Monday, July 28, 2008

UMNO dan Pemimpin...

Dato' Seri Anwar Ibrahim.. aku membesar dengan 'aura keramat' beliau. Anwar dalam awal tahun 80'an merupakan antara nama kegemaran ibu bapa yang mahu memberikan nama kepada anak anak lelaki mereka. Kekaguman kepada Anwar banyak dipengaruhi dengan karisma dan kehebatannya berhujah dan berdebat. Beliau dilihat sebagai permata yang akan menjadi simbol kebanggaan orang-orang Melayu.

September 98 mencorakkan satu landskap politik yang baru di negara ini. Ketika itu rakyat secara umumnya bersimpati dengan beliau. Kononnya beliau telah dianiyai oleh sekumpulan orang yang risau dengan pergerakan beliau yang dilihat bisa mencabar kepentingan dan kedudukan pemimpin-pemimpin itu. Rakyat khususnya kaum Melayu hari itu keluar dan berdemonstrasi kononnya mahu membela nasib beliau. Anak-anak muda di IPTA sudah tidak peduli kepada pelajaran masing-masing. Ghairah berpiket sehingga dibuang universiti. Yang tidak dibuang pun ramai yang gagal menamatkan pelajaran. Semua itu rela dibuat atas nama Perjuangan.

Hari ini sekali lagi Anwar menghadapi tuduhan yang sama. Dakwaan meliwat. Mengamalkan seks luar tabie dengan seorang remaja. Keadilan mengatakan seolah olah ini adalah satu konspirasi kerajaan untuk membendung pengaruh Anwar yang kononnya akan membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat pada 16 September. Tapi lojik kah jika kerajaan menggunakan tuduhan yang sama? Tidakkan bodoh jika ini cuma hanya satu fabrikasi? Pastinya rakyat hari ini sudah lebih bijak untuk menilai..dan aku percaya setiap kebenaran itu, biar selambat mana pun akan terserlah jua akhirnya.

Kali ini Anwar gagal dalam bermain api. Sentimen simpati yang cuba diguna untuk meraih sokongan rakyat gagal dibentuk. Rakyat hari ini sudah muak dengan cerita cerita sedih yang dibuat buat. Kononnya ada cubaan mahu membunuh beliau..berlindung di Kedutaan turki kerana bimbang tapi keesokan harinya berdiri di depan 10000 org berucap tentang keselamatan yang dikhuatiri?hah! kamu itulah yang maha pembohong Anwar

Atas dasar itu aku berharap supaya mesyuarat cawangan UMNO tahun ini kita mulakan langkah baru. Kita nilai dan pilih pemimpin yang baik. Yang harus melalui proses dari bawah untuk naik sampai ke atas. Budaya mengagung agungkan pemimpin, melonjakkan pemimpin tanpa satu proses meritokrasi harus diketepikan. untuk menjadi pemimpin harus ada satu kayu pengukur dan tempoh masa berkhidmat sebelum seseorang itu naik dengan lebih jauh.

Ahli UMNO harus telus dan tulus kepada diri kita sendiri. Jangan sampai parti UMNO dilihat sudah tidak relevan membela nasib orang Melayu. Cakap cakap tentang perubahan drastik harus diambil segera. Segala kepincangan dibetulkan. Dan tarik balik sokongan golongan-golongan muda.Selamat bersidang semua...

No comments: