Friday, December 26, 2008

Demo oghe tino, kawe oghe jate...

Korang pernah dengar tak mana mana lagu yang first time korang dengar terus rasa instantly menyampah? Rasa macam nak pukul orang yang nyanyi tu kalau korang jumpa diorang? Aku pernah. Semalam dekat kenduri kahwin Ira, mamat deejay yang pakai baju mcm rockers gila maut pasang lagu ni..
http://www.imeem.com/liana1302/music/YlmLJT-w/arrow_niat_di_hati_tak_nak_berpisah_demo_ni_orghae_tino/
Kau sroll sampai ke bawah lagu tu dan kau boleh nampak betapa ada orang yg lagi kronik dari aku yang telah mengtranslate kan lagu jiwang karat ni kepada english supaya orang putih yang dengar lagu ni turut faham penderitaan mamat ni agaknya.. Agak je..aku pun tak tahu motif dia sebenarnya..
Aku rasa hodoh gila.. tapi first thing aku buat selepas balik dari Teluk Intan adalah.. google dan cari lagu ni.. aku dah sampai kronik nyanyi lagu ni bersama sama penyanyi ni.. tolonnnggggg!!

Friday, December 12, 2008

Dilema Poket Nipis...

Hari ini aku di Kuala Terengganu lagi.. untuk sebulan akan datang ni memang bumi Terengganu akan jadi rumah. Tapi taklah rumah sangat kalau duduk hotel. Hotel yang boleh tahan juga sebab mengadap laut cina selatan. Dan bulan 12 ni memang keadaan laut yang bergelora itu membuatkan aku memadamkan sebarang cita-cita mau mandi laut. Hampir sepanjang hari hujan turun membuatkan keadaan sangat tidak kondusif untuk aku keluar berjalan-jalan di sepanjang Parlimen Kuala Terengganu ini.



Bulan 12 dan 1 ini sangat mencabar. Selain dari persiapan menghadapi Pilihanraya kecil ini, 3 hb January ini insya allah akan menjadi satu permulaan baru dalam hidup aku. Selepas mengenali dia selama 6 tahun kami sudah nekad tidak mahu yang lain dalam hidup. Majlis pertunangan akan diadakan di rumah tok Shireen di Bangsar. Sedangkan pada 6 January itu akan diadakan penamaan calon di Kuala Terengganu. Selalunya seminggu sebelum hari penamaan calon aku sudah sibuk yang teramat sangat di tempat itu. Dahlah sewaktu merisik dulu aku tidak ada di KL, bertunang juga mungkin aku akan ada di Kuala Terengganu, waktu kahwin?


Itu tidaklah besar sangat. Aku tahu ramai orang yang masalah mereka jauh lagi besar dari aku. Mungkin aku boleh lari sekejap, sekadar untuk tangkap gambar di majlis itu dan kemudiannya terbang balik ke Kuala Terengganu. Mungkin yang lebih merunsingkan adalah kerana tahu duit tidak berapa ada dalam wallet mahupun dalam bank.

Kamu-kamu yang sudah berkahwin, bagaimana kamu kumpul duit dulu? Dulu dari sekolah cikgu sudah ajar untuk menabung. Malah ada wakil-wakil dari bank yang selalu datang mempromosi pelbagai insentif semata mahu mengajar anak murid supaya menabung dari kecil. Aku dulu pun ada buku Ting yang dibuka oleh mak bapak, tapi sebaik saja cukup umur, harijadi yang ke 18, aku celebrate dengan habiskan duit dalam Ting..mmmm...

Sejak kerja juga gaji selalu cukup-cukup..cupui-cupui kata orang Perak. Itupun banyak bulan juga diawal kerjaya terpaksa menebalkan muka menagih kasih ayah ibu minta advance kerana budget sudah lari. Kesimpulannya, aku tidak pernah menabung..

Oleh itu layaklah kiranya aku katakan sudah tiba masa untuk aku tekan panic button.. aku buntu..untuk mula menabung sekarang mustahil bisa cukup menjelang tarikh pernikahan di bulan Julai. Untuk meminjam aku rasa sangat tidak sedap. Memanglah ramai kawan-kawan dan kenalan yang aku tahu meminjam dari Bank Rakyat untuk memulakan kehidupan berumahtangga..dan aku tidak memandang rendah kamu semua.. cuma dipikiran aku.. tidak wajar aku mahu berhutang semata-mata mahu memenuhi nafsu untuk menjadikan perkahwinan itu 'wedding of the year'. Aku tidak mahu nanti anak sudah mahu masuk darjah satu aku masih lenguh-lenguh menghantar duit bulanan membayar hutang pinjaman..

Entahlah..haruskah aku kerja 7 eleven waktu malam untuk mencari duit lebih? atau buat sekadar yang termampu, tidak perlu jaga hati sanak saudara atau ayah ibu yang mahukan perkahwinan anak sulung mereka ini meriah? Akan kamu umpat kata aku dibelakangkah kalau kamu datang kenduri aku dan dihidangkan bihung goreng dengan udang kering?

Arrrgghhhh...tidurlah..aku mahu lupakan ini semua sebentar...bangun nanti aku pikir lagi...

Monday, December 8, 2008

lawatan ke KT

Hari Jumaat lepas aku ke Kuala Terengganu. Nak tengok-tengok kawasan tu. Cari tempat untuk bukak bilik gerakan. Mana tempat untuk bebudak office tidur. Mana lokasi penting untuk ditawan dengan bendera dan poster nanti. Masa panjang lagi, tapi aku yang sudah ada sikit pengalaman mengendalikan pilihanraya kecil mahu merancang awal. Semua pilihanraya penting, tapi yang ini paling penting buat aku. KENA MENANG! Sebab;

1. Allayarham Dato' Razali Ismail orang baik. Dia antara politician paling humble, baik dan jujur yang pernah aku kenal. Walaupun berjawatan Timb Menteri, dia sangat senang duduk dan bersembang dengan sesiapa yang menegur. Terlalu cintakan dunia pendidikan. Maka sebab itu aku mahu BN menang, sebagai tribute kepada arwah.

2. Ini barangkali pilihanraya kecil yang terakhir sebelum Mesyuarat Pemilihan Agung UMNO. Barangkali ini juga kali terakhir YB Dato' Seri Hishammuddin akan mengetuai angkatan bala tentera perang Pemuda BN. Sebagai orang yang dilantik oleh beliau, aku rasa sangat perlu kemenangan Parlimen Kuala Terengganu sebagai simbolik hadiah perpisahan kpd bos aku diatas segala jasa dan pengorbanan beliau terhadap Pemuda.

3. Aku dah bosan kalah. Mac 08 aku jaga Permatang Pauh- Kalah. Ogos Pilihanraya Kecil Permatang Pauh-Kalah. Ini kali ketiga.. kalau kalah jugak memang aib la..

Berbalik pada trip aku ke KT Jumaat lepas. Rombongan Dato' Seri Najib tiba jam 6.45 petang dari KL. Bos aku juga ada dalam kumpulan Jawatankuasa Pengurusan tersebut. Lepas solat Maghrib di hotel kami bergerak ke rumah arwah Dato Razali Ismail. Tahlil untuk beliau kami buat di rumah beliau saja. Sampai sana aku insaf. Betapa arwah sangat simple orangnya. Rumah beliau, meskipun banglo sangat sederhana. Tidak semegah Timb. Menteri yang lain-lain. Selepas tahlil anak sulung beliau membuat sedikit ucapan;

"Bagi pihak keluarga arwah Razali Bin Idris saya mengucapkan terima kasih diatas kesudian tuan-tuan ke rumah kami bagi menghadiahkan sedikit bacaan-bacaan suci sebagai cahaya yg menerangi beliau di alam kubur." -aku dah sedikit berair mata-

"Sebagaimana cintanya arwah kepada dunia pendidikan, saya merayu kepada pimpinan tertinggi negara untuk meneruskan cita-cita arwah untuk memartabatkan dunia pendidikan"..

Mmm..orang-orang baik begini selalunya lebih disayangi Allah s.w.t..'kata Dato' Hisham semasa kami dalam kereta meninggalkan rumah arwah Dato Razali ke tempat mesyuarat. Sepanjang perjalanan ke tempat mesyuarat kami diceritakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu bagaimana arwah yg selalu sampai ke KT setiap Jumaat petang akan pergi membuat lawatan mengejut ke sekolah-sekolah berhampiran di KT. Tidak ada protokol, tidak perlu karpet merah. Dia ingin mendengar sendiri permasalahan murid-murid dan guru.

Aku ingin jadi mcam beliau. Tidak mahu ber retorik mengejar pangkat dan kedudukan. Berkhidmat untuk masyarakat lebih afdal.. walaupun mungkin tidak popular-tapi jauh lebih mulia di sisi Allah dan mereka-mereka yang tahu akan jasa yang telah disumbang.

Friday, November 28, 2008

Takziah buat keluarga Allayarham Dato Razali Ismail

Setiap yang hidup pasti akan mati. Dan terkadang kematian itu menjemput tanpa mengira usia, pangkat dan kedudukan. Aku terima berita sedih jam 8 malam tadi. YB Dato' Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran/ Ahli Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia jam 6.30 petang tadi sewaktu bermain badminton. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Al-Fatihah...

Friday, November 21, 2008

Senang Sedih..

Semalam sakit-sakit badan. Rupanya bila makin meningkat umur tu makin senang sengal-sengal selepas main badminton macam orang gila. Balik kerja awal dari biasa, pukul 6.30 sudah sampai rumah. Cantik juga pemandangan matahari terbenam dari tepi swimming pool Armanee..

