Tuesday, July 29, 2008

Gelisah Part II

Hari Ahad lepas Ijan datang ke KL dengan tunang. Mereka naik bas kerana kereta Ijan ada ditinggalkan di KL. Aku yang sepatutnya mengambil mereka di Hentian Pekeliling jam 10 pagi hanya terbangun jam 12. Panik..rasa bersalah apabila sudah hampir 10 missed call dari dia. Mesti berbakul maki diberi pada aku. Sampai jumpa mereka sudah tengah hari. Comel mereka berdua..berjalan berpegangan tangan mencari barang barang untuk perkahwinan mereka yang dilangsungkan 8/8/08. Senyum tidak putus putus dari muka.. seri orang mahu kahwin. Aku tumpang bahgia.

Masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Aku yang sebelum ini cukup anti jika berjalan di masjid India, Semua House dan sekitar jln Tunku Abd Rahman tiba tiba jadi seronok membelek barang barang untuk hantaran perkahwinan. Melihat bunga telur, melihat bekas bekas untuk hantaran..hmmm..

Terkadang merasakan yang aku kehilangan. Usia sebegini sudah ramai yang beranak pinak. Aku masih bujang..dan entah bilakan berumah tangga? Bila pula mahu memperolehi anak? tatkala usia sudah menganjak senja anak anak aku nanti kan masih kecil kecil. Kasihan mereka.. mahu mengajak bapak yang sudah tua main bola..sudah pasti tidak boleh lama. Dan aku berazam untuk menjadi bapak yang cool..yang boleh bersembang dengan anak anak seperti kawan..tetapi tidak janggalkah jika jarak usia antara kami yang maha besar?

Di shopping shopping complex aku kan lebih bahagia mencuri pandang kepada anak anak kecil. Tatkala kawan kawan lain mencuri pandang kepada gadis gadis hot, aku lebih suka mengenyit mata pada baby baby comel. takut juga, kerna orang orang di KL ini sudah tidak mesra..selalu berpikiran serong jika org tidak dikenali memerhati anak anak mereka. takut aku dituduh child molester nanti.

Aku rindu dia.. semenjak dia tiada aku sering memikirkan tentang dia. Tentang kemanjaan dan kesabaran dia menanti aku. Tentang cintanya yang tidak pernah surut buat aku biar ditinggalkan secara kejam..mmm.. mahu jadi apa aku ini? Sayang tetapi bila bersama selalu tidak sabar.. maafkan aku ya?

Sepetang bersama Ijan dan tunang, hati makin gelisah.. aku mahu ada tunang.. ada isteri..ada baby..

Monday, July 28, 2008

UMNO dan Pemimpin...

Dato' Seri Anwar Ibrahim.. aku membesar dengan 'aura keramat' beliau. Anwar dalam awal tahun 80'an merupakan antara nama kegemaran ibu bapa yang mahu memberikan nama kepada anak anak lelaki mereka. Kekaguman kepada Anwar banyak dipengaruhi dengan karisma dan kehebatannya berhujah dan berdebat. Beliau dilihat sebagai permata yang akan menjadi simbol kebanggaan orang-orang Melayu.

September 98 mencorakkan satu landskap politik yang baru di negara ini. Ketika itu rakyat secara umumnya bersimpati dengan beliau. Kononnya beliau telah dianiyai oleh sekumpulan orang yang risau dengan pergerakan beliau yang dilihat bisa mencabar kepentingan dan kedudukan pemimpin-pemimpin itu. Rakyat khususnya kaum Melayu hari itu keluar dan berdemonstrasi kononnya mahu membela nasib beliau. Anak-anak muda di IPTA sudah tidak peduli kepada pelajaran masing-masing. Ghairah berpiket sehingga dibuang universiti. Yang tidak dibuang pun ramai yang gagal menamatkan pelajaran. Semua itu rela dibuat atas nama Perjuangan.

Hari ini sekali lagi Anwar menghadapi tuduhan yang sama. Dakwaan meliwat. Mengamalkan seks luar tabie dengan seorang remaja. Keadilan mengatakan seolah olah ini adalah satu konspirasi kerajaan untuk membendung pengaruh Anwar yang kononnya akan membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat pada 16 September. Tapi lojik kah jika kerajaan menggunakan tuduhan yang sama? Tidakkan bodoh jika ini cuma hanya satu fabrikasi? Pastinya rakyat hari ini sudah lebih bijak untuk menilai..dan aku percaya setiap kebenaran itu, biar selambat mana pun akan terserlah jua akhirnya.

