Monday, July 21, 2008

Rafik yang gelisah...

3 hari berjalan ke seluruh pelusuk bahagian..banyak lagi ceruk-ceruk jalanraya di Parlimen sendiri yang aku belum tahu. Usahkan mencari jalan pintas, hendak mencari dewan-dewan ke mesyuarat Pemuda cawangan cawangan sudah amat memeningkan. Mujur ada teman-teman yang sedia sabar menjawab telipon dan beri panduan sehingga sampai.

Hari Jumaat sedikit mendebarkan. Dari 4 cawangan yang bermesyuarat 3 memberikan pencalonan kepada Rafik. 1 lagi digantung kerana tidak punya cukup korum untuk bermesyuarat. Namanya saja sudah tahun pemilihan..sudah pasti ada isu-isu setempat yang panas. Perebutan kerusi Ketua Pemuda Cawangan, Naib dan 2 perwakilan ke Mesyuarat Pemuda Bahagian menjadi perhatian. Selain itu calon-calon untuk Ketua Pemuda Bahagian, Naib, AJK Pemuda Bhgn dan 2 wakil Pemuda Subang ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Malaysia.

Hari Sabtu menghadirkan sinar yg lebih terang buat kumpulan kami. Dari lebih 20 cawangan yang bermesyuarat, 17 memberikan pencalonan kepada Harrison dan Cikgu Ramli sebagai Ketua dan Naib Ketua Pemuda. Kem sana pasti terkejut kerana banyak juga cawangan cawangan yang dilihat bersama mereka memberikan pencalonan kepada kami. Apa yang sedikit meresahkan pabila kem orang jahat galak memburuk-burukkan personaliti, membuat kecaman kecaman bodoh..dan aku yang memang pantang dengan cara tabiat politik yang buruk ini memang melatah. Apa salahnya jika mahu berkempen cerita tentang visi dan misi kamu! Tentang pembaharuan yang ingin dibawa sekiranya menang. Ini masih tidak habis dengan hasad dengki dan iri hati. Mmmm...semoga satu hari nanti tidak akan terlambat untuk kamu insaf wahai Rafik...