Sebab badan tak sedap dan sebab aku nak tengok Amazing Race Asia Final aku tak keluar semalam. Makan pun kirim pada Suji (hse mate yang dalam sebulan ada 2,3 hari je balik rumah). Lepas tengok Amazing Race aku geledah rak dvd. Yang beratus-ratus dvd aku simpan sejak tahun 2002. (itupun sebab beratus ratus lagi dipinjam dan diambik terus).

Entah angin apa yang masuk dalam badan, malam tadi aku tengok 'I Am Sam'. Cerita lama yang dah lama aku tak tengok. Aku tertanya samada menonton sekali lagi akan bawa effect yang sama seperti pertama kali tengok dulu. (aku menangis first time tengok cerita tu)

Ramai lelaki kata tak macho kalau menangis. Apatah lagi kalau menangis tengok cerita-cerita sedih. Tahla, tapi bagi aku kalau kamu punya perasaan kamu pastikan menangis bila tengok cerita I am Sam. Bagaimana seorang ayah yang sayangkan anaknya, walaupun dengan kekurangan mentalnya sanggup untuk fight the system untuk dapatkan anaknya balik. Bagaimana anak tu rindu ayah dia sampai panjat keluar balkoni, jalan tengah malam untuk pergi tidur dengan ayah dia.

Selain cerita tu aku juga menangis tengok cerita Khabi Khushi Khabi Gam. Waktu (Dato) Shah Rukh Khan baru tahu yg Hrithik Roshan tu adalah adik dia..duduk atas bangku kat taman tepi tasik.

" Kau dapat masuk team kriket tak?" tanya Shah Rukh Khan.. Hrithik angguk..
"kau jaga mak tak?'.. Hrithik angguk lagi..
"kenapa kau tak beritahu abang yg kau.." sambil tarik dan peluk adik dia.. adush.. sedih gila kot part tu.

Bukan setakat cerita filem. Drama-drama pun kekadang sedih jugak. Tapi susah nak cari drama yang boleh buat aku menangis. Mungkin jugak sebab aku tengok drama Melayu tu selalu ramai-ramai dengan sedara mara di malam-malam raya. Mungkin tak feel sangat bila tengok beramai-ramai..sebab tu aku tak nangis tengok drama Pondok Buruk, Pondok Buruk 2, Quran buruk, Baju buruk, perangai buruk, semualah buruk di malam raya..

Tapi lepas habis tengok cerita tu dan kesat airmata aku terfikir. Aku memang senang simpati. itu juga sebabnya kenapa ramai yang ambik kesempatan kot.

Haih..aku nak pergi kursus motivasi supaya jangan senang sedih..

Monday, November 17, 2008

Naluri Seorang Bapak

Tengah hari tadi makan ke The Mall dengan Al-Kamarol dan Fakri. Aku suka bila hari mendung dan gerimis turun waktu tengah hari sebab tak panas untuk berjalan ke The Mall. Bukak jacket aku sebab taknak nampak over makan di tingkat 4. Hasilnya..seorang lelaki comel berbadan gempal berjalan memakai seluar yang ketat-metat.

Hari yang mendung tak mahu dipanaskan dengan cakap-cakap politik. Buat pertama kalinya aku makan dengan kawan-kawan Pemuda UMNO tanpa satu cerita politik pun. Aku diberi crash course- persediaan menjadi ayah. Padahal aku baru merancang nak kahwin..mmm..dengar je..

Hari ini aku belajar banyak benda baru;

1. Kalau isteri mengandung, tengok pada perut. Kalau lebar tandanya anak perempuan

2. Ada teknik-teknik (petua) sewaktu bersama dengan isteri untuk perancangan samada mahu anak lelaki atau perempuan. (teknik tak boleh diceritakan kerana agak lucah-tidak sesuai dengan blog aku yang dikategorikan U-untuk tonotonan umum)

3. Pasangan suami isteri digalakkan bersama untuk memudahkan proses kelahiran anak. Kata Kamarul sebab air mani lelaki boleh memecahkan air ketuban isteri. (aku rasa senang lahir sebab baby tu rimas + kecik hati sebab bapak dia tak sabo sabo nak usik mak dia waktu dia tengah tidur dalam perut)

3. Baby waktu lahir senang kembung. Kena pakai minyak Alfiat, Minyak Yu Yi, Minyak Bebyku..

4. Susu kena beli yang tin kecik dulu. Baby sangat cerewet. Selain dari susu ibu memang kena pilih yang paling serasi. Selalunya anak pertama kita kan pilih yang paling mahal (Anmum, Enfagrow S40/46,)- tak tentu baby suka. Kadang dia suka yang paling murah ( Dutch Lady).. anak aku banyak bunyi nanti aku bagi susu sejat F&N..hahaha

5.Bila dah ada anak-anak yang membesar (4-5 tahun), kena pandai pilih masa untuk bersama mamanya. Kadang-kadang bila sedang bergurau senda dengan isteri dan tiba-tiba anak-anak sibuk ketuk pintu bilik dengan pedang Thundercat pun potong jugak..hahahaha..

Mendengar cerita-cerita diorang aku jadi sangat teruja untuk menjadi ayah..mmm..lambatnya nak tunggu bulan Julai untuk menikah ni...mmm

P/S: Shireen mahu anak-anak panggil aku daddy, aku mahu jadi Walid..barula Arab..hahaha

Thursday, November 6, 2008

Melayu dan Gossip..





Bila kita nak berubah? Tajuk-tajuk utama berita sehari dua ni agak merisau dan merungsingkan aku. Tentang artis yang kena tangkap khalwat. Muka depan cerita tentang artis yang bergaduh laki bini di set penggambaran (ye, bukan typo, memang keluar muka depan). Kalau betul pun dia berkhalwat, haruskah digembar gemburkan berita itu?



Aku percaya bila artis lelaki tu mengatakan " Saya tak tahu dia di bawah. Saya diatas sedang bekerja". Aku yakin Norman jujur. Memang dia tak tahu yang Memey masih dibawah. Kawan-kawan ofis kurang percaya.


"Memanglah Norman kat atas, Memey kat bawah..hahahahaha".. ulas mereka. Aku tak kahwin lagi.. lambat tangkap. Tapi bila akhirnya dapat tangkap.. mmm..masuk akal jugak..hahahaha...



Tapi tolonglah. Akhbar punya tanggungjawab yang besar untuk melaporkan keadaan semasa. Berita-berita penting yang bukanlah bersifat gossip peribadi. Kalaupun ada jumlah peminat yang besar sekalipun takkanlah sampai letak di muka hadapan?



P/S: Editor tolong cerdik sikit, boleh?

Tuesday, November 4, 2008

Sayang tapi kena ajar..

Anak sulung tradisinya kena banyak beralah dengan adik-adik. Anak sulung juga harus jadi role model untuk adik-adik untuk berjaya. Selalunya anak sulung ada keistimewaan yang diberi oleh ibu bapa sebab anak pertama itu selalunya penambah seri dalam rumahtangga pasangan yang berkahwin. Aku anak sulung...


Tetapi kekadang privilege yang diperolehi anak sulung itu dipersoalkan adik-adiknya. Macam waktu aku dapat scooter waktu di universiti dulu, adik aku jealous. Waktu ibu bagi kereta dia pada aku waktu mula bekerja dulu, juga adik-adik aku jeling. Bila ayah menegur, ibu terkadang membela, adik-adik panas. Seronok jadi anak sulung.



Tetapi MELAYU sebagai anak sulung ibu pertiwi tidak seronok. MELAYU sebagai anak sulung sudah selalu dipersoalkan keistimewaan yang diberi semenjak zaman kemerdekaan dulu. Adik-adik sudah semakin berani, mengeluarkan statement-statement yang melukakan hati abang. Adik-adik Cina minta hapuskan hak istimewa abang, minta jawatan-jawatan abang,adik India tuduh abang sebagai sebab adik-adik India dipinggirkan di negara ini.


Ini masalah bila abang terlalu banyak beralah, terlalu banyak berkompromi..terlalu mahu jadi abang yang sayangkan adik-adik.
Hari ini UMNO di persimpangan. Kekal beralah dan hilang undi dan kepercayaan orang-orang Melayu. Atau tegas dan tanggung risiko hilang undi adik-adik.



Aku percaya ini semua berpucuk pangkal pada kepimpinan juga. Dulu waktu abang Det, dia tegas tapi penyayang. Adik-adik hormat, tak berani minta bukan-bukan. Tidak dengar bunyi adik-adik mengomel di belakang mempersoalkan keistimewaan Melayu. Bila lihat Abe Loh lembut, semua cuba pijak kepala. Semua sudah hilang hormat. Dan Abe Loh sebagai abang, kena sedarkan adik-adik ni semua, sebelum dia terus hanyut. Jika perlu tegur, tegur. Kalau perlu beri amaran, berilah. Kalau tak mahu dengar, piat telinga. Kena buat atas dasar sayangkan adik-adik.



P/S: Aku sayang adik-adik aku, tapi ada sekali tu sebab dia mengada-ngada sangat aku flying kick juga. Sekarang dia dengar cakap.

Monday, November 3, 2008

Penghuni Tingkat 4...

Banyak dengar cerita-cerita orang tentang tingkat 4. Aku kurang mahu ambil tahu kisah orang yang takde kena mengena dengan hidup aku. Tapi bila sudah melibatkan masa depan anak cucu aku, tidak boleh kompromi.

Jiran-jiran sebelah rumah juga bila sesekali bertemu depan lif untuk turun pergi kerja akan bercerita dan bertanyakan hal yang sama. Barangkali mereka perasan uniform Pemuda UMNO yang aku pakai maka mereka bertanyakan hal itu pada aku.