Kali ini Anwar gagal dalam bermain api. Sentimen simpati yang cuba diguna untuk meraih sokongan rakyat gagal dibentuk. Rakyat hari ini sudah muak dengan cerita cerita sedih yang dibuat buat. Kononnya ada cubaan mahu membunuh beliau..berlindung di Kedutaan turki kerana bimbang tapi keesokan harinya berdiri di depan 10000 org berucap tentang keselamatan yang dikhuatiri?hah! kamu itulah yang maha pembohong Anwar

Atas dasar itu aku berharap supaya mesyuarat cawangan UMNO tahun ini kita mulakan langkah baru. Kita nilai dan pilih pemimpin yang baik. Yang harus melalui proses dari bawah untuk naik sampai ke atas. Budaya mengagung agungkan pemimpin, melonjakkan pemimpin tanpa satu proses meritokrasi harus diketepikan. untuk menjadi pemimpin harus ada satu kayu pengukur dan tempoh masa berkhidmat sebelum seseorang itu naik dengan lebih jauh.

Ahli UMNO harus telus dan tulus kepada diri kita sendiri. Jangan sampai parti UMNO dilihat sudah tidak relevan membela nasib orang Melayu. Cakap cakap tentang perubahan drastik harus diambil segera. Segala kepincangan dibetulkan. Dan tarik balik sokongan golongan-golongan muda.Selamat bersidang semua...

Saturday, July 26, 2008

Politik Keji..

Aku yakin kini, untuk menjadi ahli politik yang baik tidak boleh terlalu naive. Tidak boleh berprasangka baik sentiasa, mengharapkan agar kawan dan lawan mengamalkan cara politik yang sihat selalu. Betapa selama ini aku jadi seorang yg terlalu idealis.

Mesyuarat malam tadi di Taman Ehsan Timur, cawangan Harrison. Sebagai anak buah yang baik aku turun memberikan sokongan moral meskipun yakin tiada siapa yang mahu mencabar beliau. Sepenggal beliau mengemudi cawangan tersebut sudah berpuluh program dianjurkan. Sentiasa memberikan kerjasama kepada semua ahli-ahli cawangan beliau. Sesampainya di sana diberitakan 3 budak jahat yang mahu cuba kacau cawangan Pemuda tersebut baru saja balik. Balik dengan hati yang marah dan malu. Mahu mencabar Harrison tetapi datang cuma bertiga. Kononnya datang sebagai Jeneral Jeneral seorang pemimpin muda Maha Hebat di Malaysia. Yang diberitakan mahu menjadi Perdana Menteri sebelum berusia 40 tahun.emmm..

Tapi aku yakin, si mamak Rafik sekadar menjual nama beliau. Aku pasti Khairy tidak berpendirian begitu. Umum mengetahui betapa Harrison antara yang awal sekali membawa beliau berjalan jalan satu Malaysia sewaktu Harrison SUK Pemuda UMNO Malaysia dan Khairy exco Pemuda UMNO lantikan. Meski sekarang sudah tidak dilihat sehaluan kerana beda pendapat, YB Khairy tidak kan sanggup sampai ke tahap cawangan mahu memusnahkan Harrison. Pastilah mamak rafik yang mengatur semua itu. Menyorok di sebalik dewan, memberikan RM 100 kepada pemuda cawangan Harrison..kononnya bukan rasuah..tetapi duit minum.. Hah! duit minum apa jika siap dengan pesanan supaya melawan Harrison?

Terkadang bila mendengar cerita perihal si Mamak rafik ini aku tersengih. Bukan kerana lucu, tetapi kerana hanya dengan tersengih saja akan dapat melawan keinginan yang membuak buak aku ini mendedahkan siapa si Mamak rafik yang sebenar. yang berselindung di balik celak mata, jubah, tazkirah tazkirah agamanya. Si Mamak yang sama ini juga berminggu minggu waktu aku ikut dulu tidak sembahyang tetapi menasihati org umum agar sembahyang. Yang masih ke Pusat pusat karaoke memeluk gadis gadis yang jelas bukan muhrimnya. Apa orang yang bertopengkan agama ini yang mahu kita angkat martabatnya jadi pemimpin ulung Pemuda Subang? Jika ini terjadi aku akan dengan rela hati keluar UMNO Subang dan lari kerana takut dengan balasan yang mungkin diturunkan Allah Taala.

Aku sudah penat.. terkadang terpaksa merendahkan ilmiah dan intelektual sendiri berbicara politik dengan orang orang benak dari kem Mamak... aku mahu tidur.. lupakan si Mamak durjana

Monday, July 21, 2008

Rafik yang gelisah...

3 hari berjalan ke seluruh pelusuk bahagian..banyak lagi ceruk-ceruk jalanraya di Parlimen sendiri yang aku belum tahu. Usahkan mencari jalan pintas, hendak mencari dewan-dewan ke mesyuarat Pemuda cawangan cawangan sudah amat memeningkan. Mujur ada teman-teman yang sedia sabar menjawab telipon dan beri panduan sehingga sampai.

Hari Jumaat sedikit mendebarkan. Dari 4 cawangan yang bermesyuarat 3 memberikan pencalonan kepada Rafik. 1 lagi digantung kerana tidak punya cukup korum untuk bermesyuarat. Namanya saja sudah tahun pemilihan..sudah pasti ada isu-isu setempat yang panas. Perebutan kerusi Ketua Pemuda Cawangan, Naib dan 2 perwakilan ke Mesyuarat Pemuda Bahagian menjadi perhatian. Selain itu calon-calon untuk Ketua Pemuda Bahagian, Naib, AJK Pemuda Bhgn dan 2 wakil Pemuda Subang ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Malaysia.

Hari Sabtu menghadirkan sinar yg lebih terang buat kumpulan kami. Dari lebih 20 cawangan yang bermesyuarat, 17 memberikan pencalonan kepada Harrison dan Cikgu Ramli sebagai Ketua dan Naib Ketua Pemuda. Kem sana pasti terkejut kerana banyak juga cawangan cawangan yang dilihat bersama mereka memberikan pencalonan kepada kami. Apa yang sedikit meresahkan pabila kem orang jahat galak memburuk-burukkan personaliti, membuat kecaman kecaman bodoh..dan aku yang memang pantang dengan cara tabiat politik yang buruk ini memang melatah. Apa salahnya jika mahu berkempen cerita tentang visi dan misi kamu! Tentang pembaharuan yang ingin dibawa sekiranya menang. Ini masih tidak habis dengan hasad dengki dan iri hati. Mmmm...semoga satu hari nanti tidak akan terlambat untuk kamu insaf wahai Rafik...

Monday, July 14, 2008

Selamat bermesyuarat..selamat berperang..

Sudah lama tidak ada update di dalam blog ini. Banyak yang berlaku..kerap kali aku cuba untuk menulis namun apabila sudah di depan monitor, otak terasa beku..ayat-ayat terasa bosan, lantas kerap kali dibuang langsung ke dalam recycle bin.
Jiwa makin stabil..sudah tidak ada masa memikirkan yang remeh temeh seperti dulu. Aku mahu fokus. Mahu mencuba menjadi yang lebih baik..maka direction harus jelas. Gerak kerja harus dimulakan.
Semalam berlangsung perasmian berkelompok mesyuarat-mesyuarat cawangan dalam bahagian Subang. Buat kali kedua terakhir YBhg Dato Mokhtar Dahlan, Ketua Bahagian UMNO Subang hadir untuk merasmikannya. Langkah beliau terasa perlahan, air muka melambangkan seorang ayah yg terasa berat meninggalkan anak-anak yang sudah makin besar. Aku kagum dengan beliau. Dalam usia 63 tahun telah banyak yang dilakukannya untuk membantu anak bangsa. Pengorbanan beliau terlalu besar terutamanya kepada kami kami di Subang. Aku tidak mengenal beliau secara peribadi. Tidak juga pernah berbual dengan beliau. Sekadar bersalam-salaman dalam program program yang pernah beliau hadiri. Tapi aku dapat lihat betapa besar kecintaannya pada politik, kepada Subang, kepada UMNO.
Dalam ucapannya beliau banyak menasihatkan ahli keluarga Subang supaya membuat pilihan yang bijak dalam menentukan hala tuju dan kemudi UMNO Subang. Perlu balik kepada akar umbi...berkhidmat kepada masyarakat harus diletakkan sebagai asas dlm percaturan menjadi pemimpin.
Maka bermula dari 17 hb ini akan bermulalah mesyuarat-mesyuarat UMNO dalam bahagian aku. Akan wujud kem kem dan pihak-pihak yang bertanding akan menggunakan apa saja cara untuk memancing perwakilan mengundi mereka. Semoga hari ini kita sudah semakin bijak untuk buat keputusan yang erbaik untuk masa depan kita bersama.