Monday, July 14, 2008

Selamat bermesyuarat..selamat berperang..

Sudah lama tidak ada update di dalam blog ini. Banyak yang berlaku..kerap kali aku cuba untuk menulis namun apabila sudah di depan monitor, otak terasa beku..ayat-ayat terasa bosan, lantas kerap kali dibuang langsung ke dalam recycle bin.
Jiwa makin stabil..sudah tidak ada masa memikirkan yang remeh temeh seperti dulu. Aku mahu fokus. Mahu mencuba menjadi yang lebih baik..maka direction harus jelas. Gerak kerja harus dimulakan.
Semalam berlangsung perasmian berkelompok mesyuarat-mesyuarat cawangan dalam bahagian Subang. Buat kali kedua terakhir YBhg Dato Mokhtar Dahlan, Ketua Bahagian UMNO Subang hadir untuk merasmikannya. Langkah beliau terasa perlahan, air muka melambangkan seorang ayah yg terasa berat meninggalkan anak-anak yang sudah makin besar. Aku kagum dengan beliau. Dalam usia 63 tahun telah banyak yang dilakukannya untuk membantu anak bangsa. Pengorbanan beliau terlalu besar terutamanya kepada kami kami di Subang. Aku tidak mengenal beliau secara peribadi. Tidak juga pernah berbual dengan beliau. Sekadar bersalam-salaman dalam program program yang pernah beliau hadiri. Tapi aku dapat lihat betapa besar kecintaannya pada politik, kepada Subang, kepada UMNO.
Dalam ucapannya beliau banyak menasihatkan ahli keluarga Subang supaya membuat pilihan yang bijak dalam menentukan hala tuju dan kemudi UMNO Subang. Perlu balik kepada akar umbi...berkhidmat kepada masyarakat harus diletakkan sebagai asas dlm percaturan menjadi pemimpin.
Maka bermula dari 17 hb ini akan bermulalah mesyuarat-mesyuarat UMNO dalam bahagian aku. Akan wujud kem kem dan pihak-pihak yang bertanding akan menggunakan apa saja cara untuk memancing perwakilan mengundi mereka. Semoga hari ini kita sudah semakin bijak untuk buat keputusan yang erbaik untuk masa depan kita bersama.