"Kamu tak boleh ambil tindakan pada mereka kah?"

"Jangan sampai masa depan anak-anak kita rosak sebab budak-budak Tingkat 4 ni" -Izran jiran tingkat 5 cakap dengan aku waktu jumpa di kafe Armanee semalam.

Aku angguk lemah. Kalau sudah takde sape yang nak tegur budak-budak tingkat 4 ni biarlah aku yang pergi.

Balik dari kenduri kahwin di Putrajaya malam tadi aku nekad. Aku mahu jumpa diorang semua. Meski pun mengaibkan dan aku tak tahu apa reaksi mereka jika aku menegur mereka. Maklumlah, mereka orang-orang 'besar' dan bergaji besar(aku rasalah).

Aku ketuk dan bagi salam pada mereka. Aku sampaikan yang ini bukan harapan aku seorang, harapan akak jiran aku, abang-abang yang anaknya baru masuk sekolah dekat rumah aku.

Rupanya di Tingkat 4 itu bukan seorang saja yang berkuasa di situ. Ada 10 orang besar yang mempengaruhi untuk mereka sama-sama buat keputusan itu.

Sebab mereka orang besar, aku kena cakap English;

"I'm sorry and a little embarassed to ask you this. Is it possible if you turn down the volume when you are watching that porn movie?"

Petang itu aku berkenalan dengan 10 orang besar dan warna hitam, jiran aku di Tingkat 4. Petang itu juga 10 orang budak Nigeria sengih-sengih dan mintak maaf..

1 lagi kejayaan Pemuda Barisan Nasional untuk masa depan anak cucu kita..

Debat atau tidak?

Satu tanggapan orang yang aku tak suka tapi susah/malas untuk betulkan ialah aku kaya. Sebab aku dalam politik, kenal dengan menteri itu,menteri ini. Kononnya aku sengaja tak mahu tukar kereta kerana mahu ‘cover line’, tidak mahu orang tahu yang aku banyak projek.

Perlukah aku mengangkat sumpah lahanat bahwa aku;
a) Tidak kaya
b) Tidak pernah dapat apa-apa projek
c) Tidak berniaga sama sekali
d) Kenal menteri-menteri tapi diorang bukan kenal aku pun

Aku memang minat politik sangat-sangat. Mungkin pelik bilamana dari darjah 4 bilamana kawan-kawan sekolah sibuk baca komik Doraemon, Pedang Setiawan, aku curi-curi baca Harakah ustaz ajar mengaji aku. Aku ambik buku-buku politik yang ayah beli. Dari situ aku sudah tanamkan semangat yang satu hari nanti aku mahu jadi ahli politik. Dari darjah 4.

Itu aku kira lebih baik, lebih rasional. Sebab cita-cita aku dari darjah 1 sampai darjah 3 mahu jadi penjaga gol England..

Jadi segala aktiviti yang melibatkan kepimpinan aku minat. Dari jadi wakil sekolah ke pertandingan bercerita kisah-kisah Al-Quran sampailah jadi wakil daerah untuk Pertandingan Bahas. Aku dulu takde darah gemuruh bercakap depan orang ramai. Aku kira, mahu jadi pemimpin harus pandai bercakap.

Tapi hari ini untuk jadi pemimpin bukan bercakap itu saja yang penting.

Kemampuan berdebat dan mempesonakan orang dengan hujah-hujah kau saja tidak cukup.

Tapi,tidak nafikan pentingnya skill itu untuk jadi pemimpin. Yang aku soalkan itu bukan nombor satu. Banyak lagi yang harus diberi prioriti. Niat, kewibawaan memimpin, jatidiri sebagai Politikus Melayu.

Dari sini kamu tahu dan boleh mengagak..aku kurang setuju diadakan perdebatan untuk memilih calon Ketua Pemuda. Kalau mahu menerangkan idealogi dan pendapat pun banyak forum atau method lain yang boleh diambil pakai untuk menyampaikannya. Kerna aku kira perdebatan terbuka itu akan hanya mendedahkan pekung di dada sendiri. Tidak dapat lari pasti akan ada yang emosi dan serangan-serangan itu akan hanya mengurangkan lagi minat orang kepada kita.

Proses pemilihan dalam UMNO ini adalah satu usaha untuk meyakinkan rakyat dan ahli UMNO bahawa kita mahu berubah. UMNO sedang membuat reformasi dalaman untuk membersihkan parti. Usaha ini telah dimulakan dari peringkat bawah, di cawangan dan bahagian-bahagian yang akan selesai mesyuaratnya minggu depan. Aku rasa perdebatan terbuka ini akan hanya mengeruhkan lagi pandangan orang pada kita.

P/S : Kurang bercakap tapi lebihkan gerak kerja kan lebih baik?

Friday, October 31, 2008

Harus Tambah Kekerapan ke Gym..

2 malam sudah aku kena babysit 2 orang anak sepupu aku (Dura). Dia ada dinner dan takde sape nak jaga 2 anak lelaki dia.Aku setuju sebab;

1. Aku suka budak-budak di bawah umur 5 tahun (5 tahun ke atas dah terlalu banyak tanya soalan. Aku tak suka ditanya bertubi-tubi. Shireen tahu ini)

2. Perlu latihan menjaga budak sebab aku nak kawin. Nak ada anak sendiri. Kalau anak orang mungkin boleh dibuat eksperimen terjatuh kepala dulu atau terbuat susu panas. Anak sendiri aku taknak.Sayang... hahaha

Dura hantar Akid dan Abas ke PWTC jam 6.30 petang. Aku baringkan Abas (9 bulan) di car seat belakang sementara Akid (3 tahun) duduk sebelah aku di depan. Akid suka cakap English dulu, tapi sebab Dura hantar nursery dia dah jadi sangat Melayu. Aku cakap english, dia balas Melayu.Hmmm..

Sebab aku tak mahir dan takut terhilangkan anak orang, aku tak jadi bawak ke Curve.(perancangan asal nak dinner dengan Shireen dan budak-budak kat sana). Sebaliknya aku pilih Rasta di Taman Tun sebab kawasan yang ada pilihan makanan untuk bebudak dan takde jual barang-barang mainan yang memungkinkan Akid menangis guling-guling mintak beli mainan.

Aku order Crispy beef Burger untuk Akid. Dia makan roti cicah dengan mayonaise je. Abas Shireen suap nasi yang dipicit halus dengan kuah sup sikit. Aku tak pasti Dura dah ajar anak dia makan nasi ke tak tapi Abas macam suka je nganga. Oklah tu.

Sampai rumah Akid dah mintak-mintak pasangkan dvd kartun dia. Aku pujuk ajak mandi dulu dia taknak. Aku ingat lagi first time babysit diaorang bulan puasa dulu aku end up tgk Shrek ulang-ulang dari 3 petang sampai 10 malam. Tapi tetiba dia hilang. Menyorok belakang tangga. Rupanya dia berak. Dia berkeras taknak aku basuhkan, nak tunggu mummy balik kata dia. Aku separuh lega. Aku dah terbayang kengerian membasuh berak orang lain. Aku ni dahlah memang penggeli yang melampau. Kalaulah ada orang sanggup basuh berak aku pun memang aku sanggup gajikan jadi pegawai khas aku. Dan bagaimana aku selalu tahan taknak ke tandas waktu siang di bulan ramadhan sebab tak boleh melepas sambil hisap rokok. Ada sekali 5 tahun dulu aku degil, taknak dengar instinct hati, aku cuba juga melepas walaupun tak boleh hisap rokok di siang ramadhan, hasilnya aku tak puasa juga sebab termuntah yang bukan sikit. tak tahan bau xxx sendiri. mmmmm

Tapi naluri kata tak betul apa yang aku buat. Takkan nak biar budak 3 tahun pakai pampers penuh najis. Hmm.. Lepas berjaya pujuk Akid untuk basuh berak (aku umpan dia dengan PS3)aku biarkan dia dengan game sementara aku main-main dengan Abas. Aku pelik bilamana dia sanggup cuba berdiri untuk mencapai tetek aku. Sekali dua aku biarkan, tetapi bilamana dia usik tak henti-henti 10 minit aku tahu kini; Tetek aku seorang lelaki dah sama besar dengan tetek mak dia.. Arrrggghhhhhh!!!

Pukul 11 Dura sampai untuk ambil balik anak-anak dia. Apa yang aku dapat selepas 5 jam bersama budak-budak tu? Aku dapat rasa aku akan jadi daddy atau mummy yang baik nanti. Aku nak jadi daddy. Maka aku harus lebih kerap ke gym untuk hilangkan tetek lelaki aku ni.

P/S; Fitness first takde senaman hilangkan tetek ek?

Nikmat dan Kesenangan di mata aku

Hidup bukan segalanya untuk duit, tetapi untuk hidup perlu ada duit! Ada orang kaya kata dia kaya melampau tapi tidak bahagia. Aku pula rasa kalau ada duit senang sikit mencipta bahagia. Manusia itu mahunya berbeza-beza. Keperluan dan kemahuan itu sangat tipis garis sempadannya..

Sudah berpuluh buku motivasi yang aku baca tentang orang-orang yang berniaga dan berjaya. Rata-rata melalui zaman yang susah dan naik berdikit-dikit. Banyak karekteristik mereka ini sedang aku cuba praktikkan. Cuma mungkin belum diizinkan Allah untuk aku kaya. Mungkin juga kekayaan itu akan hanya melalaikan aku? Atau menjadikan aku seorang yang angkuh dan riak?

