for all of us. Less politicking, more service to the people..

Chiow.. salam Tahun Baru..