Aku juga tidak bercita-cita mahu jadi seorang yang kaya melampau. Tidak perlu berguni-guni duit didalam beg tidur, atau bank statement yang sampai setiap bulan bernilai 7 angka. Aku tidak mahu.. kerana itu semua akan hanya menghilangkan nyenyak tidur aku. Tapi teringin juga mahu rasa bagaimana rasanya tidak perlu risau tentang dateline bayar sewa rumah, ansuran bulanan kereta. Teringin untuk bawa ahli keluarga makan sedap-sedap ramai-ramai di Mandarin Oriental..sekali-sekala.. Mahu beli baju di butik-butik di KLCC yang selama ini aku lihat dari luar saja.( Kau perasan tak salesman/girl di butik butik mewah ini seakan-akan judgemental..memandang lekeh pada mereka yang mungkin disangka bukan orang kaya)..


Aku sudah 28 tahun.. ayah sudah 53 tahun, ibu 52 tahun. Aku sejak balik umrah haritu sudah pasang cita-cita mahu bawa ayah,ibu,adik-adik, opah dan isteri aku menunaikan umrah dan menginap di Hotel Hilton.. mahu mereka selesa beribadat..dekat amat dengan masjid.. atau duduk di Zam-zam tower hotel.. yang mana kau boleh lihat Kaabah dari dalam bilik.. pasti menginsafkan.. bukan mahu bermewah-mewah atau berlagak.. cuma itu impian aku yang paling utama..

Kawan-kawan, doakan rezeki aku murah.. aku selalu berdoa..mungkin jika kamu doakan bersama akan lebih cepat lagi? Amin..

Wednesday, October 29, 2008

Loya, Batuk & Jerawat...

Seminggu dua ni aku selalu rasa down. Senang rasa marah. Entah mengapa selalu tidak ada mood. Diikuti pula dengan batuk yang sudah hampir 2 minggu. Batuk macam nak mengeluarkan beruang dalam perut. Sekali dua ada timbul rasa loya-loya.

Jerawat di muka masih belum ada tanda-tanda mahu berhenti. Aku sudah malas mahu bereksperimen membeli pencuci muka ataupun krim sapuan malam sebelum tidur. Kau nak timbul sangat atas muka aku.. sukati kaulah..

Sesekali teringat juga apa yang ustaz aku jumpa waktu raya tu katakan.

"Ada orang yang nak mencuba kamu ni..kena cari pendinding"

Tak mahu cerita panjang pasal ini;

1. Takde bukti dan aku tak mahu ada perasaan syak wasangka.
2. Aku bukanlah best sangat/popular sangat/ berjawatan sangat sampai ada yang mahu memusuhi.
3. Biarlah orang nak buat apa pun. Aku tahu aku jujur, ikhlas berpolitik.

Tapi ikhlas dan jujur berpolitik ni boleh mengelak dari ilmu tuju tuju hitam kah?

Kononnya orang tu pasang paku pada muka supaya ramai membenci. Supaya jodoh tidak kuat/panjang. Supaya apa yang aku usahakan tidakkan berhasil. Mmmm...

Musykil bilamana dalam zaman sekarang ini masih ada yang menggunakan sihir untuk mencapai maksud sesuatu itu. Apa jika aku ada salah sekalipun dengan kamu sudah tidak boleh bincang? tidak boleh berunding lagi? Tambah pula dengan sesama bangsa kamu? Seagama kamu?

Takpe..aku redha dengan ujian ini. Insya Allah, Allah tahu apa yang aku kerjakan dan apa yang kamu kerjakan. Takutlah kamu akan pembalasan Allah..

P/S; Aku suka minum kopi hitam pekat.. tapi ilmu hitam pekat ini memenatkan..

Monday, October 27, 2008

Malaslah..

Dulu waktu budak-budak, kalau ada orang cakap Melayu malas aku tumbuk hidung dia. Kalau orang tu besar dari aku (amat jarang sebab aku antara yang terbesar kat sekolah aku)aku tak tumbuk, aku bayangkan je seronoknya kalau aku belajar muay thai dan dapat tumbuk dia.

Sebabnya;

1. Aku sangat tebal melayunya. Maka amarah akan datang jika ada orang yang hina bangsa sendiri. Apatah lagi jika mereka itu sebangsa denganku.

2. Sebab waktu kecik dulu aku sangat rajin. Aku rajin belajar. Rajin baca buku. Rajin mengaji quran.

Tapi bila dah besar ni.. bila sudah terlalu sibuk..aku cemburu tengok orang yang banyak masa. Boleh bermalas-malas. Boleh jalan dengan kawan-kawan pegi tgk wayang atau melepak di kafe-kefe dan kelihatan sangat kool minum air 15 ringgit dan lepak 8 jam sambil gelak-gelak.

Semalam aku dapat curi masa. Pagi semalam aku pergi Fitness First, bayar hutang lama sebab tak bayar lama dah. Ingat aku nak batalkan je membership tu sebab aku bukan pergi pun.. tapi bila dah ramai sangat yang tegur perut aku makin membuyung, aku malu. Bila ada mulut-mulut jahat yang tanya " Bila due date you?".. "Anak sulung ke?" sambil mulut tersenyum menjuih ke perut aku. Hoi.. mana ada lelaki mengandung! Kalau perut aku besar pun, kau sibuk apa? Bukannya aku ambik duit KWSP mak kau atau curi duit tabung haji kau beli nasi!..

Eleh, aku cakap je macam aku tak kisah apa orang cakap, tapi sebenarnya aku kisah..hahaha.. sebab dah malu sangat..aku pun pergilah gym sambil ditemani oleh teman wanita yang sangat supportive. Dia masuk kelas, aku dengan langkah yakin pegi ke treadmill.. tgk orang kiri kanan jogging laju laju.. aku cuak. Lepas tu siap ada yang berlari dengan kelajuan yang tinggi lama-lama..sambil sekali sekala tengok aku dengan muka bangga. Aku tenangkan hati.. aku jalan pelan-pelan.. 4.0.. pergh..selamba je.. buat tak tau pada pandangan mereka sambil tgk tgk tv.. dahla aku tak bawak earphone..so memang buat buat paham tgk skrin padahal tak dengar apa-apa.

Lepas 7 minit aku rasa nak try lari pulak.. aku set kan ke 10.0 speed dia dan resistance 5.0... lepas 1 minit 12 saat aku dah mencungap tekan stop. terus pegi minum air.. buat buat baca paper lama.. hahahaha...aku gemuk dan tak larat rupanya..

Naik atas intai gf aku dan gf-gf orang lain dekat classroom.. macam best je senaman + tarian + martial art diorang.. bila dah rasa macam pervert sebab ada sorang dua yang dok pusing tgk aku kat belakang tu aku pergi main weight. Itu pun macam tak larat sangat.. buat 2 set je dah sengal-sengal tulang. Nak kena cari susu Anlene ni..

Aku habis awal semalam..shireen tak siap lagi. Makanya aku merayau-rayau baca buku free kat Border dan MPH.. lama tu.

Balik dari Curve pegi tgk anak abang Fazley yang patah kaki sebab main monkey bar.. bahaya rupanya benda tu.. nasib baik aku memang bangsa gayat..makanya permainan yang melibatkan ketinggian memang aku tak sentuh dulu. Sampai Armanee pukul 5, main game PES 2009 yang baru beli..lepas Maghrib aku dinner dengan Shireen di Kota Damansara..beli dvd dan aku balik tgk Liverpool menang dengan Chelsea..demm.. seri je tak boleh ke?? Kan dah susah team M.U aku nak kejar?

Lepas tu aku tgk DVD Prison break.. sampai tertidur... bestnya satu hari yang penuh dengan bermalas-malasan.. sangat best..

p/s : Selamat Hari Deepavali pada kawan kawan berbangsa India..terutama pada Pemuda MIC dan PPP... nak pegi makan tose kat rumah T Mohan(Ketua Pemuda MIC Malaysia) malam karang.. yeayyy...

Friday, October 24, 2008

Kad Nama Politik Hari Ini..

Semalam lepas sepetang bersama Suji dan Rofaie (Naib Ketua Pemuda UMNO Temerloh), jumpa Ijan, Anas dan Fahmi di Gerai Ikan Singgang belakang Jalan Tunku Abdul Rahman. Sembang-sembang politik Temerloh. Ijan tunjukkan kad-kad calon yang bertanding AJK Pemuda Bahagian. Dalam banyak banyak tu aku terpanggil dengan seorang mamat ni.

(contoh) Nama : Abdul Hadi Bin Tok Muda Zulkarnain.

Aku rasa kelakar. Nama ayah dia Tok Muda Zulkarnain kah? tanya pada mereka..

"tak..tu jawatan bapak dia"...jawab Suji..

Maknanya trend sekarang kita boleh tukar nama bapak kita sesuka hati mengikut jawatan atau pun pangkat dia.. maknanya nama penuh aku sekarang;

Mohd Shahriza SUK Pemuda BN Malaysia Bin Hj Kontraktor Amir Shariffuddin.. Haha..

Bayangkan kalau anak MB yang bertanding.. Suji Nordin Bin YAB Menteri Besar Nordin.. politik kini makin songsang. Things that people do to attract attention and to get that extra votes?

P/s; Harap-harap aku tidakkan masuk dalam golongan itu. Amin...

Wednesday, October 22, 2008

Songsang Politik

Pagi tadi dalam perjalanan ke PWTC aku dengar radio Melayu. Sudah lama tidak dengar radio-radio swasta siaran melayu.. Sudah makin banyak tumbuh..yang ada juga walau siarannya berbahasa melayu nama stesennya dalam Bahasa Inggeris. Untuk apa? Marketing untuk penduduk luar? Adakah yang faham bahasa Melayu kita itu?



Semakin tidak faham bila dengar suara juruhebah sekarang. Suara tidaklah sedap mana, ilmu pula tidak setinggi mana..jadi banyak bebelan-bebelan murahan yang mungkin pada orang kita menghiburkan.. tetapi langsung tidak memberi nilai tambahan kepada hidup seharian. Aku diberitahu teman, untuk jadi juruhebah sekarang tidak perlu bersuara lunak mahupun sedap. Cukup dengan paras rupa yang kacak atau cantik, ditambah pula dengan populariti kerna mungkin pernah masuk satu dua rancangan realiti murahan. Apabila tidak laku untuk buat album atau main wayang, kita cuba pula salurkan mereka kepada radio-radio swasta ini.



Maaf-bukan mahu menghina kualiti mereka-mereka yang hebat hari ini. Cuma aku rindu Kak Yong, aku rindu Omar Bin Ahmad, aku nak dengar suara Gary, Yasmin Ahmad mahupun Kudsia Kahar. Yang ada hari ini ramai yang lebih suka melawak keterlaluan, gelak yang kuat-kuat walaupun tidaklah lawak mana, dan menjerit-jerit. Meleret-leret bualan dengan bahasa pasar dan rojak yang entah dari mana asal usulnya.



Begitu juga senario politik hari ini. Dulu kalau mahu naik kena buktikan kemampuan memimpin dahulu. Naik dari peringkat kampung, daerah, negeri baru ke pusat. Diajar supaya bertatih-tatih. Sudah banyak jasa di cawangan baru diangkat jadi ajk di bahagian. Kalau bagus lagi dipilih jadi ketua pemuda bahagian. Kemudian jadi Adun atau Ahli Parlimen. Sekarang ini lain.. kamu tunjuk kamu hebat (banyak duit / popular / atau rapat dengan pemimpin atasan) kamu akan diangkat..orang-orang di bahagian akan diberi 'wahyu' bahawa ada pemimpin ulung akan balik untuk mengetuai kamu semua di kampung kamu..kerana di kampung kamu tidak ada yang bagus maka harus dihantar pulang seorang 'anak keramat' untuk membantu kamu.



Oleh sebab itu politik hari ini sudah hilang serinya. Ramai pemimpin yang ada di bahagian-bahagian hari ini bukan dihormati atau disegani kerana ilmu dan jasa. Sebaliknya ramai yang lebih bertuankan duit dan harta benda. Kerana itu bila pemimpin sekarang bicara soal perjuangan, yang di bawah sini menjuih mulut, kerana cerita-cerita tentang tender-tender dan projek-projek kamu memang kami ketahui. Kamu minta kami berjuang atas nama parti keramat, parti sahsiah kita..
keluarkan wang ringgit sendiri, keluarkan masa dan kudrat tenaga..sebab apa? Sebab untuk menguatkan lagi kamu di atas sana?



Bangkitlah wahai anak bangsa.. sedang kita sibuk bertelagah sesama kita, bangsa-bangsa lain sibuk mengambil kesempatan atas kemelutan kuasa yang kita cipta sendiri. Hari ini sudah ada yang berani menyeleweng sejarah mengatakan bahawa Melayu juga pendatang!!. Hari ini sudah ada bangsa yang minta kerusi Timbalan Pengerusi BN diberi kepada kaum mereka!!. hari ini sudah ramai yang bangkit mempersoalkan biasiswa anak-anak kita!!. Lama mana lagi kita harus bersabar? bangkitlah wahai Melayu..sebelum kita sendiri tewas di tanah air berdaulat ini. HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU!

Tuesday, October 21, 2008

Tun Mahathir vs Pak Lah?

PM bidas Mahathir (Utusan Malaysia- 19 Oktober 2008)
KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.


Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.
“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?
“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.
“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.
“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.
Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.
“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.
“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.
Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.


“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.
“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.
Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.
“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.
“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.
Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.
“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.
“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.
“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.
Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.
“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?
Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.


Sehari dua ni banyak kenyataan akhbar yang menghentam Tan Sri Muhyiddin, terutamanya dari Presiden UMNO dan juga orang-orang rapatnya. Juga telah ada usaha-usaha yang sistematik untuk membunuh karektor beliau. Banyak sms-sms yang aku terima dari nombor tidak dikenali. Antara kandungan sms tersebut seperti berikut;


" UMNO dalam bahaya! Org luar sedang mencatur kita! Kononnya akar umbi sudah tidak boleh terima lagi! Sebenarnya Muhyidin dah tak sabar nak jadi timbalan perdana menteri! konspirasi peringkat tertinggi! Raof beruang jadi balaci.. Tun Mahathir senyum sendiri! UMNO sudah DIKHIANATI kerana Muhyidin bijak atur strategi! 1.PM De facto- tun Mahathir, 2. PM in the making- Muhyidin.. 3.PM in the dream - DS Najib.. ini semua ngkara Muhyidin yg keji. DS Najib perlu berhati-hati! Teori RAHMAN atau RAHMAM! Selamatkan UMNO ini..hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..!"


Secara jujur aku simpati dengan TS Muhyidin. Ini tradisi buruk ahli UMNO. Terlalu ramai yang meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat. Apabila projek, tender dan kedudukan jadi faktor kesetiaan, ini akan menjadikan individu itu membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap segala teguran dan pandangan yang membina parti tetapi mengkritik kepimpinan sedia ada.



Dalam ulasan awal sebulan lepas ada aku nyatakan bahawa tarikh pindaan Mesyuarat Agung itu akan hanya membuatkan lebih banyak unsur-unsur negatif yang hadir. Akan ada unsur-unsur membeli undi perwakilan, politik wang akan bermaharajalela. Maka jangan terkeliru dengan corak trend pencalonan hari ini. Calon yang menang dengan undian di 'floor' tidak semestinya akan menang nanti. Akar umbi mungkin mahukan mereka, tetapi yang mengundi nanti cuma perwakilan yang seramai 2 orang dari pemuda atau 7 orang di peringkat bahagian.



Mengapa cuma TS Muhyidin yang diselar? Sedangkan ramai ahli MT yang bersetuju dengan pandangan supaya mesyuarat agung dan pemilihan parti dikekalkan pada bulan Disember.. Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya semalam turut bersetuju dengan pandangan Tan Sri Muhyidin. Jadi mengapakah Muhyidin seorang yang dikecam? Ada agenda tersembunyi untuk membunuh karier dia kah? Mmm...



Ramai pihak pula yang menganggap kenyataan Pak Lah tentang Dato' Seri Ali Rustam akan hanya "backfire" dan menyukarkan lagi peluang Ketua Menteri Melaka itu untuk mendapat pencalonan. Adakah ini satu lagi teori untuk mengenepikan satu calon Timbalan Presiden agar sokongan semua akan hanya tertumpu kepada satu lawan satu? TS Muhyidin lawan TS Mohammad Mat Taib? Bukankan TS Mat Taib juga orang Pak Lah? Kenapa tidak disebut nama beliau?



Seharusnya dalam politik perlu ada ruang dan kebebasan lebih bagi akar umbi dan juga kepimpinan UMNO untuk meluahkan pendapat. Jika semuanya bersifat YES Man, ianya hanya akan membunuh parti dan rakyat yang sudah pun kurang berminat dengan kita akan lebih meluat. Sebab itu pemimpin yang dilihat tidak tunduk membabi buta kepada pucuk pimpinan dilihat sangat popular dengan rakyat. Lihat sahaja pencalonan TS Muhyidin untuk Timbalan Presiden, Dato' Seri Hishammuddin untuk Naib Presiden dan Dato' Mukhriz untuk Ketua Pemuda. Inilah muka-muka yang dilihat akan lantang dan berani untuk menyatakan apa yang benar demi kepentingan rakyat.



Tun Mahathir pula sudah sebati dengan ahli UMNO. Meski sudah tidak bersama UMNO, pandangan beliau masih harus diguna pakai. Kalaupun tidak diambil semuanya, sekadar dengar dan hormati saja sudah memadai. Tidak ada sesiapa akan pandang lekeh jika kita sedikit tunduk mendengar pandangan orang yang sudah banyak berjasa pada negara.



P/S : Ramai yang kata mahu dengar cerita macam dulu, cerita cinta dan peribadi saya. Maaf semua, akan lebih banyak cerita politik berbanding peribadi saya selepas ini di blog ini. Demam musim pemilihan...

Thursday, October 16, 2008

Rat Race..

It is interesting to see the title race for Ketua Pemuda UMNO Malaysia. So far only a quarter of the total 191 divisions have conducted their meetings. From 73 divisions, 40 nominated YB Datuk Mukhriz Mahathir, 20 went to YB Khairy Jamaluddin, 12 to YB Datuk Seri Dr Khir Toyo and Dato' Zahidi Zainul Abidin managed to get away with only 1 division..his own division.
After the political tsunami in March, Khairy was blamed for the overall performance of Barisan Nasional. I personally think it was unfair to accuse him of the bad results. He kept a low profile, at some point the were romours that he was going to resign. Instead he built up his image, was seen to be more humbled and friendly to many parties. This however did not go well with certain quarter of the Youth members.
Meanwhile, in the main body there were movements led by few senior UMNO figures to challenge Pak Lah at the party election. Pak Lah then announced a new transition plan that would see DS Najib taking over as PM in 2010. It somehow softened up the angry voices. Then came Permatang Pauh by election. As Deputy to Dato' Seri Hishammuddin, it's KJ's task to lead the Youth election machinery to the battleground. His graph started to rise again. He was well accepted by Pemuda and the people. His ceramah sessions were packed with even pakcik and makcik kampung. Dato' Mukhriz was also seen at Pemuda's functions but was not as popular. DS Khir was nowhere to be seen..well at least not in the Pemuda's Command centre.



When BN lost with even bigger majority, again people put the blame on Pak Lah and Khairy. Although Pak Lah was not directly involved in the by-election, he was blamed for the weak leadership. This time around there's nothing that Pak Lah could do. MT then decided to postpone the UMNO general election til March and Pak Lah announced he was not going to defend his President post and would like DS Najib to take over.
Did Pak Lah's decision to step down influenced the delegates not to choose KJ as the new Ketua Pemuda? Or the political tsunami is happening again within UMNO? I personally think that we should give back the power of choosing our leader to the grassroot. When a few leaders were seen to be placed by the top leadership, the grassroots were denied their rights in choosing their leaders. It ends now.
I have the liberty to know 2 of the main contender for Ketua Pemuda personally..I adore Dato' Mukhriz. He has inherited many good qualities from his father, Tun Dr Mahathir. A very humble and soft spoken leader, he didn't get much coverage on the mainstream media, but when he goes down to the ground, it is not a wonder why people could easily idolized him. And words spread very fast in Pemuda. To them Mukhriz speaks the Pemuda language.
Khairy is a young, talented but somehow controversial leader. There were many rumours flying around about him and his method in rising to where he is now. But in many meetings that i attended, he never ceased to amaze me with his sharp mind and excellant oratory skills. Had he not been Pak Lah's son in law, he would have still made to where he is today. It would probably take longer time, but he'd eventually get there.
Well, we have another 3 weeks or so for nominations. I think KJ and even DS Khir would easily get enough nominations to be eligible to contest for the post. Let's just hope that everyone would cast their vote with an open heart and mind, for the future of our party and country. There are many factors how one can form a decision..let's hope emotion isn't one of it.
P/S: All the best to my abang Mukhriz and abang KJ. Looking forward to working with you...if you'd still have me.. haha

Wednesday, October 15, 2008

Pemuda Subang dan Barisan kepimpinannya..

PENGERUSI TETAP
AZMAN BIN MOHD RASHID :207
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
MOHD ALI BIN SAMSUDIN :216
KETUA PEMUDA
HARRISON BIN HASSAN :224
NAIB KETUA PEMUDA
CHE RAMLI BIN TAUSA :237
AHLI JAWATANKUASA

1. IZNAN SAFFRIZAN BIN ALI AMBERAN : 299

2. FIRMANSYAH AANG BIN MUHAMAD : 282

3. MOHD SHAIFUL AZHAM BIN ROZALI : 255

4. ZAIDI BIN IBRAHIM : 250

5. MOHD MAHZUZ BIN AHMAD : 247

6. SAIFULANUAR BIN AINI @ ZAINI : 202

7. AMIRUDDIN BIN HAIRUDDIN : 192

8. AHMAD NIZAM BIN SHEIKH OMAR : 189

9. MOHD FAHEEDI BIN AILIAS : 186

10. SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB : 184
11. MD JAAFAR BIN BAHAMAN : 179

12. KOSIM BIN IBRAHIM : 177

13. HJ. SHAHRIZAL BIN MOHAMMAD : 175

14. FAKHRUL-AZMI BIN MUKIP : 159

15. MAZALAN BIN ABDUL MANANN : 130
'Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah, jauhkanlah aku dari hasad dengki, nafsu amarah dan prasangka buruk diri sendiri dalam menulis ini. Janganlah kau masukkan aku dalam golongan orang-orang yang fasik..Amin Ya Rabbal Alamin...'
Ini barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang untuk penggal 2008-2011. Tahniah kerana berjaya menempatkan diri mewakili kami semua. Membawa wadah perjuangan baru, suara anak muda ke peringkat yang lebih tinggi. Untuk menjadi Melayu Glokal cabarannya maha besar dan ini langkah pertama kamu untuk mengubah mentaliti anak bangsa kita.
Tapi hati sedikit terdetik bilamana melihat senarai jumlah undi dan barisan kepimpinan ini. Warna biru itu adalah undi yang diperolehi Harrison dan Ramli. 224 dan 237. Maknanya paling ramai perwakilan yang yakin pada gandingan regu Harrison-Ramli adalah seramai 237 maksima. Selebihnya akan pergi kepada regu Rafik-Don. Lihat pula senarai AJK Pemuda yang 5 tertinggi. Semuanya mendapat undi lebih daripada Harrison mahupun Ramli. Yang paling tinggi undinya 299. Keseluruhan perwakilan berjumlah 336, maka peratus yang menyokong beliau adalah 97% dari perwakilan. Maknanya hampir kesemua yang hadir itu menyokong dia. 3% itu juga saya pasti menyokong beliau, cuma mungkin mereka terbalik awal sebelum mengundi ataupun tersilap undi yang memungkinkan dijadikan undi rosak.
Aku tidak mengatakan yang mereka berlima main dua kolam. Tidak juga menuduh yang nama mereka berlima ada dalam 2 chai. Tapi melainkan mereka ini sangat popular, sangat tinggi akhlak pekertinya, sangat banyak jasa-jasanya sebelum ini..ikut akal logik memang mustahil mereka-mereka ini boleh menang sebegitu besar. Seolah-olah kedua-dua pihak yang bertanding sangat menyukai mereka ini sehinggakan walaupun nampak sudah berpihak pada Harrison mahupun Rafik, nama mereka masih dibawa kedalam senarai..mmmmhhhh.. bagaimana mahu tidak terdetik hati bilamana tahu malam sebelum pengundian ada sekumpulan kecil dari kumpulan kami yang bertemu Rafik di Idaman? Mungkin juga pukul 4 pagi di Idaman itu sangat tenang untuk mengeluarkan idea-idea untuk chai biru?
Pengerusi tetap dan Timbalannya, Ketua dan Naib, Ajk seramai 15 orang.. maka jumlah semuanya 19 orang. Yang berwarna purple itu adalah 2 wakil dari Bkt Lanjan. Aku cuba untuk tidak mewujudkan sentimen Dun.. tapi keputusan kali ini sangat menghampakan untuk DUN kami. Shoib dan Azmal yang nampaknya seperti ada keupayaan bawa suara orang muda tewas. Dengan jumlah undi yang maha jauh dengan yang menang. Sampai bila lagi Pemuda DUN Bkt Lanjan akan terus-terusan menjadi kambing hitam? Tidak ada yang baguskah dari DUN kami?
Apapun aku yakin pada Harrison. Sebagai bekas Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Exco Pemuda UMNO Malaysia sekarang, anak didik emas Dato Seri Hishammuddin, tentu ada formula yang akan beliau gunapakai untuk menstabilkan kembali keadaan, menyatukan balik Pemuda Subang. Mahu mengaku atau tidak, di setiap kali pemilihan pasti ada yang terasa hati, merajuk mahupun marah..sudah tidak mahu lagi bersama sama UMNO. Kepada semua..ini hanyalah peringkat awal perjalanan kita. Yang penting adalah menyatu padukan kembali anak-anak Melayu. Jangan terlalu terbawa emosi..buang yang keruh ambil yang jernih. Kita rapatkan barisan, kita pertingkatkan balik martabat Pemuda Subang, kita tawan balik DUN Kota Damansara, Bkt Lanjan dan Parlimen Subang. Kita tawan balik Selangor!

Ini yang terakhir cerita tentang Pemilihan di Subang. Kita lupakan episod sedikit hitam ini. Kita pandang ke depan. Banyak kerja yang sudah menanti kita. Selamat Berjuang dan berkhidmat semua...

Tuesday, October 14, 2008

Orang jahat bermuka-muka dalam kumpulan sendiri...

Hari Sabtu lepas aku berkampung di Kelab Golf Rahman Putra. Hari pembalasan untuk para perwakilan menentukan nasib pihak-pihak yang bertanding. Samada gerak kerja Harrison selama 4 tahun itu cukup untuk meyakinkan berbanding janji-janji yang diberi oleh Rafik (Rafik kurang bersama program-program Pemuda Subang sepanjang tempoh 4 tahun itu).

Tiba dalam pukul 2 petang.. baru ada sekumpulan kecil perwakilan yang tiba mendaftarkan diri. Aku ke hulu ke hilir bertemu kawan-kawan lama. Dan mudah untuk aku masuk ke dua-dua kem. Aku menyokong dan kempen untuk Harrison sebagai Ketua Pemuda. Tapi aku menyokong Don untuk Naib Ketua, biarlah apa orang nak kata. Tidak luak pun aku dengan kata-kata mereka. Meski sudah ada persefahaman awal untuk gandingan Harrison-Cikgu Ramli, aku sangat tidak selesa dengan pendidik itu. Yang telah secara terang menikam aku dari belakang. Mengadakan mesyuarat semula Pemuda cawangan aku tanpa memaklumkan aku. Terlalu kasihkan Ibrahim kononnya. Itulah masalahnya jika Pemuda senang digula-gulakan..

Menanti ketibaan Dato Mokhtar untuk perasmian mesyuarat saja sudah 2 jam lebih. Pukul 4.30 petang baru perasmian bermula. Sudah terbayang yang semuanya hanya akan selesai pagi nanti. Sudah pukul 6.45 petang baru Pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia dibuat berdasarkan kiraan tangan. 3 dari 4 calon yang berminat dicalonkan..dimulakan dengan YB Dato Seri Dr Khir Toyo, YB Dato' Mukhriz Mahathir dan YB Khairy Jamaluddin. Akhirnya nampak jelas di Subang bahawa Dato Mukhriz Mahathir sangat dikehendaki akar umbi di Subang setelah berjaya dapat 199 undi sedangkan undi kedua yang lain jika dicampur sekalipun cuma dalam 70 undi.

Selepas solat Maghrib, proses pembuangan undi dimulakan. Dengan sejumlah 102 cawangan yang terlibat, proses itu mengambil masa 3 jam juga untuk selesai. Aku mundar mandir, cuba membaca riak para perwakilan sewaktu mahu membuang undi. Tambahan pula terdengar desah desir ada senarai baru warna biru yang diedarkan sejurus sebelum pembuangan undi. Yang cuba menumpang populariti Harrison untuk menyelitkan nama mereka masuk ke dalam senarai yang diundi perwakilan. Biarlah.. jika mereka tidak jujur dengan semangat setiakawan sendiri lantas tergamak mencantas nama kawan-kawan yang lain..biarlah.. akan ada pembalasan untuk mereka-mereka yang khianat ini.

Hampir pukul 2 pagi proses pengiraan selesai..Seperti yang dijangka Harrison menang besar. 229 undi menewaskan Rafik yang mendapat 91 undi.. Ramli 237 undi pula mengalahkan Don yg mendapat 79 undi. Bila keputusan senarai AJK dikeluarkan, aku sudah dapat membaca keputusan-keputusan upset yang akan keluar. Zulsharif, Shahril, Shoib,Azri dan Cikgu Zaidi tewas dengan keputusan agak sama...80 ++ undi dan Zaidi Brutal gagal jadi perwakilan G2. Tahniah kepada yang buat kerja sulit itu. Kamu-kamu memang hebat.. memutar belitkan situasi untuk kegunaan kamu-kamu sendiri.. Takpe.. seronok dan berbahagialah kamu di sana.. kerana kebanyakan kamu memang setakat itu sajalah kareer kamu dalam politik..Kepada 6 orang yang tewas, jangan putus asa.. Orang semua nampak dan sedar permainan kotor mereka..dan kepimpinan Subang juga pasti akan bawa kamu bersama.. kita buat kumpulan baru.. kita yang setia dengan Harrison ini akan jadi kumpulan back benchers yang akan jadi mata dan telinga untuk Harrison..dan suara kita akan lebih kuat untuk tegur AJK-AJK yang tidak buat kerja.. terutama yang sibuk mainkan kamu dulu... Untuk pengedar chai biru..kami tahu siapa kamu.. hahahaha...

Monday, September 29, 2008

Aidilfitri

Hari ini hari terakhir bekerja. Semangat sudah hilang..hati sudah terpanggil panggil mahu pulang. Sudah terbayang keseronokan berhari raya di Bagan Dato'. Mahu bersama membakar lemang (lebih kepada memberi sokongan moral sebab aku memang tak tahan jaga api) Mahu bayar zakat fitrah dan bertakbir di malam raya. Mahu tengok orang main meriam buloh/besi di masjid Parit Lima (duduk jauh jauh sambil tutup telinga- aku anti keganasan..jadi bunyi bunyian yang kuat agak menakutkan sebenarnya..haha)
Selalu orang kata, sudah makin tua sudah makin hilang seri beraya. Aku tidak setuju. Hari raya Aidilfitri masih lagi cuti kegemaran aku. Memang setiap tahun aku sangat teruja bila mahu berhari raya. Mahu mencium tangan ayah ibu di pagi raya.. Mahu tengok muka adik-adik dan sepupu yang seronok bilamana dapat duit raya dari aku. Mahu berkonvoi 10 kereta pergi rumah sedara mara..(kami memang ramai..sekali pergi rumah sedara memang terus ambil alih rumah orang tu), mahu rasa jadi seperti budak-budak yang senang seronok bila bertukar-tukar persalinan baju raya dari pagi ke tengah hari ke petang ke malam.
Tahun ini lebih rasa istimewa. Tahun ini untuk aku. Aku dedikasikan raya ini untuk sendiri. Sebab insya Allah tahun ini kali terakhir beraya sorang. Raya terakhir aku menguruskan diri sendiri. Aidilfitri penutup untuk aku sebagai Presiden Kelab Cucu Bujang. Tahun depan aku mahu bawa isteri..haha.
Maaf jika entri ini menyesakkan. Aku cuma teruja di pejabat yang kosong ini..sudah tidak sabar mahu tinggalkan kota lengang ini. Tapi kerana aku kan tidak ada internet connection selama seminggu lebih, ini entri mohon maaf. Kepada sahabat taulan, kepada kenalan, kepada saudara mara yang jauh, kepada pembaca blog ini. Aku manusia biasa, justeru pasti ada kata-kata, perbuatan mahupun coretan yang mengguris hati. Maaf ya? Halalkan makan minum. Jika ada yang terhutang telefon aku ya? Mungkin terlupa..akan aku jelaskan..
Harap kamu kamu juga ceria seperti aku mahu berhari raya. Balik nanti harus kerja keras. Harus cari duit banyak banyak. Aku mahu kahwin..
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin..
~MOHD SHAHRIZA HJ AMIR SHARIFFUDDIN~

Friday, September 26, 2008

Transisi Peralihan Kuasa atau Cubaan Mengekalkannya?

Perhimpunan Agung UMNO, pemilihan MT ditangguh ke Mac 2009
26/09/2008 12:33pm
KUALA LUMPUR 26 Sep. – Perhimpunan Agung UMNO yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijadualkan Disember ini ditangguhkan sehingga Mac tahun depan.
Dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini, MT bagaimanapun menetapkan mesyuarat dan pemilihan bahagian-bahagian UMNO yang bermula pada 9 Oktober ini akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu bahawa pertandingan jawatan peringkat tertinggi UMNO pada Mac depan bergantung kepada keputusan mesyuarat bahagian-bahagian yang diadakan bulan depan.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan Mac depan, Abdullah berkata: “Terpulang kepada saya.”
Keputusan itu dibuat untuk melancarkan peralihan kuasa antara Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Utusan-




Petang semalam sejak mengetahui ada satu Mesyuarat Khas MT pagi ini hati sudah terdetik. Apa lagi berita mengejutkan yang akan diumumkan? Cakap-cakap di kedai kopi malam tadi rata-rata meneka akan ditangguhkan Mesyuarat Agung dan Pemilihan yang sepatutnya dilangsungkan Disember ini. Ada yang mengatakan Pak Lah akan umumkan untuk tidak bertanding jawatan Presiden pada pemilihan itu nanti. Kini segala-gala sudah terjawab. Pemilihan dan Mesyuarat Agung ditangguhkan. Ramai yang mengeluh hampa.



Ramai sudah yang berbicara bagaimana UMNO harus kembali kepada asas perjuangan untuk kekal relevan. Harus ambil tahu pandangan dan sentimen rakyat, akar umbi dan ahli ahli UMNO dan komponen BN itu sendiri. Lantas pabila Persidangan/Pemilihan Agung ini ditangguhkan, ianya dilihat sebagai usaha untuk melengah-lengahkan proses transisi itu sendiri. Memperlekehkan suara akar umbi sekali lagi. Akan adakah rombakan kabinet selepas ini? Atau mereka-mereka yang dilihat mengancam Presiden akan ditendang keluar dari Kabinet?



Aku tidak mahu terperangkap dalam kemelut nasional ini. Jika itu yang dirasakan terbaik oleh Pak Lah, biarlah. Tentu beliau ada asas untuk melakukan semua itu. Cuma secara peribadi aku melihat ini satu tindakan yang sangat tidak popular. Berkempen terlalu lama itu akan hanya membuang masa. Mereka yang bertanding Naib presiden dan Majlis Tertinggi akan lebih punya ruang untuk bertemu dengan perwakilan. Bukankah ini secara tidak langsung akan lebih membawa kepada berpuak-puak dan memungkinkan timbulnya isu rasuah politik?



Tidak cukupkan lagi jelekan orang pada kita? Rakyat sudah cemus dengan segala permasalahan dalaman kita. Ini masanya untuk kita bekerja. Memulihkan kembali keyakinan semua orang pada parti kita. Jika segala kekuatan yang ada (what's left of it), wang ringgit dan masa digunakan untuk bertempur sesama kita, bila pula masanya kita memberi servis kepada mereka? Walaupun merosot mereka masih yakin pada kita untuk mentadbir. Maka kembalilah jadi pentadbir, kurangkan berpolitik. Back to basic!

Friday, September 19, 2008

Buffet Buka Puasa dan Politik..

Senario Berpuasa hari ini;
Bangun Sahur jam 4 pagi, menghangatkan saki baki lauk pauk yang ada untuk dibuat sahur. Tunggu hingga Subuh masuk, gunakan masa untuk membaca Al Quran.

Berlapar dan dahaga sepanjang hari. Menjaga percakapan dan peradaban supaya tidak makruh mahupun batal puasa. Menahan mata dari melihat yang memakruhkan, menjaga telinga supaya tdk mendengar percakapan yang sia-sia. Menjaga lidah dari mengumpat mengata. Tunaikan segala sembahyang yang fardhu.

Bila petang tiba, buat reservation di hotel-hotel 5 bintang. Bayar sehingga 90++ sekepala. Pergi dengan kawan-kawan. Duduk makan sampai santak, tak larat mahu Maghrib, apatah lagi untuk berterawih. Duduk sehingga jam 9.30, walaupun tidak larat sudah..tapi mahu buat berbaloi, sumbatlah apa yang ada. Dipenuhkan dengan gelak tawa dan sembang sembang yang sia-sia.

Pengajaran: Permulaan yang baik dan mulia, niat yang ikhlas mengabadikan diri untuk ALLAH swt. Tetapi jika finishing nya diakhiri dengan pembaziran, (90++, minimum 70++..isn't that ridiculous?) tidak bersembahyang, apalah ertinya semua kesabaran tengah hari tadi?

Senario Politik hari ini;

Ramai yang masuk dengan hati yang bersih. Niat mahu membantu anak bangsa. Mahu berbuat baik demi kepentingan anak cucu kita nanti. Meneruskan kesinambungan perjuangan datuk nenek kita dulu. Maka berusahalah mereka mendaki anak tangga politik. Berjuang tanpa mengharapkan pembalasan. Gunakan duit dari poket sendiri untuk bantu jiran-jiran, ahli-ahli cawangan. Memang jadi kegemaran penduduk setempat atas sikap yang baik mereka itu.

Namun, ramai pula yang bilamana sudah selesa di kerusi empuk, bercampur gaul dengan golongan-golongan elitis, sudah pandai cerita tentang projek-projek juta-juta. Sudah kenal kelab malam. Sudah ada penaja yang sanggup habiskan puluhan ribu untuk hiburan. Sudah lupa muka anak bangsa sendiri. Sudah sanggup khianat kepentingan penduduk setempat semata-mata imbuhan duniawi.

Kesimpulan: Niat yang baik semata-mata tidak cukup untuk bertahan. harus ada kekuatan dan jatidiri sendiri untuk terus dalam perjuangan ini. Selamat Berubah Semua.. semoga hari ni jadi titik tolak permulaan dalam kerjaya kita sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Thursday, September 18, 2008

Politik Durex


Aku keliru kini. Dulu mahu berpolitik telus. Tidak mahu berprasangka, tak mau masuk dalam typical ahli politik melayu yang berpolitik cara kampung. Tak mau duduk dari Maghrib sampai Subuh di kedai kopi. Tak mahu bercerita tentang keaiban orang. Tak mau tau siapa skandal dengan bini siapa.. Siapa yang baru tambah isteri muda. Tapi bila kita tidak menunjukkan minat kearah cerita sia-sia, kita dituduh sombong, tidak akar umbi, tidak pandai bawa diri.

Seorang sahabat beritahu 2 malam sudah, ada pemuda di bahagian Subang yang kini anti dengan aku. Kerana kononnya sewaktu aku makan bersama ayah, ibu, opah, Shireen dan adik adik di Bora Asmara (kedai makan di Sg Penchala), mereka sampai dan aku tidak pergi bersalam dengan mereka. Kononnya aku berjawatan di Pusat, maka aku harus lebih 'friendly'.

"Helo? kalau sudah nampak aku duduk disitu bersama keluarga, tdk boleh dtg ke arah aku kah?" "Atau terlalu besar kamu sampai aku harus pergi menyembah?"
*(tarik nafas panjang-panjang, istigfar)

Dulu waktu aku bertanding melawan Si Lembik di cawangan, untuk pergi menjadi wakil cawangan ke Mesyuarat Bahagian, Si Lembik tendang kereta aku bila kalah, hantar sms berbentuk ugutan. Yang dipandang serong satu bahagian siapa? AKU. Aku yang mengamalkan demokrasi bertanding mengikut lunas lunas perlembagaan parti dipandang sampah. Yang heronya orang emosi yang berakal nyamuk, yang bercakap merapu itu yang dipandang mulia. Hebat dan kuat mengemikkan kereta ahli UMNO sendiri. Hoi Lembik yang kuat menangis! Dimana kamu sewaktu ahli-ahli UMNO dikepung Keadilan di Permatang Pauh? Dimana kamu sewaktu kami membanting tulang cuba memenangkan calon kita? Kenapa tidak ditendang kereta kereta Keadilan yang agresif membaling batu kepada kami disana? Atau memang Si Lembik itu hanya berminat mencari gaduh sesama ahli UMNO sahaja. ______________________________________________________________
Aku diberitahu, Mamat kata jangan bawak Shah masuk jentera kempen. Kerana sentimen bahagian yang marahkan aku. Aku kata tidak apa, asalkan Harrison menang. Tapi rata-rata yang aku jumpa masih melayan baik. Cuma Mamat yang malu-malu mahu jumpa aku. Yang di Showru sanggup tidak datang bersembang ke meja aku. Yang mahu balik tapi bersalam pun seakan-akan tidak mahu. Tidak apa wahai Mamat. Aku tidak marah. Tidak juga kecil hati. Orang Melayu memang tinggi akal budinya. Maka aku faham jika Mamat terhutang budi dengan Si Lembik, banyak duitnya yang dibelanjakan kepada Mamat di 'tempat' itu...Tapi tidak faham bila Mamat dengan bersemangat memohon agar budak kamu Si Latah dimasukkan ke dalam jentera. Si latah yang terang terang bersama Rafik? Hahaha...

Hmph.. aku tidak mengharapkan Mamat berubah. Biarlah Mamat sepenggal di sana, bergembira dengan jawatan Mamat. Kerjalah kuat-kuat, tingkatkan pengaruh Mamat, tambahkan kekayaan Mamat, kerana 2011 aku kan hadir mencabar kamu! Tanpa duit, tanpa playsafe, tanpa bermuka-muka. Kita bawa gelombang baru untuk Pemuda... Kita ketepikan orang-orang retorik seperti kamu, kita campak orang-orang Durex jauh dari UMNO..

Perjuangan hari ini bukan untuk membuat rumah banglo, bukan untuk bersaing jumlah kereta, tidak juga untuk menabung untuk simpanan hari tua. Tapi ini masa depan anak-anak kita.. bangkitklah wahai Melayu..

P/s : maaf, sedikit emosi. Saya manusia biasa yang tidak lari dari perasaaan marah. Saya tidak benci, tapi marah dengan sifat playsafe MAMAT!

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan..

Lama tidak menulis. 1. Susah mendapat internet connection yang stabil yang cukup lama sampai aku siap menulis. 2. Kering dan buntu. Pulang dari Permatang Pauh aku ambil masa untuk sesuaikan balik dengan keadaan. Menerima kekalahan itu bukan sesuatu yang mudah. Tambahan pula bila aku antara yang paling lama berkampung disana. Habis segenap pelusuk Permatang Pauh aku redah selama sebulan. Dari kampung kampung di DUN Penanti dan Permatang Pasir hinggalah ke kawasan bandar di Seberang Jaya, Maka logiklah jika aku antara yang paling murung bilamana kami kalah.



2, 3 hari pulang sudah mula puasa. Alhamdulillah, harini sudah masuk hari yang ke 10. Pejam celik sudah makin hampir Ramadhan yang mulia ini meninggalkan kita. Seminggu dua ini aku kurang keluar malam. Berpolitik di Subang aku perlahankan rentak. Menghormati Ramadhan dan sejujurnya memang selalu penat. Lepas buka, terawih dan minum teh, aku selalunya menguap nguap. Pukul 11 selalu sudah ada di rumah. Atau mungkin juga tengah gila main PS3 yang Shireen belikan sempena hadiah harijadi aku awal Oktober nanti.( PS3 patut jadi hantaran kahwin, tapi mak-mak tak setuju, maka aku dapat main lagi awal..yeay) Itupun aku hadkan sejam sehari.. tapi selalunya bila sudah di rumah susah pula mahu terlelap. Setiap malam menonton Astro Oasis, rasa rindu membuak melihat keseronokan org yang berterawih di Masjidil Haram.. Aku rindu nak ke Mekah. Rindu mahu bersolat betul-betul di depan Kaabah. Rindu pada bacaan ayat Quran imam Abd Rahman As Sudaish, Rindu mahu buat tawaf sunat. Mmmm..moga rezeki aku diluaskan..aku mahu umrah di bulan puasa tahun depan,insya allah..

Oh ya..chatbox aku buang. Bila ada pihak tertentu yang rajin membaca untuk mengutuk baik aku tamatkan chatbox itu. Kepada Bro, terima kasih atas komen dan teguran. Kepada Jalut yang kalut, bersihkan kurap, kudis dan nanah di kemaluan dan celah kangkang kamu sebelum mahu menegur panau di jari saya. Selamat berpuasa semua..

Wednesday, August 20, 2008

Gambar Permatang Pauh


Boss lepak dengan Kj kat bilik gerakan

Dato' Salim (Ketua Pemuda Penang, Dato Rahman
Setiausaha Pemuda, KJ dan boss tgh diberi penerangan ttg operasi bilik gerakan ni..

Kelam kabut kemas..boss spot check..hahaha


Dengan Suji (pegawai khas aku yg kekadang mcm bos..asyik aku je tunggu dia..)

Tahlil.. konfiden tu..hafal yasin.. hehehe..

Boss bertukar cerita dengan calon BN, YB Dato Arif Shah dan KJ

Ustaz Pirdaus mengetuai bacaan Yasin

Jalan kaki laju-laju..lapar tu..



Kuman..budak kecik penakut yg dlm cerita sblm ni..haahaha.. (berani jomla Fifa man!)

Actual laluan yg aku redah selamba..dengan Suji..

Manusia bertopeng-topeng..tulah dia

Dato Rahman mengetuai nyanyian 'Barisan Kita'

Tergelak bila ayat ayat liwat keluaq..




Oghang oghang yang asyik maki..tak kira makcik tua ke apa ke..kena bayar kot?

'Skuad maki hamun'... belajaq dari kepala mrk..

Idola baru aku.. Dato' Shabery Chik